Pemimpin Pembangkang Desak Anwar Tolak Kerjasama Dengan Kleptokrat



(FMT) – Pemimpin Amanah, DAP, Muda, Warisan dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) mendesak Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat, susulan laporan media mengaitkan presiden PKR itu merangka persefahaman awal bersama segelintir wakil rakyat Umno.
Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, Pengasas Muda Syed Saddiq Abdul Rahman, Baru Bian dari PSB dan Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman, mereka menggesa Anwar terus mengukuhkan blok besar pembangkang.
“Kami menyeru Anwar mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat. Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini.
“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” katanya.
Sebelum ini, Anwar mengesahkan wujud usaha di peringkat awal untuk menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan dengan pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.
Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan berkenaan berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.
Menurut mereka, selain berdepan dengan kegagalan pentadbiran, Malaysia turut berhadapan dengan kecelaruan dan pengurusan ekonomi ketika negara dilanda wabak Covid-19 yang berpanjangan.
“Blok pembangkang perlu kukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan Ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia. Sepanjang negara melalui krisis tiga serangkai, ekonomi, kesihatan dan politik, kepimpinan Perikatan Nasional tidak menonjolkan arah tuju dan rancangan jelas,” katanya.
Tegas mereka, kelompongan yang ada ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan gagasan bersama berlandaskan agenda peduli rakyat.
“Tatkala, PN gagal menzahirkan kemampuan dan iltizam, blok pembangkang perlu bersama-sama menunjukkan suri tauladan kepemimpinan dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat kebanyakan,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/17/pemimpin-pembangkang-desak-anwar-tolak-kerjasama-dengan-kleptokrat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedah Hukum Pemimpin Misteri Umno Bincang Kerjasama Rahsia Dengan Anwar Penganalisis

Dedah Hukum Pemimpin Misteri Umno Bincang Kerjasama Rahsia Dengan Anwar Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 376 hits
Astro AwaniMac 17 2021 11 51Anwar pada Selasa tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Gambar fail Astro AWANIKUALA LUMPUR UMNO perlu mendedahkan...
Kukuhkan Kesepakatan Blok Pembangkang Tolak Perikatan Dan Kleptokrat

Kukuhkan Kesepakatan Blok Pembangkang Tolak Perikatan Dan Kleptokrat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 214 hits
Pada 18 Mac 2021oleh pentadbirOleh Ghafar NSBlok pembangkang perlu bersama tunjukkan suri tauladan kepimpinan dengan menyusun dasar dan inisiatif yang membantu rakyat tatkala kerajaan Perikatan Nasional gagal zahirkan kemampuan mereka Dalam...
Bimbang Umno Tikam Belakang Penyokong Anwar Desak Konvensyen Tergempar Bincang Kerjasama

Bimbang Umno Tikam Belakang Penyokong Anwar Desak Konvensyen Tergempar Bincang Kerjasama

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 401 hits
Penyokong Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Harapan khususnya PKR mengadakan konvensyen tergempar bagi membincangkan isu kerjasama dengan Umno Abdul Razak Ismail berkata langkah itu penting bagi mendengar sendiri maklum balas ahli sama ada mer...
Politik Anwar Digesa Tolak Kerjasama Dengan Kleptokra

Politik Anwar Digesa Tolak Kerjasama Dengan Kleptokra

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 431 hits
Beberapa pemimpin blok pembangkang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com vide...
Pusingan Lengkap Mengapa Kerjasama Anwar Dan Zahid Tidak Mengejutkan

Pusingan Lengkap Mengapa Kerjasama Anwar Dan Zahid Tidak Mengejutkan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 274 hits
Hubungan baik Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi bermula ketika mereka bersama berjuang dalam Umno Kerjasama politik yang mesra antara pemimpin PKR dan Umno sememangnya bukan hal yang mengejutkan bagi pemerhati politik Melayu Serupa juga ...
Pemimpin Pembangkang Ditahan Presiden Senegal Minta Rakyat Bertenang

Pemimpin Pembangkang Ditahan Presiden Senegal Minta Rakyat Bertenang

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 414 hits
Pemimpin pembangkang ditahan Presiden Senegal minta rakyat bertenang Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Mar 202
Kleptokrat Salahuddin Ayub Berubah Ubah Pendirian Tentang Kerjasama Dengan Umno

Kleptokrat Salahuddin Ayub Berubah Ubah Pendirian Tentang Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 327 hits
March 19 2021 Nampak ada sahabat jahil kata Salehuddin Ayyub berubah ubah pendirian kejap kata tolak Kleptokrat Kejap kata takda masalah perundingan dengan pemimpin UMNO ni masalah Jenis geng baca Tajuk Tak reti beza antara Kleptokrat dan p...
Tak Mungkin Penganalisis Tolak Khabar Angin Pemimpin Profesional Pas Mahu Singkir Hadi

Tak Mungkin Penganalisis Tolak Khabar Angin Pemimpin Profesional Pas Mahu Singkir Hadi

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 282 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Penganalisis politik menolak khabar angin mendakwa golongan profesional dalam PAS mahu menyingkir Presiden Abdul Hadi Awang menggambarkan ia sebagai melawan arus Kamarul Zaman Yusoff daripada Universiti Utara Mala...
Dap Tegaskan Lagi Tak Mahu Kerjasama Dengan Kleptokrat Umno

Dap Tegaskan Lagi Tak Mahu Kerjasama Dengan Kleptokrat Umno

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 358 hits
malaysiakini comDiterbitkan 14 Mar 2021 12 57 pmSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan kleptokrat daripada kalangan pemimpin Umno yang kebanyakannya menghadapi kes rasuah dan kini mengubah sokon...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Gadis Kopi

Daging Goreng Bollywood Style Paling Menggoda Resipi Mudah Tapi Rasa Luar Biasa

Pasaran Di Persimpangan Lonjakan Pasaran Menjelang Akhir Tahun Vs Kebimbangan Gelembung Teknologi

Rejab Syaaban Ramadan

Bila Sakit Datang Bertamu

Mg Motors Registered A Sales Record In 2025 In Europe A Tale Of Rapid Growth And Expanding Presence