Bila Tony Baca Biografi Nabi




Ada orang memperihalkan Islam yang disayanginya itu dengan pendekatan tilawah. Makanya mereka merenung fenomena alam sebagai tanda Allah. Banyaknya tafakur dan zikir adalah kata kunci untuk kumpulan ini. Mereka ini rajin sekali berwacana, mengkaji, menulis dan menerbit buku. Jadi, kerja mereka itu seputar hal-hal ilmiah dengan landasan akhlak
Ada pula kumpulan yang kita namakan pendekatannya itu sebagai tazkiyah. Mereka berusaha mengembangkan akhlak baik. Sering menghindar diri seboleh-bolehnya daripada perbuatan tercela. Justeru, kata kunci mereka itu beratnya menjaga kesucian agama dengan amar makruf nahi mungkar. Banyaknya kerja rohaniah dapat menjadi pemberat watak kumpulan ini. Mereka ini juga rajin melakukan tabligh dan penegakan syiar Islam secara terbuka. Tidak kurang juga mengerjakan usrah keilmuan
Setelah itu ada kumpulan yang dapat diberi nama sebagai menggunakan pendekatan ta’lim. Mereka itu sentiasa peka membaca, menekuni, memahami as-sunnah agar dapat menghuraikan misteri dan mukjizatnya al-Quran. Kitab-kitab menjadi pergelutan mereka ini. Sekali lagi kegiatan mereka itu berkisar kepada diskusi, pembacaan al-Quran dan pelbagai sumber epistemologi yang berkenaan. Pokoknya al-Quran dan as-Sunnah
Akan tetapi ada sebuah lagi kumpulan yang kelihatannya sama sekali terkeluar daripada garis di atas. Kita boleh menamakan mereka sebagai kumpulan ishlah. Bagaimanakah ia berbeza
Ia amat berbeza, kerana ia itu peka terhadap penderitaan orang lain. Mereka sering mengupas kepincangan sosial di dalam lingkungan. Justeru, mereka berasa terpanggil untuk membantu dan berdampingan dengan kelompok lemah dan tanpa daya. Tekad mereka tidak lain tidak bukan, menyikapi golongan tertindas dan melawan yang menindas
Kerja-kerja mereka ini menuntut mereka berusaha memahami perbezaan dan mengecilkan jurang kelainan khusus demi memulihara solidariti orang kecil. Mereka terlihat menerusi kerja-kerja seperti mendekati orang yang terperosok dalam kalangan minoriti. Mereka banyak sekali menganjurkan projek sosial demi “melepaskan beban dan aneka belenggu” yang dialami umat manusia
Jadi, jika kita bertanya apa yang Tony perolehi setelah membaca sebuah biografi mengenai Nabi Muhammad, ia akan sangat bergantung juga bahawa pengarang atau buku itu produk kumpulan yang mana daripada 4 di atas tadi
Kalau biografi Nabi Muhammad itu misalnya daripada puaknya ta’lim, tentu Tony akan lemas pula dengan siri perbahasan yang akan merujuk pelbagai kitab. Ia mungkin serasa sarjana dan Tony di akhirnya boleh keluar sebagai seorang naqib kalaupun tidak sebagai seorang, katakan, ala-ala Attasian
Namun demikian, jika biografi Rasulullah yang diikuti Tony itu mengenai Nabi Muhammad selaku pemimpin kaum mustadhafin, yakni daripada kelompok ishlah; hasil berbahagia akan kita perolehi – jika betul dikhatam buku itu dengan betul – makanya kita akan menyaksikan pemberdayaan orang susah
Rasulullah harus kita ingat tidak pernah seorang CEO syarikat GLC Quraisy Makkah atau kapitalis syarikat korporat yang menagih bantuan saat tersepit. Umat Muhammad waktu itu adalah kumpulan proletariat dan marhaen yang perintah kawalan pergerakan untuk mereka sangat terhad di kala fasa pertama kenabian baginda di kota Makkah
Meskipun kita tidak nafikan Nabi Muhammad pernah berniaga dengan bapa saudaranya, Abu Thalib dan juga menolong Saidatina Khadijah, isterinya yang paling unggul – tetapi Nabi Muhammad bukan figur bermain golf di siang hari, bersujud syukur di malamnya. Baginda juga tatkala menguruskan orang susah tidak merakamnya untuk perhatian saluran YouTube. Bukan. Sama sekali bukan
Jika nabi itu tokoh niaga yang mencari peluang menghimpit patinggi Makkah, sudah tentu apa ditawarkan Abu Lahab diterimanya. Baginda bahkan nekad jika ada bulan dan matahari diletak di bahu baginda, pun baginda nabi tidak akan meninggalkan kerja dakwahnya. Dalam bahasa halus di sini, Rasulullah tidak. Tidak. Akan. Khianat. Perjuangan. Reformasi. Masyarakat Jahiliah. Maksud ishlah ialah reformasi
Kita juga ingat bagaimana Rasulullah dan pengikutnya nyaris kebulur dan nestapa apabila musyrikin Makkah melakukan sekatan ekonomi. Ada umat Islam tatkala itu terpaksa menjadi pelarian, mencari perlindungan di Habsyah, di bawah pemerintahan Raja Najasyi
Saya harap biografi nabi yang dibaca Tony itu ada tentang semua ini. Jika ada, cara ia dipersembahkan juga akan penting, kerana seperti kata saya di awal, ada cara tilawah, tazkiyah, ta’lim dan ada pula cara ishlah atau bahasa masyhurnya hari ini – reformasi
Kita menunggu apa hasilnya daripada Tony, oleh buku yang dibacanya itu. Orang kata buku yang baik dan mengesankan akan mencorakkan pembacanya dalam tempoh 3 tahun mendatang. Yakni kita akan menengok hasilnya jadi apa pada 2023
Tetapi, itu juga bukan jaminan. Ini kerana ada juga pembaca yang tampak karismatik, tetapi bacaannya rendah sekali seperti buku “Playboy Complete Guide to Cigars”. Hatta majalah Kuntum tidak seremeh itu
Ada juga menteri yang membaca buku A C Grayling sekali khatam dalam pesawat. Akan tetapi kalau DNA khianat ada dalam sendinya, maka buku apa pun yang dibaca, ia akan tetap berkhianat juga
Malah, kita pun tahu Ibnu Muljam yang membunuh Saidina Ali dalam bulan Ramadan ketika baginda sedang memimpin solat subuh di Masjid Kufah itu adalah pembaca, malah penghafal al-Quran yang tegar
Jadi, apa bahan bacaan kita tidak mesti juga dapat menjadi petunjuk. Akan tetapi ia lebih baik daripada tidak membaca langsung dan berpura-pura membaca, ibarat tidak ada ijazah sarjana muda tetapi berpura-pura ada. Itu pun berat juga
Oleh itu, pada bulan Ramadan ini, dengan menyaksikan Tony membaca sebuah biografi Rasulullah, ketika ada dalam kalangan kita dengan zalimnya menyorakkan agar Rohingya diusir daripada memasuki sempadan pesisir pantai; maka kita menjadi hairan tidakkah pernah mereka ini membaca perihal seorang Badwi yang menegur Nabi Muhammad kerana menciumi cucu-cucunya, Hassan dan Hussein; kerana konon itu bukan sikap orang lelaki. Apa balasnya nabi kepada Badwi itu; “Barang siapa tak menyayangi, dia tak akan disayangi.”Satu kata yang sering muncul di bulan Ramadan ialah kata fidyah atau menebus. Akar katanya fada. Untuk orang yang tidak berkuasa untuk berpuasa seperti orang yang tersangat tua, orang sakit dan seterusnya untuk menggantikan ketidakupayaan berpuasa itu, mereka diminta menebus atau membayar fidyah kepada orang miskin
Makanya, Ramadan dan puasa itu sangat identik dengan fidyah, iaitu tebusan dan bantuan untuk orang miskin, fakir, papa kedana, gelandangan dan tidak punya apa
Makanya, tidakkah mengejutkan ada umat Islam di Malaysia yang bersungguh-sungguh menghalau Rohingya dari sempadan negara, malah sambil meneriakkan “Rohingya diberi betis, hendakkan paha”. Tidakkah mengejutkan Ramadan yang identik dengan fidyah dan orang miskin ini menjadi bulan atau ketikanya Melayu mempamerkan belangnya yang sangat hodoh itu
Dalam kalangan Rohingya itu ada seorang yang bernama Siti Hasiner. Kisahnya sangatlah lara dan syahdu. Saya dagangkan di sini. Moga-moga menyentuh hati yang Islam
Ini syair kisahnya Hasiner
seorang sunti kelahiran September
hendak didakwat supayalah geger
hendak diperi meskipun leper
Aduhai apa nasibnya sahaya
segala bergelap tak nampak cahaya
segenap hidup rasa tak daya
nasib celaka bertimpa-timpa
Di satu hari bulan Muharram
di malam hari langitnya kelam
rembulan muncul bermalam-malam
bayang lembaga taram-temaram
Pertama ayahanda mereka belasah
sehabis muka bermandi darah
kemudian bonda disepak disesah
giliran kanda ditokak dikerkah
Sahaya sembunyi di dalam telaga
tiada berbunyi tak keluar suara
walau derik sahaya tak kuasa
tubuh geletar memang tak daya
Datang seorang lelaki yang bengis
sahaya terketar menahan tangis
di dalam hati berdoa habis
semoga askar tak lepas garis
Sahaya berpaut mulut telaga
walau sepicing debar tak reda
umpama buaya besar menganga
nasib malang askar dah jumpa
Askar berpesta sehabis mahu
ayah tak henti merayu-rayu
ibu sakarat mati dah tentu
abang dah tiada dihempuk batu
Sahaya digilir sampaikan pengsan
inikan hidup seamat hairan
sudah berhari sahaya berjalan
pasang tekad nak tiba sempadan
Di dalam khemah harapkan ihsan
sesama pelarian berbahagi kasihan
malu dan sedih tak dan simpan
masih sahaya tak salahkan Tuhan
Aduh nasib ayuhai Tuan
bekerja sedikit dapat menyimpan
habis duit sahaya hamburkan
menurutkan kawan ada di Seremban
Di tempat orang rezeki pun murah
selalu juga membayarkan rasuah
nasib malang cepatlah sudah
semua gundah sahaya nak ubah
Rakan taulan dan sahabat handai
ada macam dan aneka pandai
boleh sedikit pakat bergerai
kuih-muih dan roti canai
Hidup sahaya bersederhana
hidup tagih simpati manusia
kala kadang teringat juga
hati gulana dilanda duka
Sahaya bukan hidupnya senang
sahaya banyak lukanya perang
ayah dan bonda sahaya terkenang
bertangis pilu bukan kepalang
Sahaya bukan mintanya banyak
sahaya pun sedar diri tak layak
bukannya palsu bukannya lagak
bukan tamak menuntut hak
Sementara sahaya binasa perlahan
menimbang tiap tingkah kelakuan
di kampung jadi mangsa habuan
mengungsi jadi mangsa kecaman
Ini syair kisah nan rawan
lagu derita adu keberanian
sahaya bersyair aduhai kawan
agar didengar suara kemanusiaan
Walhasil akhir sekali, baguslah Tony membaca biografi nabi. Moga-moga pada 2023, apa yang kita baca hari ini akan menjujurkan kita. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/bila-tony-baca-biografi-nabi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+t

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tony Fernandes Isi Masa Lapang Baca Tentang Nabi Muhammad

Tony Fernandes Isi Masa Lapang Baca Tentang Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 364 hits
Sebut sahaja nama Tan Sri Dr Anthony Francis Fernandes atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes pasti ramai tahun beliau tidak asing lagi dalam dunia penerbangan di Malaysia Baru baru ini perkongsian Tony Fernandes di Instagram mendapat p...
Biografi Nabi M U H A M M A D

Biografi Nabi M U H A M M A D

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 201 hits
BIOGRAFI NABI M U H A M M A D Nama Muhammad Bapa Abdullah Ibu Aminah Tarikh Kelahiran 12hb Rabi Ul Awwal Tarikh Kemangkatan 08 Jun 632 M Tempoh Usia 63 tahun Tempat Kelahiran Makkah Tempat Kemangkatan Madinah Tempat Tinggal Makkah kemudian ...
Baca Online Novel Dr Alpha Male Karya Anjell

Baca Online Novel Dr Alpha Male Karya Anjell

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 558 hits
UNTUK DAPATKAN NOVEL DR ALPHA MALE BOLEH WASAP KEHARGA RM27 Postage RM8 RM12 NOVEL DR ALPHA MALE
Kisah 25 Rasul Nabi Ishak Alaihissalam

Kisah 25 Rasul Nabi Ishak Alaihissalam

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1272 hits
1 Nabi Ishak dilahirkan di Palestin dan dibesarkan oleh ibu bapanya nabi Ibrahim dan Siti Sarah 2 Kelahiran Nabi Ishak merupakan keajaiban Allah kerana baginda lahir ketika ibu bapanya sudah sangat tua dan Siti Sarah merupakan wanita yang t...
Ditangkap Hina Isteri Nabi

Ditangkap Hina Isteri Nabi

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 258 hits
KOTA BARRU Seorang mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghina Ummul Mukminin dan juga isteri kepada Nabi Muhammad SAW Siti Aisyah di laman sosial Menerusi Detik News lelaki berusia 20 tahun itu ditahan ketika berada di kampus swasta di...
Pembangunan Museum Nabi Muhammad Saw Di Jakarta Dapat Perhatian Khusus Usai Pandemi

Pembangunan Museum Nabi Muhammad Saw Di Jakarta Dapat Perhatian Khusus Usai Pandemi

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 211 hits
Peletakkan batu pertama pembangunan Museum Internasional Sejarah Nabi Muhammad SAW dan Peradaban Islam secara resmi dilakukan pada tanggal 26 Februari 2020
Diam Diam Baca Al Qur An Perawat Cantik Ini Putuskan Jadi Mualaf

Diam Diam Baca Al Qur An Perawat Cantik Ini Putuskan Jadi Mualaf

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 196 hits
Allah SWT mengirim utusan utusan Nya kepada manusia untuk membimbing dan mengingatkan mereka agar kembali ke jalan yang benar Allah SWT juga masih mengirimi mereka tanda tanda tidak peduli siapa mereka atau apa asal mereka bahasa posisi sos...
Tenaga Medis Di Tasikmalaya Sembuh Covid 19 Hindari Baca Berita Yang Buat Down

Tenaga Medis Di Tasikmalaya Sembuh Covid 19 Hindari Baca Berita Yang Buat Down

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 212 hits
AU merupakan seorang perempuan yang bekerja di salah satu rumah sakit di Kota Tasikmalaya
Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Kami Bertiga Berdoa Baca Al Quran Supaya Rindu Hilang Lepas Pkp Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 458 hits
Bila rasa rindukan ibu dan ayah saya serta adik adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik adiknya sedih tidak dapat berju...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp