Bite The Bullet
Hutang Indonesia USD571 bn
Hutang Malaysia USD293 bn
Hutang Indonesia besar, sekali ganda dari kita. Tapi kena ingat, populasi mereka 274 juta, lebih 8 kali ganda dari Malaysia.
Rezab atau simpanan negara mereka pada Ogos 2023 ialah USD123bn, Malaysia lebih rendah USD103 bn. Malu kita dibuatnya.
Sejak tahun 2014, Jokowi sudah buat reformasi fiskal negara. Beliau kurangkan tangungan subsidi dan beliau bagi dana tu direct pada rakyat. Sumbangan tunai diberi kepada berjuta rakyat setiap bulan. Beliau bagi dana khas kepada majikan untuk beri pekerjaan.
Kerajaan beliau hampir tumbang tahun 2019 sebab penarikan subsidi ini. Beliau bulldoze saja. Lepas tu beliau bekerja dengan Pembangkang pula. Betulkan fiskal negara.
Kerana mereka tahu, they have to bite the bullet. Kalau tak jadilah negara seperti Venezuela dan Sri Lanka.
Jokowi ini level negarawan. Ambil risiko kalah pilihanraya kerana pikirkan masa depan.
************************
Di Malaysia, bunyinya sudah ada. Nak buat subsidi bersasar. Tapi sampai sekarang kita tak tahu apa mekanisma nya. Duit saving dari subsidi tu nak buat apa? Siapa yang kena bayar minyak mahal? Siapa yang dapat bantuan tunai? Tu masih belum diselesaikan.
Bagi rakyat yang faham dan sedar beban ekonomi negara, we know it’s coming. Tongkat subsidi ini takkan selamanya. Negara kaya minyak seperti Iran, Indonesia, Venezuela pun dah lama rombak subsidi mereka.
Harga minyak kita kedua termurah di ASEAN selepas Brunei, malah lebih murah dari Saudi Arabia. Negara minyak terkaya 🥲
For those who don’t live in the bubble, we know we have to bite the bullet dengan Kerajaan sama2. Demi anak2 kita.
Tapi isu nya, kuatkah Kerajaan ini? Do they have the political power? Risking this Govt to only one term, hanya kerana nak betulkan kedudukan fiskal negara?
Kalau ini dibuat, ramai akan marah juga. Pembangkang akan bersuka ria. But one thing for sure, tiada pakatan lain yang mampu lakukannya. Reformasi itu tak sepatutnya hanya pada nama.
“Politician thinks about the next election. Statesman thinks about the next generation”
Kita tengok sama ada PMX “will step up to the plate”.
Churchill kata “cometh the hour, cometh the man”.
Sanggupkan beliau berkorban? Isu ini boleh buat hilang Kerajaan penggal depan.
Kalau ini yang dibuat, this Govt will have my respect.
Walau saya tahu, saya akan kena impaknya, dan selepas ini saya perlu berjimat pula. I will bite the bullet with you, together. Demi anak2 saya.
Saya kuat, bila anda sanggup hilang kuasa, kerana pentingkan negara…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/10/bite-bullet.html