Bola Kembali Di Kaki Sanusi


 
Ketika sudah nampak ada sinar di hujung terowong gelap buat pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam masalah kewangannya, namun semuanya tidak menjadi apabila rundingan dengan sebuah syarikat yang berminat mengambil alih 100 peratus saham kelab itu terhenti tiba-tiba.
Awalnya tawaran itu digambarkan seperti orang mengantuk disorong bantal, namun keputusan KDA FC tidak meneruskan rundingan dengan DSAT Group melalui anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC) dalam usul pengambilalihan itu membayangkan ia mempunyai sebab-sebab yang amat kuat memutuskan demikian.
Apa yang dijanjikan DSAT Group? Selain liabiliti kelab itu akan diambil alih sepenuhnya, KDA FC akan menjadi kelab bola sepak pertama mempunyai hospital sendiri di bawah MMC sebagai salah satu sumber pendapatannya – kelab itu akan mempunyai 40% saham dalam hospital swasta terbabit.
Di samping itu, banyak lagi syarikat yang akan dimiliki oleh KDA FC sekiranya DSAT Group mengambil alih kelab itu sebagai sumber kewangan kelab supaya tidak berharap kepada tajaan semata mata selain bantuan kerajaan negeri.
“Kita akan menaik taraf sehingga 200 katil di Mahsuri Medical Centre dan memfokus pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta. Sekiranya ini direalisasi dalam tiga tahun mendatang, KDA FC boleh setanding dengan kelab-kelab lain. Ini harapan saya,” kata Pengerusi Eksekutif DSAT Group Azizul Tandek dalam kenyataan pada 3 Nov.
Ini disusuli surat tawaran Ketua Pegawai Eksekutif MMC Dr Zaki Zamani Abd Rashid kepada KDA FC untuk memiliki kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan. Pada 7 Nov, KDA FC memberi maklum balas untuk merujuk tawaran itu dengan pihak peguam kelab bagi membincangkan asas serta terma tawaran dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun, tawaran itu cuma tinggal harapan apabila KDA FC pada 11 Nov memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penjualan 100 peratus sahamnya kepada MMC.
“Pihak KDA FC telah menghantar surat kepada pihak MMC pada 11 Nov 2024 memaklumkan untuk tidak meneruskan perbincangan. Pihak KDA FC mendoakan yang terbaik kepada MMC dalam pembangunan perniagaan di masa hadapan,” kata kelab itu dalam kenyataannya tanpa memberi sebarang huraian.
Harus tidak mudah untuk KDA FC menolak tawaran berkenaan pada ketika ia menanggung tunggakan gaji pemain-pemain lebih enam bulan – antara sebab seorang lagi tonggak import dan juga ketua pasukan, Sony Norde, memilih untuk angkat kaki dari skuad Helang Merah itu.
Jauh lebih menyulitkan ialah kesan psikologi ke atas pemain-pemain yang tentunya mengharapkan ada penyelesaian dengan hadirnya tawaran daripada MMC itu. Apakah mereka akan kembali memboikot latihan seperti yang dua kali mereka lakukan sebelum ini?
Jika tidak pun, adakah mereka mampu memberi tentangan bersemangat dalam perlawanan-perlawanan seterusnya – mereka sudah keciciran lapan mata daripada tiga perlawanan terakhir apabila seri 1-1 dengan PDRM FC, dibelasah 5-2 oleh Sabah FC dan tewas 0-1 kepada Selangor FC – dan kini terperosok di tangga ke-10 carta liga.
Ketika ramai yang tertanya-tanya dengan keputusan mengejut KDA FC itu, Menteri Besar Sanusi Nor yang juga presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberi sedikit bayangan dengan menyatakan harapan agar DSAT Group melalui MMC benar-benar mempunyai kemampuan untuk menguruskannya.
Sanusi mungkin tidak mahu membuat tuduhan tetapi harapan seperti dinyatakannya boleh dibaca sebagai satu kecurigaan apakah tawaran DSAT Group itu mungkin hanya indah khabar dari rupa – tambahan selepas KDA FC melakukan risikannya sendiri daripada pihak-pihak yang dipercayai.
Menjelaskan bahawa urusan pemilikan KDA FC – diswastakan sepenuhnya pada 2022 — tiada sangkut-paut dengan kerajaan negeri, menteri besar tetap memberi pesanan agar tidak berlaku sebarang penipuan dalam perkara itu.
“Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia (DSAT Group) adalah kemampuan. Jangan ‘scam’ lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah. Macam ‘scammer’ tak baguslah,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani pada 7 Nov.
Difahamkan kenyataan itu merujuk kepada satu hantaran Azizul di laman Facebooknya yang mendedahkan bahawa jumlah hutang yang ditanggung Kedah FC kini berjumlah RM14 juta selain sebarang tindakan untuk mengambil hutang sebanyak itu bukan satu perkara remeh.
“Pihak sana (KDA FC) yang datang kepada saya. Oleh kerana pertimbangan dan simpati terhadap pemain dan juga staf yang tidak dibayar gaji berbulan-bulan, DSAT membuat keputusan untuk ambil alih KDA FC 100 peratus.
“Apabila pihak kami keluarkan duit 100 peratus, apa pula KDA FC akan bagi kami? Sebab itu keputusan untuk mengambil 100% supaya kami urus semuanya sendiri. Orang luar boleh pertikai tapi untuk mengambil hutang sebanyak RM14 juta ni bukan benda yang kecil.
“Pihak DSAT nak bantu pulihkan ekonomi dan juga taring KDA FC. Supaya tidak ada masalah mestilah kami dah kaji formula kami sendiri. Dan tidak perlu semua pihak tahu cara atau bagaimana kami nak pulihkan. Itu kelebihan DSAT Group,” katanya dalam hantaran itu.
Sebaliknya kepada KDA FC dan pemilik saham majoritinya, Mohd Daud Bakar, kerahsiaan dalam butir-butir rundingan telah didedahkan di samping timbul keraguan terhadap kemampuan sebenar DSAT Group untuk memenuhi janji-janjinya.
Di sebalik tiada ‘Pelan B’ dalam jalan keluar daripada masalah kewangannya, KDA FC enggan mengambil risiko, sebaliknya meneruskan ikhtiar mencari penaja lain – rundingan masih berlangsung — dalam menjamin kelangsungan KDA FC dalam Liga Malaysia musim 2024/2025 ini. Pada kelab itu, lebih baik berhati-hati daripada gelap mata dengan tawaran secara membuta-tuli.
Kegagalan rundingan dengan DSAT Group itu juga bermakna bola kini kembali di kaki Sanusi yang sebelum ini berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi kelab itu.
Setakat ini, tidak timbul sebarang keraguan terhadap kemampuan menteri besar untuk menjadi penyelamat
Dalam keadaan KDA FC sedang kelemasan, pengumuman menteri besar sebelum ini bahawa kerajaan negeri sedia menimbangkan untuk membantu pasukan itu yang disalurkan melalui KFA harus sesuatu yang melegakan dan dinantikan sebagai talian hayat.
“KFA akan bantu tapi kami tidak boleh berurusan secara terus dengan sebuah syarikat yang mengurus KDA FC. Kita akan lihat apa yang boleh dilakukan untuk membantu. Mereka perlu lebih dahulu berhubung dengan KFA,” kata Sanusi pada 15 Okt.
Kalau bukan Sanusi, siapa lagi? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/bola-kembali-di-kaki-sanusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Tersilap Potong Kaki Pesakit

Doktor Tersilap Potong Kaki Pesakit

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 125 hits
Oleh Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan lapor laman berita Daily Star semalam Jason Kennedy 48 pergi ke Hospital Grace di Manitoba...
Kes Membodohkan Rakyat Laporan Polis Untuk Kaki Fitnah Dan Pembelit

Kes Membodohkan Rakyat Laporan Polis Untuk Kaki Fitnah Dan Pembelit

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 96 hits
Tuaran SabahLebai PAS Pembohong dan Pemutar Najis Fitnah Demi Kuasa Kita hidup di zaman pembangkang yang tidak segan silu menabur fitnah dan memutar belit fakta demi kelangsungan politik mereka Dalam isu Israel dan Palestin Lebai PAS sekali...
James Wan Sedia Kembali Arahkan Filem Saw Jika Syarat Ini Dipenuhi

James Wan Sedia Kembali Arahkan Filem Saw Jika Syarat Ini Dipenuhi

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 113 hits
Pengarah terkenal James Wan yang bertanggungjawab melahirkan francais filem Saw membuka kemungkinan untuk kembali mengarah filem dalam siri tersebut setelah 18 tahun sejak filem pertama Saw pertama yang diarahkan oleh Wan menceritakan dua l...
Mengupas Kembali Rencana Pemekaran Provinsi Kapuas Raya

Mengupas Kembali Rencana Pemekaran Provinsi Kapuas Raya

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 90 hits
BloggerBorneo com Rencana pemekaran wilayah di Indonesia kembali menjadi sorotan salah satunya adalah wacana pembentukan Provinsi Kapuas Raya Rencana pemekaran ini muncul dari aspirasi masyarakat di wilayah timur Kalimantan Barat yang berha...
Pekerja Bangladesh Jalan Kaki Pandang Gerai Peniaga Air Soya Panggil Belanja Minum

Pekerja Bangladesh Jalan Kaki Pandang Gerai Peniaga Air Soya Panggil Belanja Minum

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 134 hits
Tindakan peniaga air soya membelanja pekerja Bangladesh jalan kaki pandang gerainya telah mendapat perhatian ramai apabila masing masing terharu dengan kebaikkan yang ditunjukkan Menerusi video yang dikongsi peniaga air soya dikenali sebaga...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue