Bingka Labu Lemak Manis


Beberapa hari ni kawan tayang Bingka Labu buatannya, kebetulan kat rumah ni memang ada labu. Terus rasa nak cuba buat jugak, walaupun Bingka Labu bukanlah kategori kuih yang diminati. Saya buat carian di internet, pilih-pilih nak ikut resepi mana satu. Lepas tu check bahan hampir semua ada atau ada bahan pengganti, kecuali esen vanila dan bijan. Ah...buat jugaklah walaupun tanpa dua bahan tu. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni tak bolehlah sikit-sikit nak keluar cari barang, pakai jelah apa yang ada

Saya pilih ikut resepi dari blog yatiememories. Saya catatkan semula di sini untuk mudah saya rujuk pada masa akan datang. Untuk bahan-bahan saya ambil terus dari blog beliau, manakala untuk cara-cara tu saya sesuaikan dengan cara saya


BINGKA LABU LEMAK MANIS=========================Bahan-bahan :2 biji telur2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan 200ml dan air biasa)1/2 cawan susu cair (saya guna Dutch Lady Full Cream Milk)2 cawan tepung gandum1/2 cawan gula pasir halus1/2 cawan susu pekat manis1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil esen vanila (saya tak letak, tiada stok)2 sudu besar butter / minyak sapi (saya guna minyak masak)2 cawan labu yang telah direbus, tos dan dilecek (saya kukus dan lecek)sedikit bijan untuk ditabur di atas permukaan kuih (saya tak letak, tiada stok)
Cara-cara :Kupas kulit labu, potong kecil dan kukus sehingga lembut. Lecekkan dan sukat untuk 2 cawan.Dengan menggunakan blender, satukan semua bahan di atas (kecuali bijan). Kisar sehingga sebati dan halus.Tuang adunan ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar (saya guna Panasonic Microwave Oven - terus masukkan dan tekan auto menu 'CAKE').Dah masak, biarkan sejuk sekitar 2-3 jam sebelum dipotong.
* labu yang dilecek tu saya bahagi dua. Satu bahagian saya blend sekali, manakala satu bahagian lagi saya cuma masukkan dalam adunan dan dikacau rata. Tujuan supaya masih ada tekstur labu pada bingka tu nanti

* preset time untuk auto menu kek pada microwave oven saya adalah 45 minit. Dah siap tu saya tekan sekali lagi auto menu kek untuk tambahan masa selama 15 minit. Tujuannya supaya permukaan bingka lebih berkerak

------------------------------------------
Saya kukus labu guna Philips Pressure Cooker (PPC). Letak labu atas dulang pengukus, bawahnya letak sedikit air. Tutup periuk - tombol SEAL - mode STEAM/STEW - set KPT 10 mins - Start. Hasilnya labu sangat lembut. Dalam gambar di atas ni yang dah siap kukus

Adunan yang dah dikacau rata dengan satu bahagian labu lecek. Masuk dalam loyang non stick, tapi sebab risau kot la melekat jugak maka saya sapu dengan marjerin.

Inilah hasilnya....BINGKA LABU. Ni saya potong selepas lebih 2 jam. Itu pun masih terasa hangat. Kenapa tak boleh potong panas-panas? Sebab bingka belum mengeras, potong jadi tak cantik. Juga gunakan pisau plastik supaya tak melekat dan potongan cantik. Lagi pulak loyang non stick memang tak bolehlah guna pisau biasa

Alhamdulillah...saya agak puashati dengan hasil percubaan kali ni. Cuma, disebabkan tak letak esen vanila maka ada berbau telur sedikit. Takpelah, lain kali boleh buat lagi dengan bahan yang lengkap. Saya ni jarang sangat buat kuih/kek, tu pasal tak simpan esen vanila bagai. Tiba-tiba masa PKP ginilah rajin nak masak itu ini...huh




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/04/bingka-labu-lemak-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Comelnya Kuih Buah Rotan Ni Rasa Lemak Lemak Manis Sedap

Comelnya Kuih Buah Rotan Ni Rasa Lemak Lemak Manis Sedap

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 332 hits
Bosan dengan menu yang sama ada baiknya mama berkreatif dengan bahan yang ada untuk sajian anak anak dan keluarga Salah satu resipi comel tetapi sihat dan mengenyangkan buat seisi keluarga untuk minum petang adalah Kuih Buah Rotan yang diha...
Resipi Air Fryer Sarapan Buah Labu Manis

Resipi Air Fryer Sarapan Buah Labu Manis

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 480 hits
Sarapan kali ini sangat mudah Ada buah labu tak Kalau ada basuh bersih dan belah macam ini tanpa buang kulit Tak perlu lumur garam dan gula Tuhan dah beri kehebatan buah labu ni penuh rasa dah Buah Labu Air Fryer Masukkan dalam air fryer se...
Masak Lemak Putih Labu Yang Sangat Sedap

Masak Lemak Putih Labu Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 660 hits
Melihat gaya netizen menulis komen di social media sangat menakutkan Bukan takut hantu tapi takut melihatkan manusia tidak takut membuat dosa sesama manusia walaupun telah dipesan dosa sesama manusia mesti diselesaikan dengan manusia sebelu...
Bingka Labu Yang Sedap

Bingka Labu Yang Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 559 hits
Sejak perintah kawalan pergerakan saya kena memasak setiap hari Tiba tiba tiap hari masuk dapur Walaupun Hubby menolong juga tapi saya macam kejutan juga bila setiap hari kena memasak Bangun pagi terus ke dapur untuk menyediakan sarapan Sel...
Macam Macam Bentuk Ada Comelnya Bahulu Labu Ni Manis Lembut Gebu

Macam Macam Bentuk Ada Comelnya Bahulu Labu Ni Manis Lembut Gebu

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 877 hits
Sepanjang tempoh PKP ini bukan sahaja kita dewasa yang asyik kelaparan anak anak kita pun sama Kudapan antara menu wajib ada di rumah bagi mengelakkan anak anak kelaparan sementara menunggu waktu makan Bosan dengan finger food mama boleh se...
Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan

Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 471 hits
Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna CawanVideo Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan ni ada banyak resepi yang boleh kita cuba masak Ini Umi kongsikan resepi pudi...
9 Cara Elak Dijangkiti Virus Covid 19 Bagi Penghidap Kencing Manis

9 Cara Elak Dijangkiti Virus Covid 19 Bagi Penghidap Kencing Manis

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 349 hits
9 Cara untuk elakkan pesakit diabetis daripada dijangkiti virus covid dan kekal sihat cergas dan tenang di musim PKP
Update Terkini Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis Darah Tinggi Korban Terbaru Covid 19

Update Terkini Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis Darah Tinggi Korban Terbaru Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 278 hits
KKM mengesahkan 1 lagi kematian akibat COVID 19 hari ini menjadikan total kematian di Malaysia akibat virus itu sebanyak 62 kes Kematian ini melibatkan pesakit kes 3 663 merupakan warganegara Malaysia berumur 67 tahun Pesakit tersebut dilap...
Cukuplah Susu Pekat Manis Untuk Bancuh Pada Cucu Mak Cik Tak Minta Banyak

Cukuplah Susu Pekat Manis Untuk Bancuh Pada Cucu Mak Cik Tak Minta Banyak

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 385 hits
Sayunya rasa hati apabila perkongsian melalui Facebook Siti Fatimah Abd Hamid di mana seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh cucu kini berada dalam keadaan kesempitan untuk memberikan susu dan menyediakan makanan buat cucunya Hanya Minta...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia