Sanggup Pinjam Ahlong Rm20k Nak Bagi Kekasih Buat Modal Bisnes Tapi Sudahnya
Sanggup Pinjam Ahlong RM20k Nak Bagi Kekasih Buat ‘Modal’ Bisnes Tapi Sudahnya. Kerana cinta, seorang wanita sanggup menggadai maru ah diri dan wang ringgit demi membuktikan kasih sayang kepada lelaki bergelar biawak hidup. Gara-gara janji manisnya, si keka sih bergo lok gadai berhu tang dengan ceti har am untuk lelaki tersebut.
Tak mampu lagi bertahan, wanita berkenaan membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang kemudiannya menyerbu kediaman pasangan terbabit.
Mengaku bersekedudukan
Video berdurasi 4 minit 21 saat itu memaparkan serbuan dijalan skuad PPIM di rumah tempat pasangan kekasih itu tinggal bersama. Lelaki terbabit yang kelihatan beranduh dan bahagian kakinya juga berbalut dihen.tam oleh dua lelaki dipercayai keluarga kekasihnya sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.
Ditanya berapa banyak duit kekasihnya telah dibelanjakan sebelum ini, lelaki biawak hidup itu mendakwa ada memberikan sebahagian gajinya kepada wanita terbabit. Namun, apabila disoal bagaimana kekasihnya mengalami kekurangan wang, dia menjawab tidak tahu-menahu mengenai hal itu.
Rancang Untuk Berkahwin
Setelah disoal siasat, pasangan terbabit mendedahkan mereka sudah lama tinggal bersama dan meluahkan perancangan untuk bernikah. Walaubagaimanapun rancangan berkenaan tidak diketahui si ibu wanita yang turut hadir.
Lebih mengejutkan wanita itu menceritakan dia terpaksa memi.njam daripada ah long untuk menanggung si lelaki sehingga pasan gannya itu menerima ugut.an daripa peminjam har,am berkenaan.
Tahan Geram
Tidak mampu menahan ger.am, ibu wanita terbabit mengh.entam kekasih anaknya dengan beg tangan setelah mengatakan RM20 ribu duitnya telah lesap dibelanjakan lelaki itu yang kononnya mahu memulakan perniagaan sendiri.
Sumber: Youtube TV PPIM
The post Sanggup Pinjam Ahlong RM20k Nak Bagi Kekasih Buat ‘Modal’ Bisnes Tapi Sudahnya.. appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/sanggup-pinjam-ahlong-rm20k-nak-bagi-kekasih-buat-modal-bisnes-tapi-sudahnya/