Bn 4 Ph 5 Kita Masih Menang Tapi


Hassan Abdul Karim    KATA MP l Dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai terdapat sebuah kampung bernama Rimba Terjun. Nama kampung ini diambil dari kisah benar kejadian rimba runtuh dan terjun ke laut Selat Melaka akibat hakisan.

Pada 16 November lalu, kekuatan parti Pakatan Harapan (PH) yang sedang memerintah juga terhakis teruk sehingga kalah dalam skala besar yang parah pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Untuk satu dua hari ini penyokong MCA dan BN berhak untuk bergembira atas kejayaan mereka di PRK Tanjung Piai , samalah seperti penyokong PH pernah berpesta selepas berjaya menjatuhkan BN yang telah berkuasa lebih 60 tahun pada pilihan raya umum 9 Mei 2018.

Pemimpin dan penyokong PH janganlah terlalu bersedih sangat hingga hilang semangat apabila dibadai teruk di Tanjung Piai Sabtu lalu. Kita di pihak PH patutlah bersyukur kekalahan PRK Tanjung Piai berlaku sekarang iaitu 19 bulan sahaja selepas PH menjadi kerajaan.

Kekalahan ini berlaku di peringkat awal. Masih ada masa untuk PH membuat bedah siasat atau post-mortem. Mengkaji di mana salah dan silap. Belum lagi terlambat. Memang biasalah dalam kehidupan, bila terantuk barulah tengadah. Kehidupan politik pun begitu juga.

Penyokong PH jangan lemah semangat. Kita baru kalah satu pertempuran di Tanjung Piai. Kita belum kalah peperangan. PRU-15 akan sampai dalam tiga setengah tahun lagi. PH hanya kalah empat dari sembilan pilihan raya kecil sejak 9 Mei 2018.

PKR terlibat dalam empat PRK itu dengan keputusan tiga menang dan satu kalah. DAP pula terlibat dalam tiga PRK dengan keputusan dua menang dan satu kalah. Manakala parti Bersatu terlibat dalam dua PRK iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai, malangnya kedua-duanya tewas.

Dari segi stastik BN tewas lima kali manakala PH tewas empat kali. Kalau dalam liga bolasepak, PH masih dikira pihak yang menang. Hanya yang bimbang PH tewas empat kali hampir berturut-turut bermula dari Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.
Saya tidak mahu peristiwa rimba terjun akibat hakisan di Tanjung Piai menjadi metafora keruntuhan PH berulang.

Saya seorang yang positif. Saya yakin PH boleh bangkit semula. Resepi PH untuk terus menang dalam PRU-15 akan datang masih ada dan ampuh.Resepi kemenangan itu ada dalam Buku Harapan yang merupakan Manifesto PH dalam pilihan raya umum yang lalu.

Rakyat puji manifesto PH. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) sokong manifesto PH. Buku Harapan iaitu manifesto PH itu masih jadi dokumen rujukan. Rakyat percaya janji-janji yang terdapat dalam Buku Harapan itu.

Jadi tidaklah pelik kalau rakyat di Tanjung Piai dan di pilihan raya kecil yang lain di mana PH kalah. Faktornya adalah kerana kerajaan PH yang memerintah tidak menunaikan janji.
Tidakkah kita lupa satu lirik lagu Melayu yang antara lainnya berbunyi....." Jangan suka berjanji, nanti tidak ditepati, kerana janji membawa akibat..."?

Sebagai ahli parlimen PH yang mendukung kerajaan saya berharap Majlis Presiden Pakatan Harapan segera melakukan bedah-siasat atau post-mortem untuk mencari punca-punca utama kekalahan di PRK Tanjung Piai.

Saya percaya sangat kepimpinan tertinggi PH tahu apa yang patut dilakukan. Bagi saya, satu darinya ialah kerajaan yang ada sekarang perlu laksanakan manifesto PH yang telah kita dokumenkan di dalam Buku Harapan.

Saya berpendapat bagi mempastikan gabungan PH terus berada dalam landasan yang betul, maka peranan Majlis Presiden PH hendaklah diperkasakan supaya Majlis Presiden PH yang memimpin kerajaan PH, bukan sebaliknya.
*HASSAN KARIM ialah anggota parlimen Pasir Gudang dan pemimpin PKR.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/bn-4-ph-5-kita-masih-menang-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Tun Tapi Masih Ada Komplot Tubuh K Jaan Tanpa Dap

Terima Kasih Tun Tapi Masih Ada Komplot Tubuh K Jaan Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 260 hits
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan pengamal media ketika hadir pada Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke 14 di Bangunan Parlimen hari ini Foto BERNAMATerima kas...
Masih Optimis Menang Munas Bamsoet Ungkit Kekalahan Akbar Tanjung Lawan Jk

Masih Optimis Menang Munas Bamsoet Ungkit Kekalahan Akbar Tanjung Lawan Jk

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 261 hits
Kala itu Akbar didukung penuh 34 DPD tingkat I Namun pada akhirnya Jusuf Kalla menang dengan suara 514 DPD tingkat II
Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai Bahaya Jika Salah Didik Awas

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai Bahaya Jika Salah Didik Awas

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 503 hits
Kita merasakan anak kecil kita yang berusia satu tahun ke bawah atau lebih satu tahun masih bayi dan tidak tahu apa apa Hakikatnya anak sekecil ini sudah punya emosi mereka sendiri Mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka Jadi seba...
Penyokong Dap Tersepit Tak Mahu Undi Bersatu Tapi Tak Mahu Mca Menang

Penyokong Dap Tersepit Tak Mahu Undi Bersatu Tapi Tak Mahu Mca Menang

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 460 hits
Diterbitkan Hari ini 7 20 malamBERITAAnalisis PRK Tg Piai l Akar umbi DAP tersepit antara dua pilihan Di satu sisi mereka tidak mahu berkempen membantu calon Pakatan Harapan dari Bersatu di satu sisi lagi mereka mahu melihat calon lawan dar...
62 Tahun Kita Merdeka Tapi Masih Tiada Akta Halang Majikan Sekat Pekerja Muslim Solat Jumaat

62 Tahun Kita Merdeka Tapi Masih Tiada Akta Halang Majikan Sekat Pekerja Muslim Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 644 hits
Foto PexelsPerbahasan dalam parlimen menjadi gamat apabila salah seorang ahli parlimen pembangkang bertanyakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia tentang adakah akta yang menghalang majikan daripada menyekat perkerja muslim menunaikan sol...
Kaki Terseliuh Tapi Masih Berjuang 3 Km Di Fikir Transplant Run 2019

Kaki Terseliuh Tapi Masih Berjuang 3 Km Di Fikir Transplant Run 2019

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 508 hits
KAKI TERSELIUH TAPI MASIH BERJUANG 3 KM DI FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 Tak larat jangan paksa Ramai orang cakap macam tu kan Actually aku pun ada limit aku kalau aku tak mampu aku takkan pressure diri sendiri Sebab aku tahu once aku paksa bad...
Ppatk Klaim Sudah Bekukan Transaksi Kelompok Jad Tapi Hidup Lagi

Ppatk Klaim Sudah Bekukan Transaksi Kelompok Jad Tapi Hidup Lagi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 258 hits
Kondisi itu katanya tidak membuat PPATK menyerah Transaksi keuangan yang melibatkan kelompok kelompok teroris akan terus dipantau dan dilacak keberadaannya Apalagi temuan temuan transaksi mencurigakan itu memang ada setiap hari
Sepatutnya Januari 2020 Lahir Tapi Ketuban Pecah Awal Kami Reda Percaya Ada Hikmahnya

Sepatutnya Januari 2020 Lahir Tapi Ketuban Pecah Awal Kami Reda Percaya Ada Hikmahnya

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 285 hits
Biarpun hanya 26 hari menjadi datuk namun penyanyi Hajimi Ibrahim atau Gmie tetap reda dengan takdir yang sudah ditentukan oleh ALLAH SWT Menurut vokalis kumpulan Screen itu cucu sulung hasil perkahwinan puteri pertamanya Siti Hadirah bersa...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex