Biskut Raya Tak Jadi Ini Tips Asas Buat Biskut


Sejak terlibat dalam dunia membaking ni, serasa saya baru hari ni saya faham asas membuat biskut. Perkara asas macam apa langkah yang perlu dibuat dulu, kena tambah telur atau tak dan beberapa perkara lain yang dulunya saya tak tahu baru je saya tahu. Almaklumlah sebelum ni kalau buat biskut raya, saya memang 100% ikut resepi je, tak fikir apa dah :D

Kebetulan masa saya tengah sibuk menggoogle resepi baru, saya terjumpa tips yang saya rasakan memang saya perlu tahu sebab saya suka buat biskut raya dan cookies. Jadi, untuk elakkan daripada terlupa saya nak simpanlah di sini, paling kurang boleh juga saya refer balik selepas ni dan boleh juga dijadikan rujukan buat kawan-kawan yang tengah belajar buat biskut. Semoga bermanfaat. Jom mula


Tips Buat Biskut dan Cookies 
Biskut yang paling mudah dibuat dan paling tak leceh tentulah biskut chip coklat. Bukan je senang sebab tak perlu mould untuk dibuat, bahannya pun tak banyak. Campur semua bahan dan bakar, rasa pun sedap. Senang! Jadi saya akan ambil contoh cara buat biskut chip coklat dalam situasi ini ye



1. Gunakan sukatan cawan dan sudu yang betul
Sebelum ini saya ada kongsikan satu video Resepi Chip Coklat di Youtube channel saya. Resepi yang saya kongsikan itu adalah resepi yang saya ambil 100% daripada adik Danish Harraz. Boleh dikatakan resepi itu adalah antara resepi terbaik saya pernah buat kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli keluarga


Kebetulan saya buat biskut chip coklat tersebut pada bulan puasa tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan buat dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada mak saya dan mak mertua. Adik beradik tersayang banyak memuji keenakan biskut tersebut, sehinggakan mak terpaksa sembunyikan biskut chip coklat itu supaya tak cepat habis akibat ramai yang berkenan nak mengunyahnya. Btw kalau awak nak cuba buat biskut chip coklat  tu, tengok je video di bawah ni. 

Kembali kepada cerita asal, pada bahagian komen dalam video tersebut ada seseorang yang komen 'susah guna cawan kerana sukatan tak sama' kerana saya menggunakan cawan minuman untuk menyukat bahan. Tapi pada masa tu saya masih belum dapat tangkap lagi apa yang cuba diberitahu si pengomen tersebut. Saya ingat beliau tak suka gunakan sukatan cawan dan lebih suka resepi yang gunakan sukatan gram kerana lebih tepat


Rupa-rupanya maksud beliau adalah supaya tidak menggunakan cawan minuman sebaliknya gunakan cawan yang memang digunakan untuk menyukat bahan mentah. Sebelum ini saya tak pernah tahu ada cawan penyukat untuk buat biskut dan kek, lepas saya faham maksud tersirat pengomen itu teruslah saya beli cawan penyukat saya sendiri. Inilah akibatnya kalau tak reti masak, semua pun baru tau. Haha..takpe, takpe..paling kurang ada something yang saya dah belajar kat sini. 

2. Asingkan campuran bahan kering dan bahan basah
Yang ini pun saya baru perasan lepas beberapa kali buat biskut. Campuran bahan basah dan bahan kering perlu diasingkan supaya proses memukul bahan basah dan mengayak bahan kering jadi lebih mudah untuk dilakukan. Jika bahan basah dicampur dalam bahan kering sekaligus, proses memukul mentega supaya kembang akan mengambil lebih banyak masa dan tenaga


Jadi proses yang seeloknya adalah mentega, telur, susu dan esen vanila di asingkan dalam satu mangkuk dan dipukul menggunakan mixer, manakala tepung, serbuk coklat, soda bikarbonat dan baking soda di ayak bersama dalam mangkuk yang lain. Setelah siap barulah dicampur kedua bahan tersebut dalam satu mangkuk yang sama dan dikacau sebati menggunakan senduk


3. Jangan guna terlebih atau terkurang bahan
Sebenarnya tips terlebih dan terkurang ini yang nak sangat saya kongsikan kerana saya pun baru tahu tentang hal ini. Apa jadi jika saya terlebih masukkan tepung? Terkurang mentega? Tak letak telur? Perkara ni memang kena tau sangat sebab biskut double chip coklat yang saya buat semalam agak keras, jadi saya tertanya-tanya apa masalahnya dengan biskut yang saya buat kerana saya dah ikut satu persatu resepi seperti yang dikongsikan


Rupa-rupanya ada perkara yang saya terkurang masukkan. Dan perkara ini menyebabkan biskut saya jadi keras walaupun rasanya sedap. Apa kesannya jika saya terlebih masukkan bahan atau terkurang bahan? Jom baca info kat bawah ini satu persatu


Tepung - Biskut akan menjadi leper, kekuningan, berminyak dan rangup sekiranya kekurangan tepung. Meskipun rangup tetapi biskut kelihatan kurang menarik kerana leper dan nipis. Jika terlebih menambah tepung, biskut akan kelihatan membukit (tidak turun), dan mempunyai rasa yang keras apabila digigit. Ia juga kering dan rapuh serta tidak keperangan apabila siap dibakar.
Baking soda - Terlebih menambah baking soda menyebabkan biskut menjadi rata dan kental. Jika menambah terlalu banyak pula, rasa biskut akan menjadi pahit.
Mentega - Jika terlebih menambah mentega, boleh menyebabkan biskut menjadi rata dan berminyak. Jika terkurang pula akan menyebabkan biskut menjadi keras dan mudah pecah berderai.
Gula - Kekurangan gula dalam biskut akan mempengaruhi tekstur dan rasanya. Namun jika ditambah gula secara berlebihan pula tentunya biskut akan menjadi manis. Bayangkan jika ditambah pula coklat chips, bimbang boleh jadi punca potong kaki pula. Menambah terlalu banyak gula juga  menyebabkan biskut menjadi rapuh.
Telur - Menambah telur secara berlebihan boleh menyebabkan permukaan atas biskut kelihatan seperti kek dengan permukaan rata yang leper. Apabila digigit, rasanya kurang manis dan bergetah. Menambah terlalu sedikit telur pula akan menyebabkan biskut menjadi hancur dan kering.
Suhu membakar terlalu rendah atau bakar terlalu cepat - Biskut akan jadi lembut dan warnanya nampak pudar. Permukaan biskut nampak seperti keras namun pada bahagian dalam, biskut masih lagi lembut dan nampak basah.
Membakar terlalu lama - Macam biasa, biskut hangit tu yunk oiiii, keluarkan cepat. Kalau dah hangit, memang tak terliur nak makan lagi. Rasa pahit, bau menyakitkan hidung dan warna pun kehitaman.

Pada pendapat saya, tips paling penting adalah yang ketiga ni, jangan terlebih dan terkurang masukkan bahan. Nak elakkan dari terkurang atau terlebih guna bahan, jadi kita gunakan tips nombor satu pula. Guna alat sukatan yang betul iaitu guna cawan penyukat yang spesifik untuk menyukat, bukan guna cawan minuman. Tips nombor dua pula membantu dalam memudahkan proses membuat biskut


Apa yang paling penting dalam membaking ni, pada pandangan saya adalah teruskan membaking walaupun biskut yang kita hasilkan tak menjadi. Kerana setiap satu yang kita buat itu adalah learning proses. Buat kali ini mungkin tak jadi, jadi lepas ni kita cuba buat cara lain pula. Jangan putus asa dan teruskan buat sampai jadi. Doakan saya boleh dapat level master untuk skill membaking saya pada masa akan datang ye. Banyak benda lagi tak tau ni.


Taknak membebel panjang lebar, tapi nak ajak awak subscribe channel youtube saya kat atas tu la pulak. Tengok satu atau dua video masak kat situ, kemudian like, komen dan subscribe ye. Almaklumlah orang pun baru belajar masak, jadi kalau ada salah silap kat mana-mana dalam video tu, komen je, Tapi jangan kecam. Tak baik tau buat orang sakit hati, doserrr. Kehkeh :P

Kalau nak buat biskut almond london dengan sukatan cawan yang confirm rangup dan sedap, klik sini okeh >> Resepi Biskut Almond London Rangup. Selamat mencuba :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/07/biskut-raya-tak-jadi-tips-buat-biskut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Buat Kerisik Kelapa Yang Sempurna

Tips Buat Kerisik Kelapa Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 505 hits
Semalam ana siapkan kerisik kelapa untuk bawa balik kampung sempena sambutan Aidil Adha dua tiga hari lagi Senang nanti dah buat siap siap awal ringan satu kerja dah kan Kalau tak kena berdiri tepi kuali goreng kerisik sampai berpeluh hehe ...
Berat Statik Walaupun Dah Amal Diet Sihat Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Elak Plateau

Berat Statik Walaupun Dah Amal Diet Sihat Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Elak Plateau

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 492 hits
Dalam mengimpikan berat badan yang ideal pastinya pelbagai usaha yang dilakukan bagi mendapatkan hasil yang diingini Pun begitu sesetengah orang mempunyai masalah dalam menurunkan berat badan walaupun telah mengamalkan diet serta pemakanan ...
Tips Sederhana Agar Eyeliner Tidak Luntur

Tips Sederhana Agar Eyeliner Tidak Luntur

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 282 hits
Apa kamu pernah lagi di sebuah acara nikahan teman kamu pakai make up yang tebal dan udah cantik namun di siang hari kamu melihat eyeliner kamu luntur karena kena keringat Kamu pasti malu dan This is a content summary only Visit my website ...
Gearing Up For That Big Road Trip Follow These Tips To Ensure A Smooth Ride On The Road

Gearing Up For That Big Road Trip Follow These Tips To Ensure A Smooth Ride On The Road

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 321 hits
With Hari Raya Aidiladha coming up and interstate travel made possible again going back to our hometown or taking a short blissful holiday with your family and loved ones is something exciting to look forward to But before you start your jo...
Tips To Get The Decor Right When It Comes To Bathroom Lighting

Tips To Get The Decor Right When It Comes To Bathroom Lighting

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 343 hits
If there is a place in the house that deserves and needs excellent lighting that place is the bathroom Beard make up and all personal hygiene are performed there so nothing is more obvious and The post appeared first on
7 Tips To Design An Outdoor Kitchen With A Pool Alongside

7 Tips To Design An Outdoor Kitchen With A Pool Alongside

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 258 hits
Who doesn t love pool parties After all they are one of our favorite summer activities A pool party gets much better with food that s served straight from the kitchen But the guests might hesitate to The post appeared first on
12 Tips Dan Strategi Marketing Instagram Untuk Bisnis Anda

12 Tips Dan Strategi Marketing Instagram Untuk Bisnis Anda

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 315 hits
Dari nama bisnis alamat perusahaan nomor telepon perusahaan alamat email perusahaan jam operasional website perusahaan foto kantor hingga review pelanggan Ketika anda menerapkan strategi pemasaran maka perusahaan akan memiliki standar prest...
Practical Tips To Prolong The Lifespan Of Your Wipers

Practical Tips To Prolong The Lifespan Of Your Wipers

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 331 hits
Tips to Prolong the Lifespan of WipersGet clearer vision with these five practical tips to help you see better and stay safe on our roads during the monsoon season Petaling Jaya Malaysia If you are like most drivers you probably don t give ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep