Bila Ringgit Akan Naik Bukannya Bila Anwar Akan Naik




Sama ada Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ataupun tidak, ia adalah persoalan yang tidak penting bagi rakyat Malaysia hari ini.
Oleh itu, pihak yang suka berbalah bila Anwar harus menjadi perdana menteri ialah pihak yang suka membuang masa rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sudah berjanji akan menyerahkan kerusi perdana menteri kepada Anwar apabila negara kembali pulih dan stabil, bukan sekali, malah berkali-kali.
Jadi, isu ini sepatutnya tamat, tidak perlu soal bila. Sesiapa yang ditanya bila cuma perlu menjawab “ia rahsia Tuhan”, terutamanya Anwar.
Jika ada dalam kalangan Pakatan Harapan, terutamanya PKR, yang tidak mempercayai janji Mahathir, mengapa tidak keluar PH saja? Jika mereka tidak boleh bersangka baik terhadap Mahathir, mengapa tidak letak jawatan daripada apa-apa yang berkait dengan PH saja?
Apabila Mahathir menjawab soalan wartawan bahawa beliau akan menyerahkan jawatan kepada Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, sebagai PM yang dipilih PH sendiri, mengapa ada dalam kalangan mereka yang suka bersangka buruk terhadap apa yang dikatakannya?
Penting sangatkah sama ada Mahathir berkata tiga tahun lagi atau paling panjang tiga tahun sebelum pilihan raya? Ia sebenarnya sangat tidak penting jika semua orang dalam PH dapat bersangka baik dengan Mahathir.
Ini tidak, semasa Mahathir sibuk membelasah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Israel dan mempertahankan nasib etnik Rohingya di pentas antarabangsa, beliau dibelasah ahli rakan PH di negara sendiri.
Contohnya, ahli PKR, Syed Husin Ali menuduh Mahathir pemimpin lidah bercabang tiga.
“Kerja apa 18 jam sehari sedangkan negara semakin hancur? Apakah manusia yang berusia 94 tahun itu tidak makan, tidak tidur, tidak mandi, tidak solat, tidak rehat sama sekali?
“Apakah perdana menteri ketujuh ini bukan seorang manusia? Terbukti Mahathir tidak ikhlas, tidak punyai maruah dan tidak pernah insaf,” tulis beliau.
Tidakkah itu melampau?
Kalau Mahathir lidah bercadang tiga, mengapa Syed Husin tidak menggesa semua pimpinan PKR berundur daripada Kabinet Mahathir serta-merta dan tunggu diangkat semula selepas Anwar menjadi perdana menteri?
Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan apabila negara kembali pulih dan stabil.
Jadi, untuk mempercepatkan Anwar menjadi perdana menteri, PH perlu fokus dan berusaha memulihkan nilai ringgit, pasaran saham dan ekonomi negara agar Mahathir dapat bersara dengan tenang.
Ini tidak, saban hari PH suka bergaduh bila Anwar nak jadi perdana menteri, dua tahun, tiga tahun ke lima tahun?
“So what” kalau Anwar tak jadi perdana menteri pun, banyak lagi janji dalam manifesto PH yang tidak dapat ditunaikan. “So what” kalau janji ini pun dimungkiri, bukan rakyat akan dapat untung apapun. Rakyat pun dah naik muak dengan soalan ini.
Mereka yang inginkan Anwar menjadi perdana menteri lebih baik fokus bertanya soalan bilakah nilai ringgit akan naik kerana apabila nilai ringgit pulih melepasi RM4 terhadap AS$1, mereka boleh berkata ekonomi Malaysia sudah pulih dan syarat untuk Mahathir berundur sudah dipenuhi.
Mahathir pun akan berundur dengan tenang dan Anwar akan menjadi perdana menteri dengan suka hati, tanpa perlu memikirkan bebanan hutang negara. Bukankah begitu lebih baik?
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/30/bila-ringgit-akan-naik-bukannya-bila-anwar-akan-naik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tekan Dr Mahathir Dan Resahkan Anwar

Jangan Tekan Dr Mahathir Dan Resahkan Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 291 hits
REAKSIApa orang bilang Anwar tetap memayungi Mahathir APABILA Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi tahu wartawan di New York yang beliau akan jadi PM paling lama pun tiga tahun ramailah yang resah gelisah ada yang membuat tangkap layar la...
Balasan Menohok Joko Anwar Ke Fahri Hamzah Yang Mengusulkan Untuk Bubarkan Kpk

Balasan Menohok Joko Anwar Ke Fahri Hamzah Yang Mengusulkan Untuk Bubarkan Kpk

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 118 hits
Sutradara Joko Anwar kembali menjadi perbincangan publik Hal ini setelah kicauannya di twitter menyinggung soal usul pembubaran DPR kepada Wakil Ketua DPR Fahri Hamzah
Maza Tolak Anwar Netizen Tanya Apa Hukum Mungkir Janji

Maza Tolak Anwar Netizen Tanya Apa Hukum Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 288 hits
Surat terbuka Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin kepada Dr Mahathir meluahkan kebimbangannya berhubung isu siapa bakal pengganti jawatan perdana menteri mendapat reaksi pelbagai dari natizen Walaupun ada segelintir bersetuju dengan ken...
Anwar Sedih Teringat Kenangan Bersama Yazit

Anwar Sedih Teringat Kenangan Bersama Yazit

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 274 hits
Pemergian bekas pemain dram kumpulan Search Yazit Ahmad hari ini bukan saja mengundang kesedihan anggota keluarga sahabat handai dan peminat muzik tanah air tapi juga dikongsi Presiden PKR Anwar Ibrahim Anwar berkongsi berita hiba itu melal...
Anwar Tidak Perlu Layan Gesaan Untuk Jadikan Keadilan Parti Berpuak

Anwar Tidak Perlu Layan Gesaan Untuk Jadikan Keadilan Parti Berpuak

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 485 hits
Saya ingin mengulas beberapa kenyataan dari YB Zuraidah yang terus mendesak agar Presiden keadilan untuk mengadakan pertemuan khusus dengan Ahli MPP yang menang melalui pemilihan sahaja kononnya untuk buktikan Anwar ini mempunyai jiwa yang ...
New Pakatan Harapan Anwar Pm

New Pakatan Harapan Anwar Pm

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 266 hits
Untuk mencari 13 kerusi Parlimen membentuk sebuah kerajaan baru mengganti kerusi BERSATU bukan lah sukar Sekaligus Tun bukan PM lagi bagi mengatasi masalah tak sabar menunggu segelintir pemimpin PKR Anwar dan DAP mampu membawa lebih dari it...
Lewat Lantik Anwar Jadi Pm Boleh Bunuh Ph

Lewat Lantik Anwar Jadi Pm Boleh Bunuh Ph

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 322 hits
Diterbitkan Hari ini 8 57 malamJawatan perdana menteri perlu diserahkan kepada Anwar Ibrahim sekurang kurangnya dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 kata Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Ali Katanya langkah untuk m...
Video Ini Buat Anwar Ibrahim Bertambah Frust Gigit Jari

Video Ini Buat Anwar Ibrahim Bertambah Frust Gigit Jari

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 367 hits
Video untuk Anwar Ibrahim dan penyokong penyokongnya Lihat video Kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad kata beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri sebelum PRU15 Saya berjanji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan ...
Mahathir Has No Choice But To Appoint Anwar The Acting Pm

Mahathir Has No Choice But To Appoint Anwar The Acting Pm

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 244 hits
To serve the nation we sometimes need to do what we do not like And in this case like it or not Mahathir may need to eat humble pie and appoint Anwar the Acting Prime Minister in case he does not come home from the hospital THE CORRIDORS OF...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults