Biodata Fazura Pelakon Wanita Popular Usahawan Tudung Berjaya
Kepada penggemar watak Putri dalam Gol & Gincu, anda pasti tidak asing lagi dengan sosok pelakon wanita idaman Malaya suatu ketika dulu iaitu Nur Fazura atau lebih dikenali dengan Fazura.
Dengan pengalaman dalam bidang seni sejak usianya baru berusia 21 tahun, pasti beliau memiliki pelbagai kisah dan pencapaian cukup membanggakan bergelar seorang anak seni.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri hiburan, Nur Fazura.
Baca juga:
Biodata Khairul Aming
Biodata Syafiq Yusuf
Biodata Puteri Sarah
Latar Belakang
Kredit: Instagram @missfazura
NamaNur Fazura binti SharifuddinNama PanggilanFaz, Fazura, FazbulousTarikh Lahir27 September 1983Tempat LahirPekan, PahangPendidikanKolej Rekaan Fesyen.Ketinggian165 cmPekerjaanPelakon, Usahawan, Penyanyi, ModelAkaun Media SosialInstagram @missfazura
TikTok @fazuraofficial
Youtube @fazuraofficial2922
Website www.fazura.com
Kehidupan Peribadi
Fazura merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik iaitu dua orang abang dan seorang adik lelaki.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan pelakon lelaki popular, Fattah Amin pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia empat tahun.
Kredit: Instagram@fattahaminz
Kerjaya & Profesional
Bakat Fazura dalam bidang lakonan mula dikesan oleh pelakon veteran, Datin Rosnani Jamil yang menawarkannya watak utama dalam filem Bicara Hati pada tahun 2004.
Sebelum dirinya terlibat aktif dalam dunia lakonan, Fazua juga turut pernah menjadi pengacara dalam pelbagai rancangan termasuklah di siaran RTM menerusi Teens World yang disiarkan di TV2.
Filem:
TahunTajukWatak2004Bicara HatiNoraini2005Qaisy & LailaLaila2005Senario XXSiti2005Gol & GincuPutri Farhana Aliya2006Buli BalikCik Hanum Dari Langkawi2007KayanganMasiera2008Selamat Pagi CintaJulia2009Pisau CukurIntan Mastura2009KantoiLydia2010Lagenda Budak SetanKaterina / Kate2012Istanbul Aku Datang!Siti Wan Kuncup & Wo Aini2012Bujang TerlajakPuteri2014Kami HisteriaCik Lang2014TembusIza2014Manisnya Cinta Di CappadocciaIfti Liyana2015Bulan Terbelah Di Langit AmerikaJanet2016Langit CintaKhadeja2016Warkop DBKI Reborn: Jangkrik Boss Part 1Nadia2017J RevolusiDian2017Wanita TerindahNureen Nafeesa2017Warkop DBKI Reborn: Jangkrik Boss Part 2Nadia2017RafatharMila Cakra2017Ayat-Ayat Cinta 2Brenda2018Janji Zehan – Lahzeye Bi PayanNur Zehan Nazleen2019Dendam PontianakMina2024Pendekar Awang: Darah Indera GajahSayang (Kak Yang)
Filem Pendek:
TahunTajukWatak2018I Love When You Sing To MeDr. Zara2023AdindaNafeesa2023Kakak Kita Ke Jakarta10 watak (Kak Long, Kak Ngah, Kak Tam, Kak Anje, Kak Elya, Kak Teh, Kak Yang, Kak Kiah, Kak Uda. Kak Lang)
Drama:
TahunTajukWatakSaluran TV2005InspirionAzieTV32006Gol & Gincu The Series (Musim 1)Putri Farhana Aliya8TV2006Dalam Hati Ada CintaAstro Ria2006Wajah Cinta KitaTV32007Gol & Gincu The Series (Musim 2)Putri Farhana Aliya8TV2007Datin DiariesNellyTV32007Kasih SuciKasihTV32008EzoraEzoraTV32008Bicara CintaMilaAstro Ria2009KeliwonTV32011Kitab CintaMustikaTV AlHijrah2011Tahajjud CintaCitra MaisaraTV32013Kisah CintaAzaleaTV32017Hero Seorang CinderellaNura MedinaAstro Ria2024Hero Seorang Cinderella 2Nura MedinaAstro Ria2024Lelaki ItuIrsa ImaniTV32024Andartu KosmopolitanViu
Telefilem:
TahunTajukWatakSaluran TV2006Wahai Kau CintaIlaTV32006Rendang Untuk MertuaMariana/InaTV32007Tikar BurukAstro Ria2008Sebening Azan DialunRabiahTV32016Eropah, Here I AmFiruzAstro Citra
Muzik Video:
TahunTajukPenyanyi Undangan2002Impak MaksimaKRU2004Cinta KitaSheila Majid2008Episod LelakiSyed Azmir
Teater:
TahunTajukWatakTarikhLokasi2006Suzana @60Suzana7-9 April 2006Istana Budaya
Televisyen:
TahunTajukWatakSaluran TV2002Teen’s WorldPengacaraTV22004MTV Pop IncPengacaraMTV2005-2007MTV JusPengacaraMTV2006Pengacara bersama NazPengacara bersama NazTV32008Anugerah Skrin 2008Pengacara
TV32009Anak WayangAnak WayangAstro Ria2009Anugerah Shout! 2009Pencalon8TV2010Anugerah Shout! 2010Penyanyi8TV2012Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25PencalonTV32012Anugerah Shout! 2012Pencalon8TV2014Festival Filem Malaysia ke-26Pengacara bersama Fahrin AhmadAstro Ria2014Facing Up To Fazura (Musim 1)Diri sendiriE! Asia2014Maharaja Lawak Mega 2014JuriAstro Warna2014Anugerah MeleTOP Era 2014PencalonAstro Ria2014Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27PencalonTV32014Anugerah Lawak Warna 2014PencalonAstro Warna2014Anugerah Skrin 2014PencalonTV32015Anugerah MeleTOP Era 2015PencalonAstro Ria2015Festival Filem Malaysia ke-27PengacaraAstro Ria2015Facing Up To Fazura (Musim 2)Diri sendiriE! Asia2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29PengacaraTV32016Anugerah Skrin 2016PengacaraTV32017Anugerah MeleTOP Era 2017PencalonAstro Ria2017Anugerah Skrin 2017PengacaraTV32018Anugerah MeleTOP Era 2018PencalonAstro Ria2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31PencalonTV32019Anugerah MeleTOP Era 2019PencalonAstro Ria2020-2021Muzikal Lawak Superstar
(Musim 2)Juri tetapAstro Warna2023InnovathonJuriAstro Ria
Iklan:
Pantene, 2002
Nutox, 2006
Lux, 2011
Colgate, 2013
Blackberry, 2014
Avon Cosmestics, 2014
Lagu Single:
TahunTajuk2014Sayangi Dirimu2015Bangun2015Hancur Aku (Kolaborasi bersama Estranged)2015Bulan Terbelah Di Langit Amerika (Duet bersama Ridho Rhoma)2016Like Fireflies (Kolaborasi bersama Ning Baizura & Taufik Batisah)2016Nothing Like Pag-ibig (Duet bersama Jason Dy)2017Cinderella (Duet bersama Fattah Amin)2017Bisa Apa2017Cinta Langka (Duet bersama Ariadinata Samsons)2018The Good Is Back (Duet bersama Anggun)2019Can’t Forget Me2019Paling Sempurna (Duet bersama Fattah Amin)2019Be Honest (Duet bersama Jesse Ruben)2020Seloka Hari Raya (Duet bersama Fattah Amin)2020Noktah2023Jika Cinta Allah (Duet bersama Ahmad Dhani)
Muzik Video:
TahunTajuk2015Sayangi Dirimu2015Bulan Terbelah Di Langit Amerika (Duet bersama Ridho Rhoma)2016Hancur Aku (Estranged feat. Fazura)2016Like Fireflies (kolaborasi bersama Ning Baizura & Taufik Batisah)2017Nothing Like Pag-ibig (Duet bersama Jason Dy)2017Bisa Apa2017Bangun2017Only God Knows
Pencapaian Fazura
Sebagai seorang penggiat seni yang telah lebih 10 tahun berada dalam dunia hiburan dan meneroka banyak pasaran di luar negara, Fazura telah banyak menerima pelbagai anugarah berprestij seperti berikut:
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Pelakon Filem Wanita Popular, 2017
Pelakon TV Wanita Popular, 2018
Pasangan Serasi Drama (bersama Fattah Amin), 2018
Pasangan Serasi Filem (bersama Zul Ariffin), 2018
Festival Filem Malaysia
Pelakon Harapan Wanita, (FFM17) 2004 – Bicara Hati
Pelakon Wanita Terbaik, (FFM 27) 2015 – Manisnya Cinta Di Cappadoccia
Anugerah Skrin
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, 2009 – Pisau Cukur
Anugerah Stail EH!
Selebriti Wanita Paling Bergaya, 2011
Selebriti Wanita Paling Bergaya, 2012
Anugerah Stail Eh!, 2012
Selebriti Wanita Paling BergayA, 2014
Selebriti Paling Fotogenik, 2016
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, 2014 – Kami Histeria
Pelakon Wanita Terbaik, 2015 – Manisnya Cinta di Cappadoccia
Anugerah MeleTOP ERA
Fesyen MeleTOP, 2015
Bintang Filem MeleTOP, 2017- J Revolusi
Couple MeleTOP (bersama Fattah Amin), 2019
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
Artis Wanita Seksi, 2011
Anugerah Penghargaan H-Live
Woman of the Year, 2014
Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan (SEBA)
Anugerah Jenama Fesyen Paling Berpotensi, 2018
Pasangan Usahawan Selebriti Tahunan – bersama Fattah Amin, 2018
Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia
Anugerah Selebriti Paling Cemerlang Tahunan Malaysia bagi kategori wanita, 2022
Anugerah Wanita Luar Biasa Nona
Anugerah Perniagaan Hijab Nona, 2022
Fazura dan Fattah Bercerai?
Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai Fazura yang memfailkan penceraian terhadap Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Fazura yang tidak hadir ke makhamah hanya menyerahkan urusan memfailkan penceraian tersebut kepada penguam yang mewakilinya. Sehingga kini, punca penceraian tersebut tidak dedahkan dengan terperinci.
Fakta Menarik Tentang Fazura
Ayah Fazura, Sharifuddin bin Adnan telah meninggal dunia ketika Fazura baru berusia 17 tahun.
Fattah da Fazura dikatakan mula rapat ketika digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella pada tahun 2017.
Gandingan Fattah dan Fazura popular dan mendapat perhatian ramai sehingga wujudnya #FattZura.
Pada ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34, Fattah pernah membuat kejutan dengan mengirimkan 500 kuntum bunga mawar.
Beliau juga memiliki rangkaian jenama fesyen muslimah seperti Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura, Trudolly (jenama yang diusahakan bersama Puteri Zarith) serta yang terbaharu, Fazura Beauty Water.
Tudungnya pernah terjual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh sejam sebaik sahaja dilancarkan!
Beliau memiliki jumlah pengikut mencapai 6.2 juta di Intagram dan 573.2 ribu di TikTok.
Semoga kejayaan Fazura dalam dunia seni dan perniagaan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada anak muda di luar sana untuk terus berjaya.
Dengan perkhabaran berita mengenai rumah tangga beliau itu pula, diharapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber:
Instagram @missfazura
Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah. Berita Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/fazura/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=fazura