Boikot Kurma Israel Yang Dijual Di Malaysia
Sedang saya menaip di komputer, masuk satu mesej daripada abah dalam group whatsapp keluarga. Saya buka mesej tersebut dan lihat ada senarai nama kurma Israel yang perlu diboikot dihantar oleh abah.
Memandangkan bulan puasa dah hampir tiba dan jualan kurma akan meningkat naik nanti, saya nak kongsikan pada kawan-kawan antara senarai jenama kurma yang kita perlu boikot kerana ia hasil tarahan Israel daripada tanah suci Palestin.
Boikot Kurma Israel yang Dijual di MalaysiaSebelum kita ke senarai kurma Israel untuk diboikot, biar saya terangkan sedikit tentang kurma. Kurma ada pelbagai jenis. Yang biasa kita dengar salah satu daripadanya adalah kurma Ajwa. Selain itu ada juga kurma Safawi, Mazafati, Medjool (Medjoul) dan pelbagai lagi yang dikelaskan mengikut bentuk dan kelembapan masing-masing. Walau bagaimanapun, saya hanya nak berkongsi maklumat mengenai kurma Medjool.
Kurma Medjool IsraelKurma Medjoul atau dieja juga sebagai Medjool banyak dijual di Malaysia. Berita tak bestnya adalah tiga daripada empat kurma Medjool yang terdapat dalam pasaran dihasilkan di Israel. Ini kerana kurma adalah tanaman paling menguntungkan Israel dan Israel merupakan pengeksport kurma kedua terbesar di dunia. Jika kita membeli kurma Medjool, kemungkinan besar kita membeli kurma Israel adalah tinggi.
Melihat pada label sahaja tak menjanjikan kita tak membeli kurma Israel. Ini kerana Israel pernah ditangkap memalsukan label pada bungkusan dengan menyatakan produk yang dijual adalah keluaran negara lain termasuk Palestin. Malah ada juga bungkusan yang diletakkan bendera Palestin dan ditulis 'Buatan Palestin' meski tidak dikeluarkan di Palestin (sumber dari inminds.com).
Hadiklaim, seorang pengeksport Israel beritahu palet kotak kurma di gudang pembungkusannya dilabel 'Palestin - Jericho' kerana klien tak mahu nama Israel diletakkan di kotak
Tiadakah kurma yang dihasilkan di Palestin? Tentulah ada, Palestin juga mengeksport kurma Medjool. Antara jenama kurma Medjool keluaran Palestin adalah Yaffa dan Zaytoun. Walau pun begitu, harga kurma keluaran Palestin adalah lebih mahal kerana proses penghasilannya yang sukar akibat diganggu oleh Israel. Mereka membakar pohon kurma, mencuri dan menembak rakyat Palestin yang ingin memetik kurma. Rakyat Palestin juga dikenakan bayaran yang tinggi sekiranya ingin menggunakan pelabuhan untuk mengeksport kurma keluar.
Sekiranya awak bimbang terbeli kurma keluaran Israel..sebaiknya elakkanlah membeli kurma medjool. Selain itu, di bawah adalah senarai kurma boikot hasil keluaran Israel dan sekutunya yang boleh dielakkan.
Senarai Kurma Boikot Israel
BomajaCarmel AgrexcoDelilahDesert DiamondHadiklaimJordan PlainsJordan RiverKing SolomonParadise DatesRapunzelRed SeaRoyal TreasureShamsTamaraKing MedjoulMedjoul PlusMehadrinGalileeAgriFood MarketingNavafreshTesco Dates
Menjelang Ramadan yang mulia nanti, jomlah kita bantu saudara Palestin dengan tak membeli barangan daripada Israel. Lagipun Israel sendiri mencuri tanah Palestin dengan cara menghalau penduduk Palestin keluar daripada negara asal mereka, apa mungkin kita akan beli barangan yang dihasilkan di atas tanah hasil curian Israel dan menggunakannya?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2024/01/boikot-kurma-israel-jual-di-malaysia.html