Birthday Mee Hoon Aka Mee Hoon Singapura




Alhamdulillah bersua lagi. Syukur diberi kekuatan untuk menulis lagi pagi ini. Jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 
Saya sejak kebelakangan ini, rasa sangat berselera, rasa macam macam nak makan. Tapi kena tahan maklumlah semakin berusia, memang makin mudah dijangkiti pelbagai penyakit. 
Sejak balik dari konsert The Journey of Sound Siti Nurhaliza dan Judika baru baru ini ramai yang meninggalkan komen di facebook saya yang pada saya menunjukkan betapa riak mereka dengan amalan mereka yang kononnya tak pernah terjebak dengan retis dan majlis laghaa. 
Tiket untuk ke konsert tersebut dibayar oleh anak saya kerana tahu saya ingin melihat konsert Siti dan Judika. Kalau saya pun mungkin tak mampu kerana harga tiket lebih dari seribu seorang untuk seat VIP. 
Saya tidak mahu komen apa apa bab konsert tapi saya hanya ingin menyebutkan bahawa tak akan masuk syurga orang yang dalam dirinya ada sebesar zarah pun rasa sombong dan riak. 
Kita manusia masuk syurga dengan Rahmat Allah, bukan dengan banyaknya amalan. Boleh baca kisah seorang ahli ibadah yang beribadah sepanjang masa dan ingin masuk syurga dengan amalannya. Ambil pengajaran dari situ, supaya jangan menyombong diri dan memandang rendah pada orang lain. 
Sepanjang di konsert, walaupun berhibur tapi saya meletakkan semuanya pada Allah. Bila melihat kebolehan mereka sehingga mencari rezeki dengan bidang itu, adalah kurniaan Allah. Dengan kelebihan yang ada, mereka berbuat amal dan kebajikan dengan membantu mereka yang memerlukan di Palestine juga di dalam negara. Yayasan Nurjiwa kepunyaan Dato Seri Siti Nurhaliza juga banyak menyumbang membina masjid di dalam dan luar negara. Bagaimana dengan kita? Kita ada ke?
Saya juga melihat dengan rasa kesian bila melihat ramai terutamanya penari dari kalangan mereka yang lembut. Mungkin ianya bukan kehendak mereka sendiri dilahirkan begitu. Kita yang dilahirkan sempurna, harus bersyukur. Bersyukur bila kita tidak diuji. 
Jadi jangan lah rasa diri kita lah yang terpaling baik dan orang lain terpaling hina. Sebelum masuk stadium, masjid bersebelahan stadium penuh sesak dengan orang ramai yang ingin menunaikan solat Maghrib sehingga terpaksa solat bersusun susun dan menunggu giliran. 
Masya Allah rasa seperti seolah bersesak ketika mahu menunaikan solat di Tanah Suci. Ok setakat ini dahulu, semoga kita sentiasa berprasangka baik dengan semua orang. Semoga bermanafaat. 


Saya kebelakangan ni memang suka masak mee hoon goreng. Maklum lah kalau beli di restoran, memang boleh disahkan, tak sedap. Kecuali makan di kopitiam yang memang ikut SOP resipi yang tetap. 
Sebenarnya menggoreng mee hoon ni sangat mudah. Tapi ada masa nya tak menjadi juga kalau tak kena caranya. Bila menggoreng mee hoon, minyak kena lebih baru lah mee hoon menjadi lebih moist. Tak kering. 
Air juga memainkan peranan supaya mee hoon tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut sehingga hancur. Kalau tak dimasukkan air langsung, mee hoon akan jadi mcm berkerak dan melekat. 
Singapore mee hoon atau dikenali juga sebagai birthday mee hoon ini sangat sesuai untuk anak anak kerana ianya tidak pedas. Nak lagi menarik, tambah lah macam fish cake atau fish ball, udang atau daging. Semua lauk lauk ini akan menambah perisa pada mee hoon kita. 
Mee hoon saya hari ini Alhamdulillah sangat sedap. Siapa yang jadikan mee hoon saya sedap? Allah yang menjadikan ianya sedap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannnya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Birthday Mee Hoon aka Mee Hoon SingapuraOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ pek mee hoon - 200 gramSerbuk lada sulah1-2 biji telurUdang/sotong/dagingSawi½ batang karot250 ml airMinyak masak
Bahan tumbuk:1 biji bawang besar - saiz sederhana 4 ulas bawang putih
Bahan perasa:2 sudu besar sos tiram1 sudu kecil garam½ sudu kecil serbuk pati ayam 1 sudu besar minyak bijan 
Cara cara:Rendan mee hoon dalam air sejuk selama 15 minit. Tos. 
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Minyak mesti lebih baru lah mee hoon akan lebih moist. Masukkan sedikit serbuk lada sulah. Tumis sehingga bawang keperangan. 
Masukkan semua bahan perasa. Kacau rata. 
Masukkan karot dan biarkan sehingga separuh lembut. Masukkan batang sawi. 


Masukkan sotong dan kacau seketika sahaja. Masukkan telur dan kacau rata. 

Masukkan air separuh dulu. Setelah mendidih, masukkan mee hoon. Kalau perlu, tambah air sedikit demi sedikit. Jika terlebih air, mee hoon akan lembut dan patah. 




Masukkan daun sawi dan kacau rata sehingga mee hoon menjadi ringan dan kelihatan berminyak. Tutup api.


Nota:Jika menggunakan daging, panaskan minyak dan goreng daging yang dihiris nipis sebelum dimasukkan bahan tumbuk.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/12/birthday-mee-hoon-aka-mee-hoon-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Aff Tewas 2 Kali Rekod 3 Aksi Malaysia Bertemu Singapura Jadi Kayu Ukur Mampu Atau Tidak Muncul Semifinalis Sukan

Piala Aff Tewas 2 Kali Rekod 3 Aksi Malaysia Bertemu Singapura Jadi Kayu Ukur Mampu Atau Tidak Muncul Semifinalis Sukan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 184 hits
PERTEMBUNGAN penting Malaysia dan Singapura pastinya mendapat perhatian seluruh penyokong kedua dua buah negara untuk melihat pasukan manakah yang akan terkandas di peringkat Kumpulan A dan siapa mara ke pusingan kalah mati Piala Asean 2024...
Awas Harimau Malaya 3 Tonggak Singapura Bakal Menyusahkan Sebab Ada Pengalaman Di Tanah Air Sukan

Awas Harimau Malaya 3 Tonggak Singapura Bakal Menyusahkan Sebab Ada Pengalaman Di Tanah Air Sukan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 121 hits
SKUAD Harimau Malaya akan berdepan tugas getir menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir Piala Asean 2024 pada Jumaat Beraksi di gelanggang keramat skuad kebangsaan pastinya akan memberi kelebihan buat Ha...
Bayar Rm13 000 Masuk Haram Lalu Singapura

Bayar Rm13 000 Masuk Haram Lalu Singapura

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 150 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sebuah rumah transit di Larkin Indah Johor diserbu disyaki lokasi menyeludup warganegara Bangladesh ke negara ini dengan bayaran RM13 000 Dalam serbuan pada 19 Dis dua lelaki warganegara itu berusia 37 dan 42 tahu...
Tnb Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

Tnb Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 104 hits
Mungkin ada antara kita yang belum sedia maklum Tenaga Nasional Berhad telah memulakan eksport sulung bekalan tenaga boleh baharu ke Singapura pada 11 30 pagi 13 Disember Bekalan elektrik merentasi sempadan dua negara ini dicapai dala
Cotu Dibuka Di Marina Bay Ubah Landskap Hiburan Singapura

Cotu Dibuka Di Marina Bay Ubah Landskap Hiburan Singapura

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 91 hits
Little Birdie COTU baru sahaja dibuka di atas CapitaGreen Singapura menawarkan konsep gaya hidup hebat dengan lima pengalaman menarik di tingkat 38 dan 39 COTU menggabungkan santapan mewah koktel khas dan hiburan yang meriah dijangka akan m...
Pernah Belasah Singapura Aguero Yakin Hm Mampu Ulangi Kejayaan Sama Bertemu Musuh Tradisi Sukan

Pernah Belasah Singapura Aguero Yakin Hm Mampu Ulangi Kejayaan Sama Bertemu Musuh Tradisi Sukan

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 123 hits
MALAYSIA berdepan misi penting untuk menewaskan Singapura dalam usaha layak ke separuh akhir Piala Asean 2024 Bakal bertemu musuh Seberang Tambak pada Jumaat Harimau Malaya tiada pilihan lain selain mengalahkan Singapura untuk memintas mere...
Syarikat Pelabur Singapura Jawab Mengenai Status Pegangan Saham U Mobile

Syarikat Pelabur Singapura Jawab Mengenai Status Pegangan Saham U Mobile

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 91 hits
Sebelum ini telah dilaporkan tentang Singapore Technologies Telemedia yang mengumumkan bahawa Mawar Setia sebuah syarikat swasta tempatan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim akan mengambil alih saham
Baru Nak Pencen Dah Kena Kerja Semula Singapura Naikkan Usia Bersara

Baru Nak Pencen Dah Kena Kerja Semula Singapura Naikkan Usia Bersara

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 162 hits
Usia persaraan kakitangan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan akan dinaikkan kepada 64 tahun Mulai 1 Januari 2025 Selain itu bagi yang layak dan masih mampu bekerja usia lanjutan akan dinaikkan kepada 69 tahun Dalam satu kenyataan pada 9 Di...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Influencers Can Boost Your Startup

Lirik Lagu Hanya Kamu Dato M Nasir Ft Azri Yunus

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online

Buli Di Tempat Kerja Contoh Tindakan Saluran Aduan