Bila Waktu Idea Entri Blog Datang Mencurah Curah
Bila waktu idea entri blog datang mencurah-curah? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayy dah 2 hari tak update entri blog, ish ishhhh. Sorryyy. Busy sikit dengan kerja editor Math. Oxford Fajar tengah ada few projects sekarang, so saya pun kena tempiasnya. Not complaining tho. Job masuk Alhamdulillah~ Cuma tu lah, blog terpaksa diabaikan kejap hahha. Plus, mood meng-update blog pun makin pudar nih. Bahaya nih. Kena cepat-cepat fight ni. kihkih.
InshaaAllah.. start tomorrow I will update more daily. yak yak yeah!
Bila waktu idea entri blog datang mencurah-curah?Mesti korang tertanya-tanya kan bila kah? Waktu bila kah?
bila waktu idea entri blog datang mencurah-curah? | image GoogleKetika dalam bilik air/ tandas- pernah tak korang bila tengah mandi atau tengah mem'buang', otak jadi ligat berfikir itu dan ini? amazingly, tiba-tiba je datang banyak idea untuk meng-update entri. siap rancang nak masukkan point apa dalam entri. siap kembangkan setiap point tu secara roughly jadi subpoint banyak banyak. gituhh semangatnya! haha. tak cukup dengan tu, bila sambung ayat demi ayat lancar je. smooth je kosa kata keluar. sehinggakan kalau lah digabungkan semua ayat tu, boleh jadi satu karangan SPM! betapa panjangnya 'mindmap' idea tu. hahaha.
Ketika solat/ zikir lepas solat- okay jangan tiru 'aksi' ini hahaha. ini di luar kawalan tau. kekadang tanpa sedar, tengah-tengah solat kan, idea untuk update entri tiba tiba je datang mencanak-canak. sometimes, bukan semasa solat tetapi selepas solat - semasa zikir. masa fikiran menerawang entah ke mana mana tu lah yang macam 'eh lepas ni nak update pasal benda ni lah', 'lepas solat ni nak cerita topik ni lah'.
Ketika busy dengan kerja lain- tak kisah lah kerja apa. tapi bila masa kita sibuk dengan benda lain (selain berblogging) tu laaaaa, idea untuk menulis automatically datang berduyun-duyun. bukan setakat idea, mood nak update entri pun membuak-buak. time busy juga lah tangan rasa gatal nak menaip. time busy juga lah tengah banyak benda hot boleh karang. cuba tengah masa free? idea takde pulak nak datang jenguk? semangat nak update entri hilang entah ke mana haha.
Ketika laptop tiada di depan mata (bagi yang biasa update blog guna laptop)- laptop rosak.. time tu lah rasa macam banyak benda nak update. bila berjauhan dengan lappy dalam jangka masa yang agak lama contohnya pergi travel, kerja luar (outstation), kursus, pergi trip, balik kampung atau keluar dengan kawan-kawan.. masa tu lah idea datang mengalir macam air. lajuu je idea masuk.
Ketika malas nak update blog- hah! ni memang selalu kena dengan saya haha. bila takde mood nak update blog tu lah...... macam macam idea muncul. kekadang, bahan untuk entri semua dah jumpa tapi malas.. hah. memang. timing tak kena haha.
Ketika blogwalking- actually kan.. kalau korang takde idea nak update entri, cuba blogwalking ke blog blogger blogger lain. kekadang bila baca entri atau topik entri orang lain buat, akan ada 'mentol' menyala kat atas kepala. ting! tiba tiba, terdetik satu idea semasa atau selepas baca entri orang.
Ketika internet buat hal- oh. ni memang sakit hati sikit hahahaha. saya pernah tau satu masa tu saya malasssss sangat nak update blog. then, after took a long break berblogging, mood nak update tu datang. idea entri pun dah banyak menanti nih. so, saya pun buka lah lappy, cucuk broadband yes 4G. TAPI.. tiba tiba TAK BOLEH CONNECT INTERNET PADAHAL HARI SEBELUM SEBELUM TU BOLEH JE ON INTERNET! hahahaha. nampak tak apa yang saya nak sampaikan kat sini? haha.
KESIMPULANNYA...
Jawapan bagi 'bila waktu idea entri blog datang mencurah-curah?' adalah bila kita tak duduk depan laptop/ handphone untuk meng-update blog hahaha.
Cuba kita buka 'new post' untuk karang entri, tetibe blur kan? tetibe macam stuck. tetibe rasa apa aku nak tulis ni.
Padahal sebelum mengadap dashboard blogger tu, idea datang dari pelbagai ceruk dan sudut. Perbendaharaan kata pun smooth je keluar (in our mind). haha.
Biasa lah. Rasanya semua blogger pernah mengalami benda-benda ni kan. Its normal for us. So, its okayy. hehe.
Hari ini adalah hari terakhir segmen blog saya berlangsung tau tauu. Siapa yang belum join tu, sila sila. Penyertaan akan ditutup pada 11:59 malam tonight. Boleh klik SINI untuk sertai.
Siapa yang dah join, boleh check ada tak penyertaan di: SENARAI PESERTA SEGMEN 9 JUTA SPECIAL BLOGLIST.
Okay thats all.
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh baca meh...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/07/bila-waktu-idea-entri-blog-datang.html