Birthday Lunch Gula Cakery Kl East Mall
Orang paling teruja semestinya adalah Diah bila suami ajak foodhunting ke café yang masuk dalam senarai nak cuba sejak dulu lagi iaitu Gula Cakery café dalam KL East Mall.
Agak pelik sebenarnya bila suami yang ajak sebab selalunya Diah yang sentiasa nak cuba makan dekat tempat baru.
Pernah nampak kawan-kawan kongsi tentang Gula Cakery di socmed dan dapat review yang baik. Selain tu café dia instaworthy ya.
Birthday Lunch, Gula Cakery KL East Mall
Kami ke sini sempena birthday lunch, permintaan Airis nak makan kek. Ikut Kalendar Islam dia dah genap lima tahun.
Oh ya, Café ni sesuai jadi tempat orang nak meet up, nak jumpa prospek ke, nak makan dengan kawan atau makan-makan dengan keluarga.
Pilihan dessert pon banyak. Rambang mata nak cuba dan dessert dia semua cantik dan meriah. Kena tahan godaan kalau datang sini.
Menu Di Gula Cakery Café
Menu dia banyak pilihan. Ada makanan Western, aneka menu Nasi untuk tekak Melayu, pelbagai jenis Pasta, Burger, nak yang simple macam sandwhich & snack pun ada.
Bijaknya Gula Cakery ni dia menyediakan makanan fusion. Dia gabungkan rasa asia dan barat dalam satu pinggan. Sebagai contoh menu fusion yang boleh dicuba ialah Spaghetti Masak Lemak Cili Padi.
Cara nak pesan pun mudah saja. Boleh scan QR code yang diletakkan atas meja dan bagusnya boleh bayar terus secara online.
Kalau susah nak bayar online boleh bayar di kaunter. Untuk yang rasa leceh nak scan barcode, boleh je panggil pelayan dan mereka akan ambil pesanan.
Menu dalam buku keras tu masih ada jadi senang nak buat rujukan. Pelayan pun mesra alam dan tak lokek senyuman.
Diah nak puji pelayan dekat Gula Cakery cawangan KL East Mall yang ringan tulang. Pinggan kosong dia akan cepat-cepat kutip bila nampak kita dah stop makan.
Sentiasa follow up pesanan dan datang ke meja kita, risau makanan yang dipesan tak dapat. Bila minta cutleries tambahan tak masam muka pun.
Ini semua small point yang beri big impact pada restaurant. Tolonglah peniaga dan business owner sila take note.
Bila pelanggan gembira, layanan terbaik tapi makanan sedang-sedang je semua tu boleh ditutupi dengan small point tadi.
Sebab apa? Sebagai pelanggan Diah akan beri peluang dan akan datang semula untuk cuba makanan sekali lagi di masa hadapan.
Peluang kedua tu yang penting untuk tebus kekurangan kali pertama. Anggap je Cef dia cuti digantikan dengan orang lain atau Cef dia kurang sihat sebab tu makanan kurang menepati selera.
Menu Paling Menonjol di Tekak Kami
Jom Diah kongsikan apa yang kami pesan waktu makan di sana. Diah makan Chilli Butter Cream with Mussels dihidangkan bersama roti mantao goreng.
Suami makan Grilled Chicken Chop, Ikhwan makan Crunchy Onion Ring Beef Burger, Raudah & Airis ambil kid menu, Carbonara Spaghetti with Chicken.
Diah bagi 4 bintang untuk menu yang Diah cuba iaitu Chili Butter Cream Mussel dan juga Crunchy Onion burger. Ya Allah sumpah makan sambil terharu.
Ini ikut selera tekak Diah ya. Mussel tu sesuai untuk peminat Seafood dan mereka yang suka pedas boleh cuba. Cukup perisa, lemak dan pedas.
Burger onion dia layak mendapat pujian dan kena dengan nama crunchy sebab memang rangup. Patty yang tak terlalu nipis, diperisakan dengan baik serta bawang yang rangup.
Sekarang dah jumpa kedai selain Menate untuk makan burger sedap. InshaAllah boleh repeat. Untuk Grilled chicken chop pula bagi Diah rasa dia biasa-biasa saja.
Portion makanan dihidangkan sedang elok. Oleh sebab perut dah penuh jadi kami decide nak datang lagi untuk cuba dessert pula.
Untuk korang yang teringin datang sendiri ke sini okay. Kalau nak Hi tea area Melawati boleh cuba Tim's Tea House Cafe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/12/birthday-lunch-gula-cakery-kl-east-mall.html