Kesan Pkp Yang Tersembunyi Dan Membunuh


gambar hiasan PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan (PKP) terbaru yang dijangka berkuat kuasa selama empat minggu akan menyebabkan lebih banyak pekerjaan hilang, berkurangnya dan keuntungan dan penutupan lebih banyak perniagaan.
Ia juga bakal membawa keresahan, perasaan marah dan kemurungan, malah peningkatan insiden bunuh diri susulan pengasingan sosial, serta peningkatan keganasan rumah tangga, kata pakar kesihatan mental.
Semasa PKP tahun lepas, sejumlah 266 individu membunuh diri dari 18 Mac hingga 31 Okt, iaitu purata 30 kes sebulan, atau satu kes setiap hari.
Pakar psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Lihanna Borhan berkata, isu kesihatan mental dijangka meningkat melainkan langkah berkesan diambil.
“Kita harus bersiap sedia. Kita tidak dapat menjangka berapa buruk keadaan yang akan berlaku, tetapi akan ada kes. Malah kes bunuh diri dan keganasan rumah tangga juga mungkin bertambah kerana orang ramai berdepan dengan perasaan marah, resah dan kemurungan (semasa PKP),” katanya kepada FMT.
“Perasaan marah mungkin berpunca daripada individu yang terasing di rumah sekali lagi.
“Ramai individu biasa mengikuti SOP, tetapi angkanya mungkin lebih besar daripada sebelum ini. Perasaan kecewa akan meningkat, dan akan mencetuskan kemarahan,” katanya.
Lihanna berkata, rakyat Malaysia pernah mengalami kesan pelaksanaan PKP pada 2020, dan berasa bimbang berhubung kehidupan mereka.
“Perniagaan baharu sahaja beransur pulih. Mereka baharu memulakan perniagaan pada tahun baharu ini. Kini mereka berdepan dengan PKP semula.”
Beliau berkata, ketidaktentuan yang dihadapi semasa PKP berkemungkinan tidak sihat. Justeru, orang ramai tidak harus dibiarkan berasa bersendirian sewaktu berdepan kebimbangan mereka.
Beliau menggesa kerajaan mewujudkan khidmat pesanan yang, antara lain akan menggalakkan orang ramai makan makanan yang sihat dan menjalankan aktiviti fizikal.
“Perlu ada usaha bersepadu antara agensi kerajaan dan NGO. Kita tidak harus membiarkan hanya Berfrienders memikul beban itu. Banyak NGO terlibat dalam hal ini dan dengan usaha bersepadu, banyak yang boleh dicapai,” katanya.
Lihanna bagaimanapun berkata, usaha yang dilakukan tidak harus dilihat sebagai langkah politik kerana orang ramai akan terus menyalahkan ahli politik sebagai punca keadaan hari ini.
Beliau menggesa NGO mengambil langkah mula dengan sokongan agensi kerajaan.
Pengarah Pentadbiran Bukit Aman Ramli Din dilaporkan berkata, kebanyakan kes bunuh diri tahun lepas berpunca daripada masalah hutang (25%), diikuti masalah rumah tangga (24%) dan masalah dalam perkahwinan (23%).
Dalam pada itu, putus hubungan mewakili 15% kes, manakala faktor lain, termasuk tekanan kerja, halusinasi dan masalah mental yang berpunca daripada dadah menyumbang kepada 13% kes.
Bekas presiden Persatuan Psikologi Malaysia Goh Chee Leong berkata, kurangnya interaksi sosial boleh menimbulkan beberapa isu kesihatan mental, termasuk keresahan yang membawa kepada kemurungan.
“Kita adalah makhluk sosial dan kegagalan bertemu kawan-kawan, keluarga dan terpisah dari anggota keluarga boleh membawa kepada keterasingan sosial.
Kurang interaksi boleh membawa kepada masalah mental, terutamanya kemurungan dan keresahan.
“Wujud risiko isu kesihatan mental,” katanya kepada FMT.
Ketua pegawai eksekutif REAL Education Group itu berkata, PKP juga boleh menimbulkan isu kesihatan mental dalam komuniti perniagaan dan kebimbangan pekerja berkait pekerjaan, kehidupan dan kesan ekonomi ke atas mereka.
Hampir 800,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan tahun lepas.
Goh bagaimanapun berharap, oleh kerana rakyat Malaysia pernah berdepan PKP tahun lepas, maka mereka seharusnya mampu menghadapinya kali ini.
Katanya, salah satu kesan positif PKP ialah keluarga berasa terjamin mereka selamat daripada Covid-19 kerana mereka kini bekerja dari rumah.
Beliau berkata, tahun lepas tahap keresahan mungkin lebih tinggi kerana orang ramai mengalaminya buat kali pertama dalam hidup mereka.
The post Kesan PKP yang tersembunyi dan membunuh appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/15/kesan-pkp-yang-tersembunyi-dan-membunuh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-pkp-yang-tersembunyi-dan-membunuh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Pkp Berapa Ramai Yang Murtad

Kesan Pkp Berapa Ramai Yang Murtad

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 530 hits
umno lebih sebok dengan KWSP Pecacai lebih sebok nak join DAP
Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 360 hits
Oleh Medan Selera Presint 16 Putrajaya lengang berikutan pelaksanaan PKP Foto NSTP LUQMAN HAKIM ZUBIR KUALA LUMPUR Ekonomi negara tidak terlalu terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula di beberapa negeri sejak Rab...
Bacaan Meter Elektrik Tnb Diteruskan Seperti Biasa Sepanjang Pkp Dan Darurat Tiada Pemotongan Ketika Pkp

Bacaan Meter Elektrik Tnb Diteruskan Seperti Biasa Sepanjang Pkp Dan Darurat Tiada Pemotongan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 247 hits
Bermula hari ini sebanyak enam buah negeri melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sekaligus mengimplementasi kembali sejumlah perkara seperti PKP asal Mac 2020 lepas Apa pun kini menyentuh mengenainya pihak Tenaga Nasional mengatakan baca...
Pkp Grabfood Mengambil Tempahan Sehingga Pukul 7 Malam Sahaja

Pkp Grabfood Mengambil Tempahan Sehingga Pukul 7 Malam Sahaja

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 177 hits
Selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia waktu operasi untuk pelbagai perkhidmatan telah pun diubah Salah satunya adalah waktu operasi untuk kedai makan dan juga restoran yang dibenarkan sehingga pukul 8 malam sahaj...
Tak Sangka Berjaya Nikah Sebelum Pkp Sarung Jubah Je Jumpa Tok Kadi

Tak Sangka Berjaya Nikah Sebelum Pkp Sarung Jubah Je Jumpa Tok Kadi

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 177 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 yang bermula hari ini di enam buah negeri Sepanjang tempoh PKP sebarang aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan seminar kursus dan sebagainya tida...
Senarai Lengkap Lokasi Sekatan Jalan Raya Bagi Pkp 2 0 Selama 14 Hari

Senarai Lengkap Lokasi Sekatan Jalan Raya Bagi Pkp 2 0 Selama 14 Hari

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 936 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 telah bermula pada hari ini selama 14 hari dan akan dilanjutkan sekiranya kes convid masih tinggi Berikutan itu sekatan jalan raya telah di lakukan oleh anggota keselamatan negara untuk menghalang pergerakan ...
Pkp 2 0 Informasi Penting Harus Korang Ketahui

Pkp 2 0 Informasi Penting Harus Korang Ketahui

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 253 hits
Hi Korang Hari ni 13hb Januari 2021 merupakan hari pertama kita menjalani perintah kawalan pergerakan 2 0 Memang wabak Pandemik Covid 19 ni menakutkan sungguh lah kan untuk semalam saja seramai 3 309 kalau tak silap kak lily yang di dapati ...
Perlaksanaan Pkp 2 0 Pelakon Faradhiya Rindu Zaman Hidup Tanpa Perlu Pakai Pelitup Muka

Perlaksanaan Pkp 2 0 Pelakon Faradhiya Rindu Zaman Hidup Tanpa Perlu Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 217 hits
Penyanyi dan pelakon yang seperti tidak dimamah usia Faradhiya memanjatkan harapan agar wabak COVID 19 yang sedang melanda dunia khususnya negara kita Malaysia agar dapat dilenyapkan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di selur...
Tlndakan Lebih Tega Akan Diambil Kepada Yang Lngkar Pkp Kpn

Tlndakan Lebih Tega Akan Diambil Kepada Yang Lngkar Pkp Kpn

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 192 hits
Kuala Lumpur PoIis Diraja Malaysia akan bertlndak lebih teg4s terhadap individu didapati meIanggar prosedur 0perasi standard sepanjang pelaksanaan Perintah KawaIan Pergerakan kali kedua bermula tengah malam esok
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment