Bn Pahang Calon Ph Guna Modal Ahli Majlis Untuk Raih Undi




KUANTAN - Calon Pakatan Harapan, M Manogaran didakwa cuba meraih undi dengan melemparkan fitnah berhubung pelantikan Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Manogaran menuduh pelantikan Ahli-ahli Majlis adalah atas dasar kroni dan bukan dalam kalangan orang tempatan adalah tidak benar.

“Jika beliau masih beria-ia cuba untuk menegakkan benang yang basah, nasihat kita... sila buktikan dakwaan itu.

“Hakikatnya pelantikan Ahli Majlis sudah semestinya dibuat dari dalam kalangan orang tempatan yang berada dalam Parlimen kawasan Cameron Highlands sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kerajaan negeri sangat meneliti soal pelantikan Ahli Majlis dengan memastikan hanya mereka yang menetap dalam kawasan ini sahaja yang dipilih dan dilantik.

Jelasnya, kerajaan negeri juga sangat mementingkan soal komposisi kaum dan jantina.
“Oleh itu, dalam kalangan Ahli-ahli Majlis terdapat Orang Asli, wanita, golongan muda serta wakil NGO,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Manogaran berhubung isu kadar bayaran letak kereta mahal, Wan Rosdy berkata, bukan semua tempat letak kereta di Cameron Highlands dikenakan bayaran.

Jelasnya, hanya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong sahaja dikenakan bayaran tersebut seperti di Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm.

Bagaimanapun, kawasan-kawasan penempatan penduduk seperti di Lembah Bertam, Ringlet, Habu, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja; tidak dikenakan bayaran letak kereta tersebut.

“Penetapan bayaran letak kereta itu sebenarnya termaktub dalam Jadual Pertama, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDCH) 2016 yang mana bayaran atau caj ditetapkan ialah 60 sen setiap satu jam atau RM80 sebulan.

“Ekoran maklum balas orang sebelum ini, MDCH bersetuju untuk menyediakan kupon 30 sen bagi setiap setengah jam, demi memudahkan mereka khususnya yang berurusan menggunakan tempat letak kereta kurang daripada tempoh satu jam itu,” katanya.

Jelasnya, MDCH juga menawarkan diskaun 25 peratus ke atas mereka yang membayar untuk tempoh lebih daripada sebulan.

Wan Rosdy menambah, dalam melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta ini, tempohnya ialah antara 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan dikenakan pada tiap-tiap hari termasuk cuti umum.

“Ini kerana Cameron Highlands sebagai sebuah kawasan tarikan pelancongan, maka MDCH perlu mengawal sistem tempat letak kereta supaya berjalan lancar.

“Dengan adanya kawalan, orang ramai tidak akan meletak kenderaan sesuka hati atau di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy memberitahu kawalan ini secara tidak langsung membolehkan tiada yang meletak kenderaan persendirian terlalu lama terutama peniaga yang seolah-olah menjadikan tempat letak kereta ‘milik sendiri’ sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat meletakkan kenderaan di situ.

Beliau menjelaskan, sejak diperkenalkan sistem parkir seperti ini pada 1 Oktober lalu, orang ramai khususnya pelancong mudah mendapat parkir. #sumber


< Previous PageNext Page >http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/bn-pahang-calon-ph-guna-modal-ahli.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prkch Kami Nak Beritahu Datuk Najib Kami Akan Undi Calon Bn Pengundi Cameron Highlands

Prkch Kami Nak Beritahu Datuk Najib Kami Akan Undi Calon Bn Pengundi Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 500 hits
Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi Perdana Menteri namun masih ramai yang begitu teruja untuk bertemunya apabila mengetahui beliau akan turun berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Ternyata aura Najib masih terlalu ...
Prk Semenyih Undi 2 Mac Penamaan Calon 16 Feb

Prk Semenyih Undi 2 Mac Penamaan Calon 16 Feb

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 448 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Piihan Raya hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019 Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Febuari manakal...
Dilantik Sultan Pahang Ke 6 Dan Calon Agong Malaysia

Dilantik Sultan Pahang Ke 6 Dan Calon Agong Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 536 hits
Pemilihan Yang di Pertuan Agong yang baru masih lagi menjadi pedebatan rakyat Malaysia selepas Yang di Pertuan Agong ke 15 meletakkan jawatannya pada 6 Januari lalu Perletakan jawatan itu adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia y...
Mb Pahang Tersenarai Jadi Calon Bn Prk Cameron Highlands

Mb Pahang Tersenarai Jadi Calon Bn Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disenarai pendek sebagai calon Barisan Nasional yang akan mempertahankan Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini Pengarah Koordinator Pemuda UMNO Sh...
12 Ditahan Kes Salah Guna Kuasa Rasuah Rm23 Juta Di Pahang

12 Ditahan Kes Salah Guna Kuasa Rasuah Rm23 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 413 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan 12 individu termasuk tujuh pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pahang bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan projek bernilai RM23 juta Sumber berkata S...
Ahli Majlis Dap Celupar Letak Jawatan

Ahli Majlis Dap Celupar Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 318 hits
Mohd Sabran Md Sanisab nstp com myISU berhubung kenyataan kurang sopan dimuat naik Ahli Majlis Daerah Pontian yang memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan dalam laman sosial Facebook dianggap selesai selepas individu berkenaan meletakkan...
Bekas Calon Ahli Jawatankuasa Amk Mati Di Tetak Tiga Lelaki

Bekas Calon Ahli Jawatankuasa Amk Mati Di Tetak Tiga Lelaki

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 602 hits
SHAH ALAM Seorang bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan daerah ini maut selepas ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat bawah Flat PKNS Jalan Plumbum Seksyen 7 di sini petang semalam Dalam kejadian pu...
Prk Cameron Highland M Manogaran Calon Kitar Semula Ph Dari Dap Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi

Prk Cameron Highland M Manogaran Calon Kitar Semula Ph Dari Dap Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 458 hits
Selepas di dedahkan yang cuba di tularkan oleh calon kitar semula PH bersama2 Lim Kit Siang mengenai kononnya BN mengabaikan kebajikan orang asli di sekitar Cameron Highland kini M Manogaran sekali lagi membuat kenyataan kepada pemberita ya...
Tiada Guna Tandatangan Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih Sekiranya Perbuatan Tidak Sekata Calon Bn

Tiada Guna Tandatangan Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih Sekiranya Perbuatan Tidak Sekata Calon Bn

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 332 hits
TANAH RATA 15 Jan Calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Ramli Mohd Nor berkata tiada gunanya menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih Dan Adil sekiranya perbuatan tidak sekata dengan apa yang dimertai Jela
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara