Boleh Atau Tidak Brake Caliper Motorsikal Di Servis
Banyak betul kali ini aku tulis berkenaan dengan motor. Dah boleh tukar genre penulisan blog agaknya lepas ni. Ok, kembali fokus pada topik asal. Adakah brake caliper sesebuah motorsikal diservis sebagaimana brake caliper kereta? Jom ikuti penceritaan dan pengalaman aku tentang hal ini.
Motor yang aku guna sekarang ni adalah motor terpakai yang aku beli pada dua tahun lepas. Berdasarkan maklumat yang tertera pada geran motorsikal, usianya telah pun mencecah lima tahun. Dengan usia sebegitu, kebanyakan part motorsikal sudah pun mencapai tahap yang dimana ianya perlu diganti atau diservis. Dengan kata lain, major servis.
Sewaktu awal pembelian motor ini, sudah pun banyak part motor yang sudah diganti. Misalnya front fork dan monoshock. Dua bahagian motorsikal tersebut boleh aku katakan ianya sebagai bahagian paling penting sesebuah motorsikal dari segi keselamatan penunggang. Begitu juga dengan brake caliper bahagian belakang.
Penyakit Brake Caliper, Simpton Brake Pad dan Disc Brake Cepat HausKalau dilihat dengan mata kasar gambar diatas, menunjukkan brake pad dan disc brake sudah pun tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memberikan cengkaman apabila brek ditekan. Bahkan ianya sangat bahaya pada penunggang kerana bila-bila masa sahaja, brake pad akan menyekat disc brake secara mengejut. Silap langkah jika motor memecut laju atas jalan raya, boleh mengakibatkan tayar terseret dan sukar dikawal.
Simpton yang menyebabkan disc brake dan brake pad cepat haus adalah kerana brake caliper tidak lagi berupaya untuk menarik balik piston yang telah ditolak keluar apabila brek ditekan. Piston? Mana brake caliper ada piston. Itu blok ada la. Tak percaya? Nantikan kupasan lebih lagi dibawah beserta gambar. Aku assume piston tersekat akibat habuk atau pun piston ring dah mengembang. Itu hanyalah anggapan seorang pengguna motorsikal noob seperti aku.
Dengan bantuan Youtube dan Google, aku berjaya mencari jalan penyelesaian untuk membuatkan brake caliper boleh digunakan seperti baru. Tetapi persoalannya, aku tidak memiliki kemahiran dan juga alat untuk servis. Tambahan pula, alat ganti susah untuk dicari. Jangan penyelesaiannya adalah pergi kedai motor.
Tak Boleh Servis! Kena Tukar Baru!Seperti biasa, tempat yang dituju adalah kedai motorsikal. Takkan la kedai kereta pula! Majoriti kedai motor tidak tahu menahu tentang untuk servis brake caliper. Bila ditanya pasti jawapan paling tidak sedap didengar oleh halwa telinga seorang rakyat B40 adalah dengan menukar brake caliper yang baru.
Dengan tidak putus asa, aku cuba survey beberapa kedai motor yang pernah didatangi artis malaysia untuk buat motor mereka. Tetapi jawapan yang diterima adalah sama. Lebih baik tukar satu set daripada servis. Tak ada pilihan lain, aku bertanya dahulu harga yang perlu dibayar untuk tukar satu set yang baharu.
Dalam kepala masih lagi teringat tentang video Youtube dimana youtuber tersebut membuat penyenggaraan brake caliper sendiri dengan mencuci dan tukar beberapa bahagian tear and wear dalam brake caliper. Last sekali aku kembali ke kedai motorsikal yang membantu aku tentang tuntutan insurans. Boleh rujuk post aku yang lepas.
Yes!!! Boleh Servis Juga Akhirnya...Mekanik terkejut tengok keadaan brake caliper motorsikal aku yang sangat sadis tu. Maka bermula proses meleraikan brake caliper. Aku dikira bernasib baik sebab kedai ada menyimpan stok alat ganti untuk brake caliper. Oleh kerana disc brake dan brake pad dah pun terhakis dan haus, itu pun perlu diganti.
Kali ini aku tidak duduk dan tunggu sahaja. Semasa mekanik tengah meleraikan brake caliper aku perhatikan bagaimana mekanik mencabut satu persatu bahagian didalam brake caliper dengan harapan mungkin masa akan datang aku dah tahu macam mana nak buat sendiri. Hanya perlu cari alat ganti yang sesuai. Inilah yang dikatan menyelam sambil minum air.
Disc brake ni tidak pernah ditukar. Akibat daripada kegalalan brake caliper untuk berfungsi dengan baik, boleh lihat disc brake dihakis oleh brake pad. Kalau diperhatikan gambar paling atas, lihat brake pad mencengkam disc brake tanpa brek perlu ditekan. Ada sedikit rekahan pada brake pad. Bukan manusia saja boleh makan dalam, disc brake pun boleh makan dalam juga.
Gambar atas inilah yang aku bagitau awal-awal tadi. Inilah piston untuk brake caliper. Pada asalnya ketika piston dicabut, terdapat banyak habuk dan kotoran yang melekat pada piston yang menyebabkan piston tidak dapat bergerak dengan baik apabila brek dilepaskan. Itulah penyebab mengapa piston tidak ditarik balik ke dalam apabila brek dilepaskan.
Ini adalah o-ring yang berada di dalam brake caliper. Bahagian ni juga perlu ditukar kerana getah sudah pun merekah dan tidak berupaya seperti asal.
Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati selepas brake caliper diservis. Selain itu, disc brake dan brake pad juga perlu ditukar baru. Selepas servis ternyata, prestasi brek kembali seperti biasa. Tiada lagi kedengaran gesekan disc brake diapit oleh brake pad.
Kos servis brake caliper sahaja ialah RM 39 (Rear caliper O-ring). Piston tidak bercalar, jadi mekanik hanya menggunakan steel wool untuk membuang habuk dan kotoran yang melekat. Kos barangan lain iaitu Original HLY Rear Disc Plate ialah RM 68, Racing Boy Rear Brake Pad ialah RM 38. Aku juga membuat penukaran skru disc brake iaitu dengan harga RM 5.00/pc. Kos keseluruhan berjumlah RM 160 telah dibelanjakan. Dan kos ini termasuk dengan kos upah pasang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ariazir.blogspot.com/2019/10/boleh-atau-tidak-brake-caliper.html