Bisnes Bundle Modal Rendah Hasil Lumayan
Bisnes Bundle Modal Rendah Hasil Lumayan. Dunia Bundle sudah bertapak di Malaysia sekian lama. Pelbagai barangan bundle seperti baju, seluar, kasut, alat permainan dan sebagainya telah memonopoli dunia perniagaan rakyat Malaysia sekian lama. Permintaan yang tinggi terhadap barangan terpakai atau dipanggil bundle memberi peluang kepada rakyat tempatan menceburi dunia bundle ini.
Tambahan lagi dengan adanya platform media sosial seperti facebook, twitter dan instagram, ramai yang menggunakan peluang ini untuk membuka kedai bundle tanpa menyewa premis perniagaan. Ini bermakna, kita tak perlu lagi pening kepala fikirkan tentang kos sewa premis, bil eletrik, dan sebagainya.
Modal rendah, hasil lumayan
Sebagai permulaan untuk membuka kedai bundle dengan hanya modal rendah, perniagaan atas talian (online) telah menjadi pilihan kepada yang baru ingin menceburi perniagaan bundle ini. Oleh itu, kita boleh fokus 100% untuk berbisnes secara online.
Apa yang menarik dengan membuka kedai bundle ini, kita boleh berniaga secara separuh masa (part-time) atau secara sepenuh masa (full-time). Jika kita ada pekerjaan tetap, kita boleh jadikan kedai buncle ini sebagai satu hobi untuk mengisi masa lapang.Sambil buat kerja tetap, sambil buat bisnes bundle. Kalau korang rajin, korang akan dapat hasil. Kena masa, banyak untung yang korang boleh buat.
Pelbagai jenis kedai bundle yang ada. Ada juga kedai bundle premium yang menjual barangan eklusif sehingga item yang dijual mencecah puluhan ribu dan memberi pulagan yang lumayan. Pelbagai stok bundle (bale/guni) yang diperolehi dari US, Jepun, Korea dan sebagainya. Barangan ini semestinya berkualiti dan original.
Kedai bundle ini, bukan sahaja diminati oleh golongan yang biasa2 sahaja, tetapi diminati oleh pelbagai golongan kerana kualiti yang ditawarkan setanding dengan yang baru. Semakin vintage pakaian bundle, harganya semakin mahal.
Saya percaya, rezeki korang murah bila korang berusaha sebaik mungkin dengan memulakan kedai bundle sama ada secara online atau pun tidak. Yang penting, korang bertindak laju-laju. Perkongsian pengalaman dari pakar-pakar bundle boleh dijadikan inspirasi kepada mana-mana yang berminat untuk membuka kedai bundle dengan harga rendah. Boleh dapatkan ebook di sini LubukBundle
Tips Mula Bisnes Bundle
Saya kongsikan tips bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk membuka kedai bundle secara online
#1 – Buka akaun facebook dan cipta branding kedai bundle online kita. Contoh " Wan Bundle", Gila Bundle dan sebagainya
.
#2 – Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Dengan adanya pendaftaran dengan SSM akan meningkatkan tahap kepercayaan pembeli terhadap kedai online kita
.
#3 – Order barang mengikut budget anda...keluarkan modal yang sedikit untuk membeli bale/guni bundle. Berhati-hati dalam memilih supplier.
.
#4 – Mula berniaga dengan membuat promosi di facebook. Join group-group bisnes untuk membuat promosi barangan yang ingin kita jual.
.
#5 – Stabilkan perniagaan anda. Jika sales tak bagus, perhebatkan lagi promosi pada 3 bulan seterusnya dan perbaiki kelemahan yang ada.
.
Anda nak dapatkan panduan lengkap cara buat duit dengan pakaian bundle? Klik link ini sekarang LubukBundle
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.kickstory.net/2019/06/bisnes-bundle-modal-rendah-hasil-lumayan.html