Blog Kita Genap 13 Tahun Hari Ini



A Kadir Jasin
بِسْمِ  اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Kedai kopi tempat utama saya menulisHARI ini, 24 Februari 2019, genaplah 13 tahun usia blog kita ini.
Blog ini muncul kali pertama pada 24 Februari 2006 dengan rencana bertajuk “Tanda Tanya Di Sebalik Mohon Maaf NST”.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Pada hari berkenaan, akhbar New Straits Times yang pernah saya pimpin antara tahun 1988 hingga 2000, memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat atas kesilapannya menyiarkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad (SAW).
Waktu itu, jabatan pengarang Kumpulan NSTP dikepalai oleh (Datuk Seri) Kalimullah Masheerul Hassan, orang kanan Perdana Menteri masa itu, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
Seperti yang saya katakan dalam tulisan itu, saya berasa perlu mengulas peristiwa tersebut kerana nama saya telah diseret dan dicaci oleh NST dalam rencana pengarangnya pada 22 Februari.
Dalam rencana pengarang khas yang bertajuk “What the NST Says ” (Apa Yang NST Kata) itu, NST dengan angkuh mempertahankan keputusan dan haknya menyiarkan kartun berkenaan.
Beberapa orang pemimpin kanan jabatan pengarang akhbar itu secara terbuka memberitahu kakitangan NST bahawa akhbar itu tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak akan berganjak seinci pun.
Lidah Pengarang NST Kecam SayaTetapi akhirnya mereka memohon maaf juga untuk menyelamatkan diri.
Sejak itu, saya telah menulis secara berterusan, tanpa merajuk atau mogok walaupun menghadapi berbagai-bagai ancaman, tekanan, aduan polis dan saman malu.
Saya berterima kasih kepada para pembaca dan pembahas, sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya.
Persefahaman dan sikap tolak ansur mereka itulah yang menjadi penyuntik semangat dan penyuluh jalan kepada saya .
Alhamdulillah saya diberikan kesabaran dan keberanian untuk menyuarakan apa yang saya rasa perlu demi kebaikan bersama tanpa takut atau pilih kasih.
Sejak memulakan blog ini, saya telah menyiarkan 1,283 rencana yang mendapat kunjungan (pageviews) sebanyak 18,963,025. Tidaklah hebat tetapi itulah yang terdaya dan termampu.
Sebagai wartawan, pendirian saya adalah sekecewa mana pun saya dengan reaksi pembaca dan dengan pihak berkuasa, saya tidak merajuk, mogok atau menyekat kebebasan pembahas.
Yang pembaca tahu adalah apabila saya dikritik di khalayak, dan saya mengalu-alukan kritikan terbuka mereka. Tetapi yang pembaca tidak tahu adalah saya juga dikritik, ditegur, disounddan dimarahi di belakang tabir.
Bagi saya yang sudah menjadi wartawan selama 49 tahun (akan genap 50 tahun Jun ini) tindak balas khalayak, sama ada positif atau negatif, sangat dialu-alukan.
Saya mengamalkan hukum nombor satu persuratkhabaran, iaitu hak menjawab (the right of reply). Sesiapa saja yang berasa kepentingan atau maruah mereka terjejas akibat tulisan saya adalah dialu-alukan untuk menjawab.
Malah ada juga yang memilih untuk mengemukakan saman malu atau membuat aduan polis. Itu hak mereka lah. Saya tidak boleh sekat.
Cuma saya mengambil tanggung jawab hanya ke atas apa yang saya tulis dan yang disiarkan dalam blog ini.
Saya tidak bertanggungjawab ke atas sedutan atau olahan semula laporan blog ini oleh pihak lain, termasuk media massa.
Maaf cakaplah kalau saya kata, banyak laporan media massa yang berasaskan blog ini kurang tepat, terlalu disensasikan atau silap terjemah.
Akhir kalam, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengikut, pembaca dan pembahas blog ini.
Tidak ketinggalan kepada pemilik kedai-kedai kopi yang membenarkan saya menjadikan premis mereka tempat saya berkarya.
Terima kasih.
Wallahuaklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/02/blog-kita-genap-13-tahun-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cik Melor Update Blog Hari Ni

Cik Melor Update Blog Hari Ni

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 416 hits
Assalamualaikum apakhabar semua Rindu Cik Melor Cik Melor rindu sesangat dengan Senah Senah Senah semua Maaf la sebab lama tak update blog Terima kasih yang teramat pada yang tak jemu meyinggah walaupun Dunia Cmelor lama tak ber update Luv ...
Dah Genap 10 Tahun Whatsapp Update 20 Perkara Menarik Yang Korang Tak Tahu

Dah Genap 10 Tahun Whatsapp Update 20 Perkara Menarik Yang Korang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 281 hits
Dah Genap 10 tahun Whatsapp update 20 Perkara Menarik Yang Korang Tak Tahu Pada 24 Februari lalu genap 10 tahun WhatsApp berkhidmat untuk semua Rasanya hampir semua orang mempunyai aplikasi WhatsApp bagi tujuan memudahkan komunikasi diantar...
Selamat Hari Kita Yang Ucapan Sweet Serta Foto Throwback Lisa Surihani Buat Ulang Tahun Perkahwinan Mereka

Selamat Hari Kita Yang Ucapan Sweet Serta Foto Throwback Lisa Surihani Buat Ulang Tahun Perkahwinan Mereka

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 512 hits
Pelakon Lisa Surihani telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya View this post on Instagram A post shared by on Feb 13 2019 at 5 33pm PST 23rd February 2019 7 years ago and later Selamat Hari Kita Yang tulisnya Vi...
Tok Guru Kami Merinduimu Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita Netizen Titip Doa

Tok Guru Kami Merinduimu Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita Netizen Titip Doa

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 1330 hits
Tok Guru Kami Merinduimu Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita Netizen Titip Doa Tanggal 12 Februari 2019 genaplah empat tahun pemimpin terkenal negara Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita Menerusi la...
Umur Cecah 100 Tahun Ini Rahsia Tok Mun Kekal Cergas Setiap Hari

Umur Cecah 100 Tahun Ini Rahsia Tok Mun Kekal Cergas Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 369 hits
TAHUN ini usianya genap 100 tahun namun bagi Maimun Yusof atau lebih dikenali Tok Mun ia bukan halangan untuk dia melakukan pelbagai aktiviti menguruskan kehidupannya Berbeza dengan warga emas lain yang kebanyakannya sudah uzur Tok Mun masi...
Baby A Hadiah Paling Mahal 3 Hari Dapat Anak Angah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

Baby A Hadiah Paling Mahal 3 Hari Dapat Anak Angah Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 513 hits
Penyampai radio Sinar Pagi Angah Raja Lawak yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan 16 Februari lalu berkongsi rasa gembira atas kelahiran anaknya Bergelar bapa kali kedua selepas 16 tahun tiada anak kecil Angah bersyukur semuanya...
Selamat Hari Jadi Kak Nurin 14 Tahun

Selamat Hari Jadi Kak Nurin 14 Tahun

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 705 hits
assalamualaikum awal pagi tadi da wasap kak Nurin image hari ni birthday dia yg ke 14 tahun alhamdulillah kak Nurin membesar dgn baik dan sempurna this year kami celebrate di McD je permintaan kak Nurin biasa nya kami ke Pizza Hut makan bes...
Ini Pesan Menaker Di Hari Ulang Tahun Kspsi

Ini Pesan Menaker Di Hari Ulang Tahun Kspsi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 256 hits
Menurut Hanif pergerakan buruh memiliki peran yang sangat penting dalam mendorong terpenuhinya hak hak pekerja untuk menciptakan perekonomian yang berkeadilan
Bergambar Di Nicepixel Studio Sempena Hari Lahir Ke 2 Tahun Aina

Bergambar Di Nicepixel Studio Sempena Hari Lahir Ke 2 Tahun Aina

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 776 hits
Aina sedang berposing duduk atas untuk satu sesi photo shoot sempena ulang tahun hari lahirnya yang kedua di Nicepixel Studio di Conezion Commercial IOI City Putrajaya Elok pula dia boleh duduk pose macam itu mungkin disebabkan oleh jurugam...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids