Biodata Penuh Pelakon Cantik Octavia Manrose Anak Iwan Raja Dangdut


SIAPAKAH sebenarnya pelakon cantik jelita ini iaitu Octavia Manrose? Mesti ada dikalangan anda yang belum mengenali pelakon ini. Rupa-rupanya Octavia Manrose yang kini sedang meningkat naik dalam bidang lakonan ini merupakan anak kepada penyanyi yang cukup popular suatu ketika dulu iaitu Iwan Raja Dangdut. Kini, drama terbaru lakonan Octavia Manrose berjudul Encik Suami Mat Salih Celup dan Dendam Aurora.
Jom kenali biodata Octavia Manrose dibawah!

Baca : Rupanya Dua Pelakon Cantik Ini Anak Iwan Dangdut
Biodata Penuh Octavia Manrose
Nama Penuh: Wan Shamira Puteri Octavia
Nama Panggilan: Octavia Manrose , Umur: 26 (2017) , Asal: Malaysia
Status: Berkahwin , Agama: Islam , Pertalian: Kakak kepada Aprena Manrose
Kerjaya: Pelakon

Drama: Cinta Si Wedding Planner, Hajah Hearthrow Kembali, Umairah, Biar Aku Jadi Penunggu, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora (2017)
Laman Sosial:
Instagram: oktoviamanrose 


Oktovia Manrose bangga besarkan anak seorang diri Kali pertama bertentang mata dengan wanita ini, bagai ada satu tarikan tersendiri. Bukan hanya rupa paras menjadi tumpuan, aura keikhlasan juga jelas terlihat pada pancaran matanya.
Oktovia Manrose, pelakon yang sedang mencipta nama di arena seni, jelas tampak selesa menjadi diri sendiri.
Mesra saat memperkenalkan diri, beliau mengakui tidak sangka diundang untuk menjayakan sesi fotografi bersama HIP.
Merendah diri, beliau akur baru setahun jagung bergelar pelakon, malah tidak segan mengakui namanya belum lagi dikenali.
Memulakan bicara, lancar Oktovia memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal kepada seorang cahaya mata. Baginya, lebih baik berterus-terang kerana tiada sebab untuknya menyembunyikan status sebenar.
“Saya tidak rasa ada masalah untuk saya berterus-terang. Soal aturan hidup bukan sepenuhnya terletak pada tangan kita. Setiap yang berlaku juga akan sentiasa berserta dengan hikmah.
“Saya berbangga melayari hidup bersama anak tersayang dan saya juga berbangga kerana membesarkan anak saya sendiri, menerusi usaha dan titik peluh saya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Balai Berita, Bangsar, di sini.
Warisi darah seni
Menyimpan seketika sisi peribadi, Oktovia, 26, berkata, beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon kira-kira dua tahun lalu, atas dorongan arwah ibunya yang mahu beliau melakukan sesuatu dalam hidup.
Katanya, beliau sendiri pada mulanya mengambil remeh saranan ibunya dan hanya memulakan langkah ke beberapa siri uji bakat selepas diminta berbuat begitu.
“Maklumlah saya masih muda pada waktu itu dan keras kepala. Saya hanya fikir untuk berseronok. Sementelah pula, saya lebih minat menyanyi.
“Memikirkan ibu asyik meminta saya mencuba bidang lakonan, saya gagahkan diri dan tidak sangka rezeki saya ada dalam bidang ini,” katanya.
Ternyata, wanita ini mewarisi DNA darah seni yang diwarisi ibu bapanya, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan Iwan Dangdut apabila bidang seni kini menjadi lapangan untuk dirinya mencari rezeki.
Ibu tak sempat tonton
Kelu seketika, matanya mula berkaca kala mengenang ibu tersayang yang meninggalkan dirinya pada 2013. Bagi wanita ini, arwah ibu ialah insan yang mahu dirinya menjadi pelakon, namun tidak sempat menonton lakonannya.
“Kejayaan saya pada hari ini adalah hasil dorongan ibu yang tidak jemu-jemu menyokong dan mahu saya menjadi pelakon. Saya masih ingat, ketika ibu sakit juga dia sentiasa meminta saya teruskan minat dalam lakonan.
“Maklumlah, ibu juga seorang pelakon pada era 80-an,” katanya sambil mengesat air mata.
Sempat ditanya mengenai bapanya yang kini sudah melalui transisi hidup memilih mendekatkan diri dengan agama, Oktovia berkata, sebagai orang tua, bapanya sentiasa berpesan agar pandai menjaga dan membawa diri.
“Bapa memang kurang menyokong, tetapi dia akur saya sudah dewasa dan saya lakukan ini demi kehidupan saya dan anak. Namun begitu, saya ambil setiap pesanan daripadanya.
“Kami juga akan bertemu apabila ada kelapangan dan setiap kali berjumpa, bapa akan selitkan nasihat buat saya,” katanya tertawa kecil.

Idamkan watak romantik, beremosi
Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu, yang baru selesai tayangannya di TV3 ini berkata, beliau gembira sejak membulatkan tekad menjadi pelakon, dirinya sering menerima tawaran meskipun belum memegang watak utama.
Oktovia berkata, apa yang lebih penting, tawaran tidak putus-putus diterima, membolehkan menampung hidup bersama anak.
“Saya juga sedang menunggu beberapa tawaran yang sedang dalam perbincangan. Kalau ada rezeki, saya akan mula turun ke lokasi penggambaran tidak lama lagi,” katanya yang juga pernah muncul dalam drama Hajah Heathrow.
Mengenai tawaran filem, Oktovia mengaku ada menerimanya baru-baru ini, namun ia terpaksa ditolak kerana belum bersedia untuk mencuba, selain jadual penggambaran yang bertindan.
“Kalau ada tawaran lagi, mengapa tidak? Seperti saya katakan, saya semakin selesa berlakon dan harap diberikan lebih banyak watak yang mencabar diri.
“Kalau ditanya mengenai watak, saya mengidamkan watak romantik dan beremosi kerana saya percaya, ia akan menguji kemampuan saya,” katanya.
Belum lupakan minat menyanyi
Akui wanita ini, pada dasarnya beliau seorang yang sukar mengalirkan air mata kerana bersikap keras hati.
“Maklumlah, saya perlu kuat dan tidak boleh lemah dalam kehidupan realiti. Sifat itu kadang-kadang terbawa-bawa ke lokasi, jadi ia mencabar saya untuk menjadi sisi yang lain,” katanya yang meminati Fauziah Ahmad Daud dan Beto Kusyairy.
Dalam pada itu, beliau mengakui masih menyimpan impian untuk menjadi penyanyi kerana ia adalah cita-cita awalnya dalam seni.
Oktovia memberitahu, dirinya juga sudah mempunyai single yang dihasilkan beberapa tahun dulu, malah berharap berpeluang berkongsi bakat nyanyiannya satu hari nanti.

Tumpuan pada anak, kerjaya
Beralih kepada sisi peribadi dirinya, beliau tidak mengelak sebaliknya mengakui ada arjuna yang sentiasa menghulur cinta buat dirinya.
Tidak menolak atau menoktahkan impian bercinta serta mendirikan rumah tangga, namun fokus utamanya kini adalah untuk membina kerjaya dan membesarkan putera sulungnya, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 5 tahun.
“Saat ini fokus hidup saya pada anak dan kerjaya saya. Susah senang saya untuk anak yang menjadi nyawa dan alasan untuk terus menjadi lebih baik dalam hidup.
“Saya percaya, soal cinta dan lelaki akan hadir apabila semuanya sudah bersedia dan bertepatan dengan masa,” katanya.

The post Biodata Penuh Pelakon Cantik Octavia Manrose Anak Iwan Raja Dangdut appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/biodata-penuh-pelakon-cantik-octavia-manrose-anak-iwan-raja-dangdut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Crestar Fan Kipas Syiling Cantik Menawan Untuk Keselesaan Yang Penuh Gaya

Crestar Fan Kipas Syiling Cantik Menawan Untuk Keselesaan Yang Penuh Gaya

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 591 hits
Crestar Fan Kipas Syiling Cantik Menawan Untuk Keselesaan Yang Penuh Gaya Tak dinafikan sekarang ni cuaca agak tidak menentu Yang pasti suhu panas memang tidak menurun Di kawasan tempat ku tinggal ni suhu pernah mencecah sehingga 36 darjah ...
Menetap Di Desa Bersama Suami Dan 8 Anak Wanita 40 An Ini Kekal Cantik

Menetap Di Desa Bersama Suami Dan 8 Anak Wanita 40 An Ini Kekal Cantik

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 406 hits
Kebahagiaan menurut setiap individu adalah berbeza Ada yang sama dan ada yang mungkin berlainan Mungkin ada orang yang berasa bahawa memiliki kehidupan serba mewah merupakan aras kebahagiaan yang mereka ingini Ada pula sesetengah daripada k...
Didiklah Anak Anda Agar Jadi Hamba Supaya Bila Dewasa Kelak Mereka Tidak Menjadi Raja

Didiklah Anak Anda Agar Jadi Hamba Supaya Bila Dewasa Kelak Mereka Tidak Menjadi Raja

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 366 hits
DIDIK anak sebagai hamba Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah k...
Meriah Dengan 4 Anak Perempuan Netizen Puji Almy Makin Susut Cantik Lepas Pantang

Meriah Dengan 4 Anak Perempuan Netizen Puji Almy Makin Susut Cantik Lepas Pantang

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 376 hits
Tamat tempoh berpantang anak ketiga Datin Almy Nadia dan suami Datuk Fizz Fairuz telah mengadakan majlis akikah dan memperkenalkan buah hati baru mereka Nur Afrina Ayra kepada umum View this post on Instagram A post shared by on Feb 15 2019...
Nama Pendek Penuh Makna Pilihan Ustaz Don Untuk Anak Ketiga Don Sulaiman Penyeri Keluarga

Nama Pendek Penuh Makna Pilihan Ustaz Don Untuk Anak Ketiga Don Sulaiman Penyeri Keluarga

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1857 hits
Nama pendek penuh makna pilihan ustaz don untuk anak ketiga Don Sulaiman penyeri keluarga Ustaz Don Daniyal Dr Husna Zahry Kelahiran Don Sulaiman diumumkan Dr Husna melalui Instagramnya setelah 7 hari bersalin Don Sulaiman telah dilahirkan ...
Penampilan Lesti Dangdut D Academy Dengan Hijab Makin Cantik

Penampilan Lesti Dangdut D Academy Dengan Hijab Makin Cantik

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 276 hits
Lesti Kejora penyanyi dangdut terlihat lebih cantik menggunakan hijab
5 Gambar Bagai Pinang Dibelah Dua Pelakon Cantik Sharifah Aryana Selamat Bertunang Dengan Kawan Baik Sendiri

5 Gambar Bagai Pinang Dibelah Dua Pelakon Cantik Sharifah Aryana Selamat Bertunang Dengan Kawan Baik Sendiri

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 958 hits
Pelakon filem Mukhsin Sharifah Aryana selamat bertunang pada 2 Mac lalu Majlis ringkas itu diadakan di rumah dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua dua belah pihak sahaja Adik kepada Sharifah Amani itu ditemani ibunya Fatimah ...
Miliki 2 Anak 5 Artis Cantik Ini Tetap Miliki Tubuh Aduhai

Miliki 2 Anak 5 Artis Cantik Ini Tetap Miliki Tubuh Aduhai

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 411 hits
Punya anak namun tetapi memiliki tubuh yang aduhai tentu siapa tak iri dengan deretan artis perempuan ini Tak hanya itu paras rupawan dengan kulit putih mulus menjadikan mereka tetap nampak seperti abg
Nasihat Ikhlas Aprena Manrose Kepada Bella Astillah Kontroversi Melibatkan Adiknya Octavia Manrose Dan Aliff Aziz

Nasihat Ikhlas Aprena Manrose Kepada Bella Astillah Kontroversi Melibatkan Adiknya Octavia Manrose Dan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 2911 hits
Oktovia Manrose nama yang mencanak naik ekoran kontrvoersi melibatkannya dengan rumah tangga Aliff Aziz dan juga Bella Astillah Dalama pada itu adik kepada pelakon Oktovia Manrose iaitu Aprena Manrose tampil menasihati isteri Aliff Aziz Bel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities