Birthday Party Aryana Arash
Assalamualaikum WBT

SEMALAM, Sk dan Pak Inche memenuhi undangan Majlis Hari Lahir anak rakan sekerja PI, Aryana sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 8. Baru perasan, Aryana rupanya sebaya dengan Zulaikha, anak Cik Ani. Zulaikha atau Jeika juga baru diraikan hari jadinya baru-baru ini di NLSB Cafe Nusa Idaman

Haliza, ibu Aryana menyediakan masakan kegemaran Aryana iaitu Nasi Ayam. Juga ada Kerabu Maggi kegemaran budak-budak, eh.. mak budak pun suka aihhhh! Sk memang datang bawa perut, pagi cuma sarapan Telur Separuh Masak dengan Roti Bakar Kaya macam selalu

Tak tahulah pulak birthday party Aryana ni ada tema warna ungu. Kalau tahu, Sk pakai baju ungu tapi.. hurmmm.. macam tak ada pulak baju warna ungu, hahahah. Kalau ada pun tshirt jersi. Tapi tudung ungu memang banyak. Boleh la kan pakai dengan baju putih tapi tak tahu. Mungkin juga Haliza tak mahu menyusahkan tetamu jika ada warna tema tapi sebelah keluarga nampaknya dah berjanji pakai ungu. Tapi tu la, kalau tahu Aryana suka ungu, belikan hadiah warna ungu tapi dah terbeli warna merah

Sk tanya PI, tak makan ke kuih onde-onde kegemaran dia? PI tanya, ada ke onde-onde? Dia tak perasan sebab onde-onde kan selalunya warna hijau

Kuih Puteri Ayu juga warna ungu

Satu lagi makanan kegemaran PI yang dia tak perasan kewujudannya sebab warna ungu, hahaha

Cheese tart memang biasanya tema ungu

Kuih lapis warna-warni didonimasi warna ungu juga

Kek Red Velvet menjadi pilihan untuk Aryana

Ini kek untuk Arash. Arash ni anak Akma, rakan sepejabat PI juga. Akma ni pulak, adik rakan baik Sk masa di sekolah menengah dulu, keciknya dunia, kannnn.

Pulut Kuning untuk Arash

Pulut Kuning untuk Aryana

Pulut Kuning untuk Huda yang baru juga menyambut hari lahir. Huda, Akma dan Haliza ni semua junior PI, dah macam adik-beradik. Yang kelakar tiap hari Jumaat memasing bawa anak ke pejabat dah macam taska, kata PI. Budak-budak ni pun rapat jugak dengan PI walaupun PI ni kuat menyakat, dorang panggil Uncel Agun

Ni memang dari kecik dok beriba dengan PI kalau datang pejabat.

Kadang-kadang macam musuh 🤣

Terima kasih, Liza dan Faiz sudi jemput kami makan-makan. Penuh perut dengan nasi ayam, kerabu maggi, roti jala, rojak asma dan kuih-muih. Cuma Pulut Kuning je tak larat nak makan dahhh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/birthday-party-aryana-arash.html