Bn Dijangka Teruskan Strategi Tanding Solo


Ainul IlliaPN punyai potensi pergi lebih jauh pada PRU akan datang, populariti PH makin merosot
BANGI – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka adalah sesuatu yang di luar jangkaan banyak pemerhati. 
Meskipun demikian, pada hakikatnya BN telah mendapat sokongan daripada rakyat dengan memberi mandat yang begitu besar, kata penganalisis politik, Dr Mazlan Ali.
Beliau berkata, walaupun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan BN menang, tetapi muktamadnya parti itu kini adalah pemegang kuasa untuk membentuk sebuah kerajaan kukuh di Melaka.
Ia juga sekali gus memberi kemenangan moral yang besar kepada pucuk pimpinan UMNO khususnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti. 
Dalam pada itu, Dr Mazlan berkata, keputusan UMNO untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka juga dilihat sebagai satu keputusan yang tepat. 
“Ini membawa pengukuhan kepada kepimpinan Zahid, memberi tekanan kepada pemimpin UMNO yang sebelum ni nampak pro-Bersatu. Ini juga menunjukkan bahawa BN akan mempertimbangkan bertanding secara solo seperti mana di Melaka,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Sementara itu, mengulas prestasi Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, walaupun koalisi itu tidak menang majoriti kerusi, tetapi hasilnya adalah memuaskan.
Katanya, ia mungkin dipengaruhi prestasi pengerusinya yang telah berkhidmat dengan baik sebelum ini sebagai seorang Perdana Menteri.
“Pengaruh Tan Sri Muhyiddin Yassin agak ketara, mungkin kerana 17 bulan beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah memberi impak positif kepada rakyat Melaka yang melihat beliau sebagai tokoh yang baik, tokoh yang membantu rakyat,” katanya. 
Justeru, kemampuan PN memenangi dua kerusi DUN dilihat agak luar biasa, kata pensyarah kanan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.
“Ini kerana PN mampu mengalahkan Pakatan Harapan dan juga BN sendiri. Kerusi yang dimenangi PN itu adalah kerusi semi bandar dan juga kawasan luar bandar. 
“Saya berpandangan bahawa PN mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Populariti PH makin menurun, orang Melayu tidak lagi terpengaruh
Manakala, prestasi PH pula nampaknya agak merosot mungkin disebabkan kerana kekurangan pengundi luar hadir pulang ke Melaka. 
“Ini kerana PH banyak bergantung krpada pengundi atas pagar, pengundi luar yang kritikal terhadap kerajaan. Asasnya mereka menyokong isu-isu yang diperjuangkan oleh PH. 
“Tapi disebabkan kadar turun mengundi ini rendah, ia memberi kesan kepada PH,” katanya.
Selain itu, beliau berpandangan bahawa orang Melayu juga tidak lagi begitu dominan menyokong PH. 
“Masa PRU14, Melayu yang menyokong PH kerana dipengaruhi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin gerakan menentang UMNO pada masa itu sebagai Pengerusi PH. 
“Jadi populariti Anwar di mata orang Melayu agak rendah mutakhir ini. Dan ia sudah diterjemahkan dalam PRN Melaka,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/bn-dijangka-teruskan-strategi-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Bn Confident Of Going Solo In Ge15

Bung Bn Confident Of Going Solo In Ge15

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 178 hits
Bung Moktar during the campaign trail in the just concluded Melaka state election KOTA KINABALU Barisan Nasional 8217 s victory in the Melaka state election has boosted the confidence of the coalition to face the 15th general ele
Mino Winner Umum Comeback Solo Akan Datang

Mino Winner Umum Comeback Solo Akan Datang

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 256 hits
Siap sedia Mino dari kumpulan WINNER akan kembali Pada 22 November Song Mino telah mengejutkan peminat dengan teaser yang tidak dijangka yang mengumumkan kemunculan solonya Walaupun poster baharunya tidak menyatakan tarikh kemunculan semula...
Khairy Still Too Early For Bn To Decide Going Solo In Next General Election

Khairy Still Too Early For Bn To Decide Going Solo In Next General Election

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 296 hits
Rembau MP Khairy Jamaluddin seen at Umno headquarters on August 17 2021 Malay Mail photo REMBAU It is too early for Barisan Nasional to decide on going solo in the next General Election says Rembau MP Khairy Jamaluddin He said al
Hiburan Tak Minta Orang Yang Nak Bagi Nafi Beli Anugerah Lan Solo Usaha Dari Bawah Majukan Kedai Runcit

Hiburan Tak Minta Orang Yang Nak Bagi Nafi Beli Anugerah Lan Solo Usaha Dari Bawah Majukan Kedai Runcit

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 326 hits
Baru baru ini penyanyi dan juga usahawan dilaporkan telah menerima anugerah 100 Top Young CEO 2021 berikutan kejayaannya mengendalikan kedai runcit Borneo Mart sejak dua tahun yang lalu Namun di sebalik kegembiraan itu ada juga sesetengah n...
Kemenparekraf Luncurkan Wellnes Tourism Indonesia Di Solo

Kemenparekraf Luncurkan Wellnes Tourism Indonesia Di Solo

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 196 hits
Angela mengapresiasi terselenggaranya Aroma dan Wellness Festival yang diinisiasi oleh Indonesia Wellness Institute Ia berharap festival ini dapat mendorong pengembangan potensi wellness tourism di Indonesia
Kai Exo Akan Adakan Konsert Solo Pertama Disember Ini

Kai Exo Akan Adakan Konsert Solo Pertama Disember Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 234 hits
Kai EXO akan mengadakan konsert solonya yang pertama secara dalam talian pada Disember ini Menurut laporan Kai akan mengadakan konsert dalam talian pertamanya Beyond LIVE Cinema Kai KLoor yang akan disiarkan melalui saluran Beyond LIVE Nave...
Hiburan Konsert Solo Batal Khai Bahar Anggap Belum Ada Rezeki

Hiburan Konsert Solo Batal Khai Bahar Anggap Belum Ada Rezeki

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 220 hits
Penyanyi reda dan beranggapan belum ada rezeki untuk beraksi solo selepas selaku penganjur mengumumkan pembatalan Konsert Khai Bahar Dari Smule Ke Pentas Dunia Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin berkata keputusan itu dibuat ...
Prn Sarawak Pas Akan Tanding

Prn Sarawak Pas Akan Tanding

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 227 hits
PRN Sarawak PAS akan tanding Menu Pas akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada bulan hadapan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas Pusat akan berunding dengan PAS Sara...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul