Bimbang Anak Tiba Tiba Kena Sawan Demam Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat


Demam atau kenaikan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius, adalah salah satu simptom penyakit yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tapi anda tahu tak cara menghilangkan sawan demam pada anak?

Ia boleh berlaku dalam pelbagai jenis keadaan kesihatan, baik yang serius ataupun sebaliknya.
Ini kerana demam bukanlah simptom yang khusus untuk mana-mana penyakit tertentu.
Dalam kebanyakan keadaan, demam berlaku akibat daripada jangkitan ringan yang tidak serius. Oleh yang demikian, majoriti individu tidak terlalu risau akan kewujudan simptom ini.
Namun yang demikian, terdapat satu komplikasi khusus yang boleh berlaku dalam golongan kanak-kanak jika demam mereka tidak diatasi dengan baik. Komplikasi yang dimaksudkan adalah sawan demam. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya.

Apa itu sawan demam?
Seperti yang tertera pada namanya, sawan demam merujuk kepada serangan sawan yang berlaku ketika seseorang itu demam, khususnya dalam demam gred tinggi. Keadaan ini dilihat berlaku dalam golongan kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 6 tahun.
Tanda-tanda
Penting untuk ibu bapa ambil cakna tentang tanda-tanda sawan agar mereka dapat mengenal pasti keadaan ini dengan cepat jika ia berlaku. Ini kerana, ketika diserang sawan, seseorang itu tidak akan sedarkan diri.
Selain itu, berikut merupakan simptom lain yang boleh berlaku ketika sawan:
Kedua-dua kaki dan tangan menjadi kejang atau tersentak-sentak (Kekejangan dan sentakan ini boleh juga berlaku hanya pada sebahagian anggota badan sahaja) Mata terbeliak ke atas Air liur mengalir keluar dari mulut Terbuang air kecil atau air besar Diagnosis
Secara amnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu diserang sawan. Antaranya adalah:
Meningitis (Keradangan selaput otak) Pendarahan dalam otak Paras gula yang rendah (Hipoglisemia) Gangguan paras elektrolit dalam darah Sindrom epilepsi sedia ada Gangguan neuro-perkembangan Untuk itu, diagnosis sawan demam hanya boleh dibuat setelah punca-punca sawan lain telah diketepikan dan hanya suhu yang tinggi sahaja menjadi kaitan yang tinggal.
Punca
Demam dalam kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara jangkitan yang lazim berlaku dalam golongan ini adalah:
Jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) Jangkitan telinga (Otitis media) Gastroenteritis akut Tindakan oleh ibu bapa – cara menghilangkan sawan demam anak
Berikut merupakan perkara penting tentang cara menghilangkan sawan yang perlu ibu bapa lakukan sekiranya anak berisiko untuk diserang atau bakal diserang sawan demam.


Sebelum sawan:
Apabila anda telah mengenal pasti bahawa anak sedang demam, berikan ubat demam mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Jika anda tidak mempunyai ubat demam, letakkan tuala basah/sejuk pada bahagian dahi mereka terlebih dahulu sebelum anda bergerak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan ubat.
Apabila mereka sedang demam, pastikan kanak-kanak tersebut berada dalam pemerhatian anda. Ini kerana jika mereka diserang sawan, anda dapat mengambil tindakan segera dan menentukan durasi sawan tersebut. Sawan biasanya akan terhenti sendiri dalam durasi kurang daripada 2 atau tiga minit. Sawan yang melebihi 5 minit adalah satu kecemasan dan anak tersebut perlu segera dibawa ke hospital.
Ketika sawan:
Ketika diserang sawan, kanak-kanak tersebut akan tidak sedarkan diri dan hilang kawalan badan mereka. Oleh itu, mereka berisiko untuk jatuh (jika mereka sedang berdiri) dan terhentak kepala. Trauma kepala boleh merumitkan lagi keadaan kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan dalam otak. Oleh itu, pastikan mereka berada berdekatan dengan anda atau berada di persekitaran yang selamat.
Kosongkan kawasan persekitaran mereka daripada sebarang objek tajam dan berbahaya. Letakkan mereka dalam posisi mengiring untuk mengelakkan lidah mereka terjatuh kebelakang dan menutup saluran pernafasan mereka. Elakkan daripada meletakkan apa-apa objek dalam mulut mereka. Perhatikan pergerakan tangan dan mata anak. Bukan semua jenis serangan sawan akan mempunyai simptom yang sama. Kira durasi masa sawan. Sekiranya sawan tersebut tidak terhenti sendiri dalam beberapa minit, bawa anak anda ke hospital kerana terdapat risiko sawan tersebut akan berlanjutan lebih lama. Selepas sawan:
Perhatikan sama ada anak telah kembali sedar selepas sawan tersebut atau terus tidur. Jika sedarkan diri, kenal pasti jika mereka mengalami lemah pada mana-mana anggota badan. Bawa mereka ke hospital berdekatan agar doktor dapat mengesahkan sama ada sawan tersebut disebabkan oleh demam atau berpunca dari perkara lain. Sekitar 1 dalam setiap 25 orang kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. Terdapat sekitar 30% daripada mereka yang mengalami serangan sawan demam ini akan mengalaminya lagi jika mereka demam.
Walaupun tampak serius, sawan demam bukanlah sesuatu yang mengancam nyawa dan tidak ada sebarang kesan jangka panjang yang berkaitan dengannya.
Pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih tentang cara menghilangkan sawan demam untuk maklumat kesihatan berkaitan dengan keadaan ini.


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bimbang-anak-tiba-tiba-kena-sawan-demam-ketahui-tindakan-yang-boleh-anda-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anak Demam Kerana Hfmd Elak Beri Aspirin Boleh Menyebabkan Kematian

Kalau Anak Demam Kerana Hfmd Elak Beri Aspirin Boleh Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 268 hits
Ibu ibu pasti pernah mendengar mengenai penyakit tangan kaki dan mulut HFMD bukan Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD Hand foot and mouth disease atau HFMD adalah jangkitan virus ringan...
Macam Macam Boleh Jadi Soalan Sama Tak Kisah Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah

Macam Macam Boleh Jadi Soalan Sama Tak Kisah Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 227 hits
Setiap kali anak masuk kereta atau ketika ambil anak dari sekolah ringankanlah mulut bertanya apa aktiviti anak pada hari itu Walau hanya soalan yang sama saban hari bertanyalah Sebab apa Anak perlukan ruang untuk bercerita perjalanannya pa...
Boleh Ke Guna Duit Raya Anak Ini Penjelasan Mufti

Boleh Ke Guna Duit Raya Anak Ini Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 162 hits
Dalam kehidupan harian yang kian mencabar sering kali terjadi perbelanjaan keperluan harian melebihi daripada pendapatan isi rumah Ini mendorong kepada masyarakat untuk mencari alternatif dan menjadi lebih kreatif demi kehidupan yang lebih ...
Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 306 hits
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kerana kandungan nutrisinya tiada tandingan dengan susu formula Bagaimanapun tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab sebab tertentu Disebabkan itu ada ibu yang terpaksa memberi ...
Hiburan Jijiknya Rakam Video Nak Mengorat Anak Saudara Netizen Kecam Tindakan Lelaki Ini

Hiburan Jijiknya Rakam Video Nak Mengorat Anak Saudara Netizen Kecam Tindakan Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 201 hits
Adat jika berkumpul ramai ramai di kampung sempena hari raya pastinya ada sahaja gelagat sanak saudara yang mencuit hati Hubungan silaturrahim juga semakin erat kerana ramai yang berkumpul jadi sesi suai kenal antara adik beradik juga terja...
Bahaya Kalau Anak Lemas Dalam Air Boleh Menyebabkan Kerosakkan Otak

Bahaya Kalau Anak Lemas Dalam Air Boleh Menyebabkan Kerosakkan Otak

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 154 hits
Lemas mudah berlaku di kalangan kanak kanak Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi bekas atau baldi yang berisi air Kanak kanak tadika lebih kerap lemas di longkang parit perigi ko...
Jangan Bagi Anak Makan Sayur Buah Yang Tak Dibasuh Boleh Sebabkan Masalah Cacing

Jangan Bagi Anak Makan Sayur Buah Yang Tak Dibasuh Boleh Sebabkan Masalah Cacing

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 180 hits
Apabila terlihat anak sering menggaru punggung itu tanda ada masalah cacing Jom ketahui apakah jenis cacing dalam perut bersama cara rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan Cacing dalam perut anak Sebelum mengetahui jenis cacing dalam p...
Boleh Menang Pru 15 Bawa Isu Anak Muda Pengangguran

Boleh Menang Pru 15 Bawa Isu Anak Muda Pengangguran

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 125 hits
Boleh menang PRU 15 bawa isu anak muda pengangguranPosted By on May 13 2022Kempen Pemilihan KEADILAN 2022 penuh dengan pelbagai idea yang dilontarkan pihak bertanding untuk memastikan parti menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Salah satu id...
Pu Syed Ulas Tindakan Neelofa Sorok Muka Anak Mengenai Terjangkit Penyakit Ain Video

Pu Syed Ulas Tindakan Neelofa Sorok Muka Anak Mengenai Terjangkit Penyakit Ain Video

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 119 hits
PU Syed Ulas Tindakan Neelofa Sorok Muka Anak Mengenai Terjangkit Penyakit Ain VIDEO TINDAKAN segelintir selebriti memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak ketika bayi adalah wajar bagi mengelakkan terkena penyakit ain Dalam hal ini Pence...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas