Biodata Rasulullah S A W


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Hai reader semua, Selamat bercuti sempena Maulidur Rasul hari ini, Sama-samalah kita hayati kisah Rasulullah S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.WNama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

Aku melihat cahaya dari lidahnya

Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan

Rasulullah umpama matahari yang bersinar

Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah

Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya

Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah

Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan

Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca

Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah
 
KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.bondezaidalifah.com/2018/11/biodata-rasulullah-saw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Rasulullah Saw

Biodata Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 441 hits
Biodata Rasulullah SAW Semperna sambutan Maulidur Rasul pada hari ini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan dengan Semoga ianya mendapat manfaat bersama anda boleh baca maklumat tersebut dibawah Biodata Rasulullah SAW Disini dikongsik...
Biodata Rasulullah S A W Jom Kenali Rasul Kita Sempena Maulidur Rasul 1440 Hijrah

Biodata Rasulullah S A W Jom Kenali Rasul Kita Sempena Maulidur Rasul 1440 Hijrah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 938 hits
Biodata Rasulullah S A W Jom Kenali Rasul Kita Sempena Maulidur Rasul 1440 Hijrah Semalam ulangtahun kelahiran Rasul kesayangan kita Rasulullah S A W Kalau zaman sekolah dahulu mesti akan ikut perarakan keliling kampung sambil berselawat ke...
Jadikan Pengajaran Rasulullah Sebagai Model Terbaik Malaysia Baharu Tpm

Jadikan Pengajaran Rasulullah Sebagai Model Terbaik Malaysia Baharu Tpm

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin menyeru umat Islam di negara ini untuk saling mendengar suara dan pandangan antara satu sama lain dengan menjadikan ibrah Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dalam membina Mala...
8674 Bendera Rasulullah

8674 Bendera Rasulullah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 387 hits
Jangan Salah Inilah Karakter Bendera Rasulullah yang Sebenarnya Senin 12 November 2018 10 04 KIBLAT NET Bendera Rasul baru baru ini menjadi perbincangan Banyak yang mempertanyakan benarkah bendera Rasul adalah sama dengan bendera yang dipak...
23 Cara Rasulullah Romantis Dengan Isteri

23 Cara Rasulullah Romantis Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 378 hits
Islam sebagai agama paripurna telah mengajarkan banyak hal berbagai sisi kehidupan dari mulai tata negara hingga berumah tangga Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam sebagai suri tauladan telah memberikan contoh dalam kehidupan Beliau Kep...
Tokoh Agung Jom Kenali Rasulullah Nabi Muhammad S A W

Tokoh Agung Jom Kenali Rasulullah Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 676 hits
BIODATA RASULULLAH S A W Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim Tarikh lahir Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul Mu...
Siasat Cerdik Sultan Ini Bisa Menangkap Pencuri Jenazah Rasulullah

Siasat Cerdik Sultan Ini Bisa Menangkap Pencuri Jenazah Rasulullah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 205 hits
Allah SWT memberikan sinyal agar setiap Muslim senantiasa waspada terhadap orang kafir ataupun orang munafik yang bersembunyi di balik keshalihan Mereka tidak kalah bahayanya dengan orang orang yang hendak mencuri jenazah Rasulullah SAW Ber...
Pahang Anjukan Pameran Artifak Rasulullah Saw Di Kuantan

Pahang Anjukan Pameran Artifak Rasulullah Saw Di Kuantan

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1271 hits
KUANTAN Lebih 350 000 pengunjung dijangka menghadiri Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang bakal diadakan di Dewan Baharu Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan di sini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pe...
Kewafatan Rasulullah Saw Dan Kesinambungan Perjuangan Islam

Kewafatan Rasulullah Saw Dan Kesinambungan Perjuangan Islam

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 272 hits
Oleh YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul HadiKetua Dewan Pemuda PAS Malaysia ADUN Batu Buruk12 Rabiulawwal 1440H 20 November 2018Sudah menjadi lumrah kebanyakan umat Islam setiap kali tibanya bulan Rabiulawwal maka mereka menyambut Maulidurrasul...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Lunch Di Banana Bistro Tapi Sa Tak Makan

Travelling Ke Indonesia Jangan Ribet Beli Sim Card Pakai Esim Aja Ini Dia Keuntungannya Yang Bikin Liburan Makin Asik

Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari