Bila Pm 10 Mahukan Anak Muda Membaca Dan Mengkaji Karya Agung Penulis Yang Berilmu
Bila PMX suruh rakyat Malaysia supaya banyak membaca, benda ini sebenarnya sangat penting untuk membina masyarakat yang maju dan berdaya saing.
Saya bagi contoh, yang banyak-banyak penyokong "kepimpinan ulama" PRU15 lepas, majoritinya tak tahu pun asal kepimpinan ulama itu adalah daripada konsep wilayatul faqih Syiah Moden. Bila kita kata mereka sebenarnya sokong idealogi Syiah secara tidak langsung, mereka akan melompat; itu itulah dia harga yang di bayar dengan kejahilan. Salah satu ciri-ciri wilayatul faqih ialah mempunyai "Imam yang maksum" padahal ini tidak ada dalam Islam termasuklah dalam pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Sebab itu kita lihat ulama mereka bebas memfitnah orang tanpa ada pengikut yang berani tegur. Bila polis hendak siasat, mereka pula ugut hendak buat huru-hara.
Mufti Perlis juga pernah ulas wilayatul faqih ini. https://www.malaysiakini.com/news/376760
Yang paling hairan bila mereka suka menjadikan Israel dan Yahudi sebagai kambing hitam tapi mereka tidak membaca apa yang menyebabkan Allah SWT menegur Bani Israel di dalam Al-Quran.
Kalau mereka membaca Al-Quran dan mentadabur makna, mereka akan jumpa ayat Surat At-Taubah Ayat 31 "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah", kupasan di buat oleh Tafsir Al-Mukhtashar "Orang-orang Yahudi menjadikan para ulama mereka dan orang-orang Nasrani menjadikan para rahib sebagai tuhan-tuhan selain Allah yang menghalalkan bagi mereka apa yang Allah haramkan dan mengharamkan bagi mereka apa yang Allah halalkan".
Yang Al-Quran tentang dan beri peringatan adalah sikap Bani Israel yang suka mengubah hukum dan taat orang alim mereka walaupun orang alim mereka menyimpang. Paling kelakar berdegar-degar anti Yahudi tapi perangai mereka pun lebih kurang dengan Yahudi bila guna fiqh halal ke atas ku dan haram ke atas mu. Bila ulama mereka buat sesuatu akan jadi halal, kalau orang lain buat mereka akan kata haram.
Buruknya sikap double standard ini sampai Nabi SAW sebut ini adalah punca kenapa Allah musnahkan umat-umat terdahulu, tapi ada segolongan dari kita pula bangga dengan kaedah halal ke atas aku dan haram ke atas kamu.
Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” (HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688).
Bila satu organisasi terdiri dari kalangan orang yang arrogant and ignorance, itu yang mereka akan jadi fobia pada semua benda. Semua benda jadi ancaman pada mereka. Pemimpin malas membaca, tak pandai berhujah. Bila dah mati akal terus petik syurga dan neraka. Penyokong pula jenis pajak akal, percaya kalau taat pemimpin akan auto masuk syurga padahal tak ada satu manusiapun yang masuk syurga atas amalan sendiri. Semua orang masuk syurga atas rahmat Allah. Yang pasti akan masuk neraka kalau ada kesombongan walaupun sebesar biji sawi.
Bila malas membaca mereka akan jadi bangsa jumud. Mereka kata mereka cinta Nabi Muhammad SAW, tapi mereka tidak faham kenapa Nabi boleh bermuamalat dengan Yahudi dan kenapa Nabi setuju dengan perjanjian Hudaibiyah dengan musyrikin Mekah walaupun berat sebelah. Ada tak Nabi SAW khianat atau langgar perjanjian walaupun Nabi ada upper hand? Kenapa Nabi SAW tidak mahu khianat perjanjian Hudaibiyah, lepas tu boleh sahaja bagi justifikasi ini adalah suruhan Allah?
Kerana khianat adalah dosa besar dan setiap perjanjian akan di tanya ""..dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan di tanya" Al-Israa:34."
Kalau Nabi khianat perjanjian Hudaibiyah, sudah tentulah orang tidak akan memandang tinggi terhadap Islam lagi; itu hikmah dia. Selain itu hikmah perjanjian hudaibiyah ialah berkembangnya syiar Islam, kehidupan masyarakat aman dan damai, pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah, membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy, Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.
Sebagai kesimpulan, membaca adalah sangat penting terutama sekali membaca sejarah Nabi dan orang yang terdahulu. Walaupun teknologi banyak berubah tapi sikap manusia tetap sama. Sejarah akan merekodkan dan mengangkat mereka yang sabar, tawakkal dan jujur dalam perjuangan. Untuk mereka yang berkhianat seperti si Kitol dan Raja Mendeliar; ini adalah pengajaran yang bagus untuk mereka yang mengejar kesenangan sementara dengan jalan pintas dan kesudahan yang jelik hanyalah untuk mereka yang berkhianat dan belot sampai runtuhnya sebuah empayar.
MMMS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/12/bila-pm-10-mahukan-anak-muda-membaca.html