Bnm Terbitkan Bon Setiap Bulan Langkah Biasa Ph Dan Hancing Berpisah Tiada
Saya tunjukkan lagi taktik PH untuk menipu Raykat.
Di sini, Tony Pua kata langkah BNM terbitkan bon setiap bulan untuk menguruskan defisit kerajaan itu perkara biasa sahaja.
Bahasa yang amat cantik dan sofistikated.
Tapi apa maksudnya?
Kerajaan terbitkan bon = kerajaan gunakan bon pinjaman untuk pinjam duit.
Defist kerajaan = kerajaan belanja lebih banyak berbanding hasil tahunan.
Oleh itu, apa yang Tony Pua kata sebenarnya adalah kerajaan sedang pinjam duit tiap-tiap bulan untuk menutup defisit kerajaan.
Ini bermakna hutang negara sedang bertambah tiap-tiap bulan.
Bukan menurun – seperti ditipu oleh Menteri Kewayangan.
Apabila keajaan BN buat yang sama dahulu, PH tuduh kita boros, hutang negara naik tak terkawal dan negara mahu bankrap.
Bila PH buat, ia bertukar menjadi “BNM terbitkan bon setiap bulan untuk menguruskan defisit kerajaan itu perkara biasa.”
Ya.. yang dulu semakin bankrap sekarang menjadi “perkara biasa”.
Ya, hutang negara yang semakin naik itu sudah jadi “perkara biasa” di bawah PH.
Bukan boros, hutang naik ataupun mahu bankrap.
Raykat pun telan sahaja kerana tak faham apa sebenarnya maksud Tony.
Tetapi perbezaannya ialah defisit dan kadar kenaikkan hutang negara di bawah PH jauh lebih tinggi berbanding masa BN.
Kenapa?
Kerana kekurangan hasil kerajaan dan perbelanjaan tahunan di bawah PH naik dengan tinggi.
Kerana tidak ada lagi hasil GST dan juga kerana kutipan cukai kerajaan menurun apabila ekonomi menjadi semakin lembab.
Pada masa yang sama, perbelanjaan PH setiap tahun juga meningkat dengan tinggi.
Mengapa meningkat?
Duit guna di mana sedangkan banyak projek sudah henti dan bantuan dimansuhkan?
Itu perlu tanya PH.
FB: Najib Razak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2019/05/18/bnm-terbitkan-bon-setiap-bulan-langkah-biasa-ph-dan-hancing-berpisah-tiada/