Bilangan Gelandangan Dijangka Meningkat Kesan Pkp


 Oleh Siti Haliza Yusop
  Gelandangan berbaring di siar kaki lima ketika tinjauan gelandangan di Bukit Bintang.-NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Peningkatan bilangan gelandangan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, dijangka berulang sepanjang tempoh penguatkuasaan sama kali ini.
Pengarah Operasi Kechara Soup Kitchen (KCS), Justin Cheah, berkata berdasarkan data dikumpul oleh pihaknya, hanya 30 peratus daripada populasi gelandangan di ibu kota adalah berasal dari Lembah Klang.
Beliau berkata, kebanyakan golongan itu didapati berhijrah dari luar Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan tetapi gagal dan akhirnya terpaksa hidup sebagai gelandangan.
"Ada juga yang terpaksa menjadi gelandangan selepas hilang sumber pendapatan.
"Selain gelandangan, kami menjangka golongan miskin bandar juga antara yang banyak terkesan dengan penularan COVID-19.
"Mereka asalnya ada kediaman tetapi terpaksa berhenti menyewa selepas hilang pekerjaan," katanya kepada BH, di sini.
Tinjauan BH di ibu kota terutama sekitar Bukit Bintang, mendapati golongan gelandangan yang kebanyakannya berusia dalam lingkungan 40 tahun dan ke atas, meminta sedekah termasuk di laluan berhampiran Plaza Low Yat.

Seorang lelaki duduk berhampiran tangga jejantas ketika tinjauan gelandangan di Plaza Low Yat. - NSTP/Asyraf HamzahAntara mereka yang mahu ditemu bual BH ialah seorang lelaki hanya ingin dikenali sebagai Ken berusia 42 tahun.
Ken memaklumkan, beliau berasal dari Ipoh, Perak, dan terpaksa hidup di jalanan selepas dibuang kerja ketika pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.
"Saya bekerja sebagai tukang masak di ibu kota selama tiga tahun. Ketika PKP pertama, perniagaan majikan terkesan dan saya dibuang kerja.
"Hingga kini, saya belum berjaya mendapat pekerjaan lain dan terpaksa hidup di jalanan. Keluarga di kampung juga sudah tiada, justeru saya tidak mahu pulang ke sana.
"Mujur ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu memberi makanan setiap hari," katanya.
Koordinator Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL), Quratulain Atiqah Nor Zahirul Anuar, berkata pihaknya memperuntukkan hingga 200 bungkus makanan berkuah untuk gelandangan dan miskin bandar yang diedarkan di Jalan Panggong, di sini, setiap Ahad.
Sebelum PKP, beliau berkata, sukarelawan DJKL hanya memasak kira-kira 100 hingga 180 bungkus makanan, namun jumlah itu ditambah selepas PKP pertama.

Seorang lelaki duduk berhampiran tangga jejantas ketika tinjauan gelandangan di Plaza Low Yat. - NSTP/Asyraf Hamzah"Setakat ini, saya melihat belum ada pertambahan ketara bilangan gelandangan di kawasan agihan bantuan kami memandangkan pelaksanaan PKP kedua masih baru.
"Bagaimanapun, DJKL bersedia untuk menyediakan lebih banyak makanan. Pada PKP yang lalu, kami pernah mengedarkan hingga 400 bungkus makanan, terutama menjelang Aidilfitri ketika rentas negeri tidak dibenarkan," katanya.
Sementara itu Presiden Pertiwi, Datuk Munirah Abdul Hamid, berharap NGO di negara ini dapat menjalinkan kerjasama dalam usaha membantu gelandangan dan miskin bandar yang memerlukan.
Beliau berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan mesej membantu golongan terbabit, dapat disalurkan kepada masyarakat.
Pada masa sama, katanya, ia bertujuan memastikan tiada pembaziran sumber dan makanan berlaku ketika usaha murni itu direalisasikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/bilangan-gelandangan-dijangka-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 409 hits
Oleh Medan Selera Presint 16 Putrajaya lengang berikutan pelaksanaan PKP Foto NSTP LUQMAN HAKIM ZUBIR KUALA LUMPUR Ekonomi negara tidak terlalu terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula di beberapa negeri sejak Rab...
Niat Beli Kereta Baharu Rakyat Malaysia Meningkat 32 Meskipun Pkp

Niat Beli Kereta Baharu Rakyat Malaysia Meningkat 32 Meskipun Pkp

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 307 hits
Sebelum dunia diserang pandemik COVID 19 sebahagian besar orang masih mempunyai pilihan sama ada mahu memiliki kereta ataupun tidak Tetapi selepas pelaksanaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan jumlah orang yang berhasrat mahu memiliki...
Kesan Pkp Berapa Ramai Yang Murtad

Kesan Pkp Berapa Ramai Yang Murtad

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 604 hits
umno lebih sebok dengan KWSP Pecacai lebih sebok nak join DAP
Meskipun Pkp Niat Beli Kereta Baru Meningkat Tinggi

Meskipun Pkp Niat Beli Kereta Baru Meningkat Tinggi

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 312 hits
Biarpun negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan sejak bulan lalu namun permintaan terhadap industri automotif Malaysia dijangka terus meningkat Lebih mengejutkan hasil Kaji Selidik Pengguna Carsome mendapati hasrat untuk membeli...
Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

Covid 19 Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari Pm Dijangka Umum Pkp 2 0 Petang Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID 19 yang mencatat empat angka setiap hari Pada 8 Januari lepas Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismai...
Pkp Tidak Akan Dilanjutkan Kerana Beri Kesan Ekonomi Dr Noor Hisham

Pkp Tidak Akan Dilanjutkan Kerana Beri Kesan Ekonomi Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 272 hits
Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan dipanjangkan selepas empat minggu dikuatkuasakan KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu di...
Awani Ringkas Pelaksanaan Pkp Kedua Lebih Tersusun Kes Covid 19 Dijangka Menurun Pada Mei

Awani Ringkas Pelaksanaan Pkp Kedua Lebih Tersusun Kes Covid 19 Dijangka Menurun Pada Mei

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 332 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk
Kesan Pkp Yang Tersembunyi Dan Membunuh

Kesan Pkp Yang Tersembunyi Dan Membunuh

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 220 hits
gambar hiasan PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan terbaru yang dijangka berkuat kuasa selama empat minggu akan menyebabkan lebih banyak pekerjaan hilang berkurangnya dan keuntungan dan penutupan lebih banyak perniagaan Ia juga bakal m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi