Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan
Ada yang dah mula buat biskut raya ke? Biskut ni buat dari sekarang pun boleh saja dimakan. Tambah kalau dapat biskut ala famous amos ni gerenti tak henti makan. Kalau ada yang nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsikan ini. Akui pemilik resipi, 90% bau, rasa dan tekstur macam famous amos. Ada rasa melt sikit dan so creamy.Nak biskut sedap guna pure butter dan choc chip mahal sikit. Kalau ikut langkah demi langkah gerenti menjadi.
Biskut Ala Famous Amos
BAHAN A
250gm tartura salted butter – suhu bilik
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak-beli online di sini
1 1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil butter oil
BAHAN B (ayak bersama)
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat-beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
BAHAN C
1 1/2 cawan chocolate chip
1/2 cawan badam cincang – sangai-beli online di sini
1/2 cawan kelapa parut kering – sangai (bahan ni ramai yang tak tahu tapi sebenarnya ada dalam famous amos)
Cara membuat:
1.Satukan bahan A dan gaul sebati.
2.Kemudian campurkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul sebati
3.Masukkan bahan C ke dalam adunan A+B dan gaul sebati.
4.Tutup adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam.
5.Selepas satu jam,cubit adunan sebesar siling 10 sen ke atas dulang (ikut saiz yang disukai).
6.Panaskan oven 160°c selama 10 minit.
7.Bakar cookies selama 20-25 minit.
8.Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.
**adunan yang belum digunakan simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan.
**pure butter , butter oil , choc chip mahal dan kelapa parut perlu ada kalau nak dapat bau dan rasa seakan akan famous amos. Kalau tak letak atau digantikan dengan bahan yang murah seperti marjerin , choc chip murah memang tak akan dapat rasa seakan famous amos. Butter oil juga perlu dalam cookies ni. Saya cakap berdasarkan pengalaman.
Kredit: Nur Haziqah
Resipi Cucur Mudah Untuk Hidangan Minum Petang
Resipi Pulut Kuning & Rendang Ayam Mak, Sekali Masak Dapat 30 Bekas
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best
The post Biskut Ala Famous Amos Ni Gerenti Ketagih Nak Makan appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/03/biskut-ala-famous-amos-ni-gerenti.html