Bnm Umum Empat Langkah Interim Tangani Isu Kenaikan Premium Insurans Kesihatan




PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan langkah-langkah interim bagi menangani isu kenaikan mendadak premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).
Menurut bank pusat, bagi membantu menghadapi kesan pelarasan premium MHIT, penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) akan melaksanakan perubahan premium yang diagihkan (spread out) disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, kepada semua pemegang polisi yang terkesan disebabkan oleh penetapan semula premium.
“Langkah ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026. Menerusi langkah ini, sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi dijangka menghadapi pelarasan premium tahunan yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan sebanyak kurang daripada 10 peratus.
“Selain itu, bagi pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas dan dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli, ITO akan menangguhkan pelarasan premium yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan untuk sementara waktu, iaitu selama satu tahun dari ulang tahun polisi mereka,” katanya.
BNM berkata, dua langkah di atas tidak terpakai pada kenaikan premium yang boleh dikenakan apabila pemegang polisi beralih ke kategori umur yang lebih tinggi, yang mana hal berkenaan akan diuruskan secara berasingan oleh ITO.
Langkah ketiga ialah pemegang polisi yang telah menyerahkan polisi, atau polisi MHIT mereka telah luput pada tahun 2024 disebabkan oleh penetapan semula premium boleh menghubungi ITO masing-masing untuk memohon polisi mereka diaktifkan semula, berdasarkan premium yang dilaraskan menerusi langkah pertama tanpa keperluan pengunderaitan.
Keempat, semua ITO akan menyediakan produk MHIT alternatif yang bersesuaian pada premium yang sama, atau lebih rendah bagi pemegang polisi yang tidak berminat untuk meneruskan pelan MHIT mereka yang sedia ada dan yang premiumnya telah ditetapkan semula.
“ITO yang tidak menyediakan produk alternatif yang sesuai pada masa ini hendaklah menawarkan produk tersebut kepada pemegang polisi selewat-lewatnya pada hujung tahun 2025.
“Pertukaran kepada produk MHIT alternatif tidak akan memerlukan sebarang pengunderaitan tambahan atau melibatkan apa-apa kos pertukaran. Langkah ini, bersama-sama dengan pembaharuan lain bagi membendung inflasi kos perubatan, akan mengelakkan pelarasan premium yang tinggi pada masa hadapan,” katanya.
BNM menambah, kerajaan bersama-sama dengan ITO dan hospital swasta akan memberikan sumbangan sebanyak RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan kesihatan.
“Hal ini termasuk pelaksanaan model pembayaran Diagnosis-Related Group dan penyiaran kos prosedur perubatan lazim bagi meningkatkan ketelusan.
“Selain itu, sebahagian daripada dana ini juga akan digunakan untuk menyokong pembangunan produk asas MHIT yang meliputi keperluan penjagaan kesihatan penting dan memudahkan pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas membuat pertukaran kepada produk asas baharu apabila ditawarkan,” jelasnya.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, langkah-langkah interim diumumkan hari ini akan memberikan sokongan sementara kepada pemegang polisi.
“Namun, pembaharuan kesihatan yang lebih meluas perlu dipercepat berserta komitmen untuk mencapai hasil yang jelas bagi tahun-tahun akan datang,” ujarnya. – UTUSAN




Source link
The post BNM umum empat langkah interim tangani isu kenaikan premium insurans kesihatan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/bnm-umum-empat-langkah-interim-tangani-isu-kenaikan-premium-insurans-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Akan Umum Keputusan Isu Agihan Gas Antara Petronas Petros

Pm Anwar Akan Umum Keputusan Isu Agihan Gas Antara Petronas Petros

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian ketika program Kumpulan Visi Strategik Interaksi Antara Russia dan Dunia Islam Era Kemunculan Multipolariti di Hotel Mandarin Oriental pada Rabu Foto Facebook Anwar Ibra...
Bnm To Reveal Interim Measures On Insurance Premiums Next Week

Bnm To Reveal Interim Measures On Insurance Premiums Next Week

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 152 hits
Finance minister II Amir Hamzah Azizan said BNM will ensure that the increase in insurance premiums is implemented in an orderly and gradual manner PETALING JAYA Bank Negara Malaysia is to announce further details on interim measures to add...
Wartawan Maut Ditembak Selepas Siasat Isu Pembalakan Haram

Wartawan Maut Ditembak Selepas Siasat Isu Pembalakan Haram

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 135 hits
AFPPHNOM PENH Seorang wartawan Kemboja yang sedang melakukan siasatan mengenai isu aktiviti pembalakan haram di wilayah Siem Reap maut ditembak pada Rabu lalu Ketua Polis Wilayah Siem Reap Huoth Sothy berkata Chhoeung Chheung 63 bertugas de...
Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum

Pas Pulau Pinang Desak Kerajaan Dedah Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 226 hits
GEORGE TOWN Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Madani memberi penjelasan berhubung isu titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tular baru baru ini Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohama...
Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

Siasat Dakwa Dr M Untuk Bongkar Misteri Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 177 hits
Malaysiakini nbsp Seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa Dr Mahathir Mohamad supaya disiasat berhubung keputusannya berhubung isu Pulau Batu Puteh Mohd Puad Zarkashi berkata bekas perdana menteri itu perlu didakwa di mahkamah untuk mem...
Nvidia Hampir Buat Cpu X86 Saingan Amd Dan Intel Tapi Terpaksa Beralih Ke Arm Sebab Isu Undang Undang

Nvidia Hampir Buat Cpu X86 Saingan Amd Dan Intel Tapi Terpaksa Beralih Ke Arm Sebab Isu Undang Undang

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 154 hits
Projek Denver oleh Nvidia bermula sebagai x86 tetapi beralih ke Arm Laporan dalaman menunjukkan halangan undang undang mendorong Nvidia untuk beralih CPU Projek Denver berasaskan Arm mula diperkenalkan pada tahun 2011 Pada sesi teknikal di ...
Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 217 hits
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai dan meminta Tenaga Nasional Berhad untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubun...
Feri Langkawi Batalkan Kenaikan Tambang

Feri Langkawi Batalkan Kenaikan Tambang

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR Dalam kurang dari 24 jam selepas Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd umumkan kenaikan tambang feri ke pulau Langkawi kerajaan bertindak cepat untuk campur tangan dan meminta syarikat tersebut membatalkan keputusan itu dengan s...
Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 178 hits
BloggerBorneo com Beberapa waktu lalu muncul pemberitaan yang Artikel pertama kali tampil pada