Boleh Beli Apa Jika Duit Tinggal Rm50
Terbaca satu posting di Facebook, "katakanlah korang tinggal RM50 sahaja dalam dompet, apa agaknya korang akan beli sementara tunggu gaji lagi seminggu? "
Agak menarik staus Encik Muhammad Fairul Mohd Salleh ini di Facebook. Pertama sekali, mummy suka baca komen. Ada yang suruh sedekah RM50 tu, nanti rezeki bertambah. Erm...sedekah memang bagus. Tapi, kalau betul RM50 sahaja ada, macam mana nak makan, isi minyak, itu, ini..
Ada juga yang suruh melabur dengan RM50. Melabur ini, kena faham ye, long run. Bukan untuk masa yang pendek. Aih...Macam-macam komen dan pendapat orang ramai.
Menu dan Harga MarryBrown
Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?Bila terbaca posting "Duit Tinggal RM50, Beli Apa Sementara Tunggu Gaji ?" nampak juga ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi kini. Satu je nasihat mummy, usah perlekehkan pendapat orang lain. Lelagi yang terkesan dengan ekonomi sekarang ini. Kita tidak berada di kasut mereka.
Ada juga yang memberikan pendapat bernas untuk jimat cermat dan cadangan apa agaknya yang boleh di beli dengan RM50 sementara tunggu gaji lagi seminggu.
Cadangan Apa Yang Boleh di Beli Sementara Tunggu Gaji
Ini adalah cadangan mummy untu "apa yang boleh di beli dengan RM50 sementara tunggu gaji lagi seminggu "
Telur sepapan +/-RM13Ikan bilis RM5Cili kering RM3 (kedai eco RM2.40 cukup 1 pek tu kot utk seminggu)Enoki (2x mkn) RM2Fish balls (2xmakan) RM3.50Fish cakes (2x makan) RM3.50Bawang merah, putih, halia, serai.. RM5 (beli loose / timbang bajet seminggu)Cili padi RM1Daun kunyit RM1Daun kari (petik / kalau kedai acheh boleh mintak dalam 20 sen)Rempah kariAyam (setengah ekor / seekor tengok berat dan harga semasa)
Kobis RM1
****Ngam RM50 atau kurang RM50 boleh dapat ni...kalau beras, gula, garam, segala sos ada di rumah******
Bukan kata menu seminggu...menu 2 minggu pun boleh dapat oii
Menu Ayam Bakar Air Fryer
Menu TelurTelur goreng letak cili api, kicap, bawangTelur MataTelur Dadar
Kari TelurTelur Berlado
Nasi Goreng Telur
Menu SupSup Pecah telur
Sup Enoki
Sup AyamSup Fish balls
Menu SambalSambal GesekSambal ikan bilis
Sambal Ayam
Sambal Telur
Nasi Goreng Kampung / Cili Api
Menu AyamAyam GorengAyam Masak Lemak Cili Api
Ayam Berlado
Ayam Masak Kari
Ayam Sambal
Nasi Goreng Ayam
Menu KobisKobis Goreng Tabur Cili Api dan Bawang
Sup Kobis
Nasi Goreng Kobis
Kobis Goreng Sama Ikan Bilis
Tapi..kalau ikut betul-betul.. Kalaulah duit ada RM50 sahaja di tangan dan gaji lagi seminggu.
Kalau mummylah...cukup-cukup untuk minyak dan tol je, tu huhuhu.
Kalau korang pula macam mana?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2023/10/boleh-beli-apa-jika-duit-tinggal-rm50.html