Bila Tiba Masanya Bersandinglah Semula Pesan Arwah Bapa Itu Akhirnya Ditunaikan Fazley



Instagram @fazleyyaakob & AZHAR ARIF
PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyifatkan persandingan semula dengan isteri Datin Azrene Soraya Abdul Aziz selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

Fazley, 40, berkata, bapanya pernah berpesan agar mereka bersanding semula dan amanat itu sekali lagi disampaikan seminggu sebelum Allahyarham meninggal dunia pada 8 Februari 2016.

"Bapa pernah berpesan apabila tiba masanya bersandinglah semula dan wasiatnya itu turut diluahkannya sekali lagi kepada saya dan Azrene seminggu sebelum beliau meninggal dunia.

Fazley dan Azrene masuk ke dewan diiringi paluan kompang.
"Malah dia turut berpesan kepada Imran Ajmain yang dianggapnya sebagai anak agar memastikan hasratnya itu dilaksanakan.

"Majlis hari ini sebenarnya bukan sahaja meraikan ulangtahun ke-13 perkahwinan kami pada 7 November lalu tetapi juga menunaikan wasiat arwah," katanya.

Fazley ditemui pada majlis persandingannya yang diadakan di Laman Lanai, Neo Damansara di sini pada malam Selasa.

Pasangan mempelai bergambar bersama ahli keluarga.
Kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan rapat dan media hadir memeriahkan acara yang bertemakan tradisional moden itu.

Dalam pada itu, persembahan video istimewa ucapan bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun lalu menyentuh hati tetamu.

Video berdurasi lima minit itu memperlihatkan Yaakob memberi kata-kata nasihat kepada pasangan mempelai berkaitan dugaan berumah tangga.

Baju pernikahan dan persandingan pasangan itu 13 tahun lalu turut dipamerkan.
Selain itu, tayangan foto-foto majlis persandingan dahulu dipaparkan kembali sebagai kenangan manis yang dikongsi bersama penonton.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar ditambah tiada yang lebih membahagiakan saya apabila persandingan semula ini dapat disaksikan oleh keluarga terdekat, sahabat handai dan hampir keseluruhan rakan media yang selama ini menyokong karier seni saya,” kata Fazley.

Terdahulu, Fazley dan Azrene memasuki dewan Laman Lanai kira-kira pukul 9 malam dengan dengan sut songket berwarna hitam rekaan Bon Zainal manakala isteri mengayakan gaun rekaan Fizi Woo.

Fazley dan Azrene bagaikan pengantin 'baharu'.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada tiga anak mereka iaitu itu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8 dan Ahmad Fierudz, 7 selain nyanyian harmoni berjudul Jatuh-Jatuh Cinta daripada The Mirza selain paluan kompang.

Lebih bertambah manis, Fazley turut menyanyikan lagu popularnya berjudul Bila April yang ditujukan kepada Azrene ketika awal perkenalan mereka.

Fazley dan Azrene bernikah pada 7 November 2005 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Tiga anak lelaki pasangan ini turut mengadakan persembahan.
Azrene adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik. - mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2018/11/bila-tiba-masanya-bersandinglah-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Ucapan Arwah Bapa Undang Sebak Majlis Persandingan Kedua Fazley Dan Isteri

Video Ucapan Arwah Bapa Undang Sebak Majlis Persandingan Kedua Fazley Dan Isteri

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 727 hits
Video ucapan arwah bapa mengundang sebak kepada hadirin yang hadir ke majlis persandingan kali kedua cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob dan isteri Datin Azrene Ahmad yang berlangsung di Lanai Tamu Event Hall Damansara Perdana Vi...
Pura Pura Menemukan Jasad Bayi Di Mobil Nofril Akhirnya Mengaku Bayi Itu Anaknya

Pura Pura Menemukan Jasad Bayi Di Mobil Nofril Akhirnya Mengaku Bayi Itu Anaknya

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 343 hits
Teka teki orang tua jasad bayi baru lahir yang ditemukan di SPBU Minas Kamis lalu akhirnya terungkap Bayi malang itu ternyata adalah anak dari pria bernama Nofril Yatmi yang sebelumnya berpura pura menemukan keberadaan sebuah tas misterius ...
Sanding Semula Untuk Tunai Hasrat Arwah Ayah

Sanding Semula Untuk Tunai Hasrat Arwah Ayah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 206 hits
Melangsungkan majlis persandingan semula semalam Datuk Fazley Yaakob memberitahu ianya dibuat diatas permintaan arwah bapanya yang mahukan majlis mereka dirai dengan penuh The post appeared first on
Sudah Tiba Masanya Yang Dipertuan Agong Memperkenalkan Suri Hatinya

Sudah Tiba Masanya Yang Dipertuan Agong Memperkenalkan Suri Hatinya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 681 hits
Kenali Suri Seri Paduka Memang Bijak Jelita ANGGUN Nama Oksana Voevodina sejak semalam tular bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia setelah dilaporkan berkahwin dengan Yang di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V Personaliti gadis Ru...
Kami Buka Kilang Hasilkan Anak Apabila Masanya Tiba Ia Akan Berlaku

Kami Buka Kilang Hasilkan Anak Apabila Masanya Tiba Ia Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 312 hits
Hampir setahun mendirikan rumah tangga pasti ramai peminat menantikan Fattzura junior Baru baru ini menerusi Instagram pelakon Fattah Amin ada memberitahu isterinya Nur The post appeared first on
Apa Itu Darah Pekat Punca Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Darah Pekat Punca Simptom Dan Rawatannya

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 699 hits
Darah pekat merupakan sebuah masalah umum dikalangan masyarakat sekarang yang sekiranya berlarutan boleh mendatangkan penyakit penyakit kronik Oleh itu punca masalah ini harus dikenal pasti agar rawatan yang sesuai dapat diambil untuk membe...
Rommy Soal Orde Baru Pemerintahan Saat Itu Menggunakan Kedok Demokrasi Pancasila

Rommy Soal Orde Baru Pemerintahan Saat Itu Menggunakan Kedok Demokrasi Pancasila

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 240 hits
Ketua Umum PPP M Romahurmuziy pun mengaku memiliki pengalaman buruk pada era Orde Baru Salah satu yang masih diingatnya dengan baik adalah saat rumah orangtuanya kerap diserang pada masa kampanye pemilu
Sebab Itu Kau Tak Boleh Jadi Awek Aku Patutlah Kau Andartu Nadzmi Adhwa Sound Ardell Aryana

Sebab Itu Kau Tak Boleh Jadi Awek Aku Patutlah Kau Andartu Nadzmi Adhwa Sound Ardell Aryana

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 727 hits
Pelakon dan penyanyi Nadzmi Adhwa mengakui sukar untuk menjalinkan hubungan cinta bersama dengan teman rapatnya Ardell Aryana Menerusi entri di Instagram Nadzmi menjelaskan dia ada sebab tersendiri kenapa Ardell tidak sesuai untuk menjadi k...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti