Biodata Pelakon Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Selesa dipanggil dengan nama sapaan Ezzanie, beliau membawa perwatakan yang ceria, mudah bergaul dan happy go lucky. Dari segi perpakaian, beliau seorang yang simple dan trendy.
Biodata Ezzanie Jasny
Nama penuh: Nur Ezzanie Sherazade binti JasnyTarikh lahir: 8 November 1999 (umur 25)Pendidikan: KDU University College (Bidang Perniagaan) Kerjaya: Pelakon, Model & UsahawanTahun aktif: 2021–kini
Instagram: @ezzaniejasnyTiktok: @ezzanie.jasny
Mula memasuki bidang perniagaan secara sambilan yang dilaksanakannya secara dalam talian, sejurus sahaja selepas tamat persekolahan. Beliau juga memiliki jenama perniagaan produk sendiri berkaitan dengan barangan kosmetik.
Sebelum memasuki dunia lakonan, dia memulakan kerjayanya sebagai model
Penglibatannya dalam dunia peragaan melibatkan dia sebagai model untuk produk-produk jenama mega seperti Fashion Valet, Jakel, Uniqlo, Tudung People, Leeyanarahman dan Tudung Ruffle. Di samping itu, dia turut muncul dalam iklan komersial seperti Agnesia dan Seng Heng
Namun, disebabkan rasa bosan untuk menumpukan kepada satu pekerjaan, dia mengubah hala tuju dengan turut menguji bakatnya secara perlahan- lahan merentangkan sayap ke bidang lakonan
Permulaan kariernya adalah sebagai pelakon ekstra yang hanya muncul lalu-lalang di hadapan kamera, sebelum diamanahkan untuk menghayati watak dengan nama dan dialog
Beliau mula melibatkan diri di dalam bidang lakonan sebagai pelakon ekstra menerusi drama Cinta Nan Grata pada tahun 2019. Kemudiannya, beliau membintangi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dan Primadona Makyung Bedah sebagai pelakon pembantu. Beliau seterusnya ditawarkan menjadi pelakon utama di samping Fadlan Hazim dan Ruhainies menerusi drama Sayang Tak Dikenang arahan Feroz Kader

Kerjaya
Filemografi
Drama
Drama pertama (2021)Kekasih Hati Mr Bodyguard Lola TV3 2022Primadona Makyung Bedah (Suria, TV2) Sayang Tak Dikenang (Hattin, Isabella, TV3) 2023
I Love You, Stupid (Iris, Viu Drama Web)
2024
Layang Layang Perkahwinan (Saida, Astro Ria)
Telefilem
Telefilem pertama2023 Baby-Sita (Liza Astro Warna)

Sumber:
https://ms.wikipedia.org/
https://iluminasi.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2024/02/biodata-pelakon-ezzanie-jasny.html