Bila Ph Perintah Baru Tahu Rm400 Juta Dibelanja Tiada Kena Mengena Buat Kapal Mat Sabu






Perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu menyebabkan audit dilakukan terhadap projek projek besar negara termasuklah skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dengan penubuhan jawatankuasa audit yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dapat dikesan beratus juta wang negara telah dibayar untuk urusan bukan pembinaan kapal LCS.

"Siap siasatan LCS, dia kata RM400 juta dibenjakan untuk benda yang tak ada kena mengena dengan buat kapal.

"Patutnya SPRM kena masuk waktu ini (awal tahun 2020). Kemudian bila kita memerintah Ketua Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) kita lantik dari pembangkang, YB Noraini. Bila mereka ambil alih kerajaan, kita kata PAC patut beri pada pembangkang sebab itu kita lantik Ipoh Timur ganti Noraini.

"Hari terakhir Parlimen bersidang (awal Ogos) laporan siap. Bila siap, didedahkan kepada umum, terkejut. RM6 dah habis satu kapal pun tak siap.

"Bila tanya bila nak terima, dikatakan 2 - 4 tahun akan datang dan kena tambah RM2 - 3 bilion.

"Tan Sri Amrin kata, RM400 juta ini dibayar bukan belanja buat kapal. Bila wang negara jadi begitu siapa rugi? Rakyat lah tetapi kita kurang ambil berat hal ini," katanya dalam ceramah Jelajah Tolak BN PN di Parlimen Bangi, malam tadi.

Selain itu, Mohamad juga membawa contoh rasuah di Indonesia yang menurun telah membawa negara itu ke gerbang baharu kesejahteraan ekonomi dan mula memecut untuk menjadi negara kelima ekonomi terbesar dunia selain China, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.

"Kita lihat negara jiran Indonesia, sebelum berlaku reformasi rasuah amat tinggi. Bukan rasuah di bawah meja, kadang kadang dengan meja sekali dia boleh beri

"Rasuah disebut di sana 'bisa diurus'. Apa projek pun biasa diurus asalkan ada minyak pelincir. Ini berlaku di Indonesia. Tetapi bila reformasi berlaku, naik Habibie, Gus Dur, Megawati, Bambang sampai kepada Jokowi, sudah beribu orang masuk jel kerana rasuah. Dari parti Islam (PKS) 2 orang masul jel.

"Gabenor banyak merengkok dalam penjara. Rasuah dapat dikurangkan maka wang negara (rizab) meningkat dan sekarang Jokowi berazam tahun 2030 ke atas, Indonesia akan menjadi negara kelima kekuatan ekonomi dalam dunia. Daripada negara yang terkebelakang dalam hal pembangunan.

"Peningkatan indeks kurangnya rasuah di Indonesia itu membawa kekuatan ekonomi kepada mereka," katanya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu turut membawa contoh sebuah negara gagal, Sri Lanka. Katanya, apabila Singpaura merdeka dari Malaysia pada 1965, pemimpinnya Lee Kuan Yew mendambakan Singapura akan maju seperti Sri Lanka atau Colombo nama lamanya.

Ketika itu, kata Mohamad, Colombo negara berjaya dan banyak persidangan antarabangsa diadakan di sana sehingga wujud biasiswa Colombo untuk rakyat negara dunia ketiga menyambung pelajaran.

"Waktu itu Sri Lanka maju. Di sama ada biasiswa Colombo, banyak orang kita yang pergi ke London belajar undang undang melalui biasiswa Colombo ini.

"Akibat rasuah berleluasa dan di Sri Lanka demografi politik lebih kurang Malaysia. Bumiputera Singhalis, pembangkang Tamil. Rakyat di sana ditanamkan kena bagi Bumiputera terus memerintah. Rasuah tak apa asalkan bumi memerintah, tak cukup duit pinjam, akhirnya bankrap

"Nak beli minyak kena beratur, nak beli barang kena beratur sebab wang dah kurang. Dunia terpaksa bincang bagaimana nak bantu Sri Lanka.

"Kita di Malaysia, tahun 1960an kita setaraf Korea Selatan. Korea Selatan ramai bekas presiden masuk jel. Kita baru mula. Korea berjaya lawan rasuah dan akhirnya dari negara dunia ketiga melonjak jadi gergasi ekonomi. Sekarang Korea setaraf dengan Jepun," katanya.

Oleh itu, Mohamad mahu rakyat Malaysia, terutama orang Melayu perlu mempunyai perasaan benci terhadap rasuah dan meneruskan perjuangan melawan rasuah dengan mengembalikan PH memerintah Putrajaya dalam PRU ke 15 ini.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/bila-ph-perintah-baru-tahu-rm400-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Subkontraktor Lcs Baru Usia 45 Hari Tuntut Rm178 Juta Pada Hari Pertama Kontrak

Syarikat Subkontraktor Lcs Baru Usia 45 Hari Tuntut Rm178 Juta Pada Hari Pertama Kontrak

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa sebuah syarikat subkontraktor yang berusia 45 hari membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek kapal tempur pesisir yang ditempah untuk Tentera Laut Diraja Malaysia Beliau menda...
Rafizi Ramli Dakwa Subkon Baru Tubuh 45 Hari Terus Buat Tuntutan Rm178 Juta

Rafizi Ramli Dakwa Subkon Baru Tubuh 45 Hari Terus Buat Tuntutan Rm178 Juta

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 146 hits
Dari Rafizi Ramli 16 Ogos 2022 SUBKON BARU TUBUH 45 HARI TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA Kebelakangan ini kerajaan PAS UMNO BERSATU cuba mengalih perhatian dari isu sebenar yang menimbulkan kemarahan rakyat Mesin propaganda PAS UMNO BERSATU ...
Laaa Dalam Usha Nak Cari Mat Sakaw Ada Lagi Cubaan Nak Sakaw Bukan Sikit Sikit 600 Juta

Laaa Dalam Usha Nak Cari Mat Sakaw Ada Lagi Cubaan Nak Sakaw Bukan Sikit Sikit 600 Juta

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 189 hits
Laporan LCS Kos pasang sistem sokongan naik RM600 juta mengarut August 17 2022Laporan JKSTUPKK mendapati kerajaan sepatutnya hanya perlu menanggung RM121 juta saja bagi memasang Sokongan Logistik Bersepadu untuk projek kapal tempur pesisir ...
Raih 200 Juta Penstriman Spotify Peminat Tunggu Lagu Baru Jin Bts

Raih 200 Juta Penstriman Spotify Peminat Tunggu Lagu Baru Jin Bts

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 289 hits
Walaupun baru sahaja mempunyai akaun Spotify pada Oktober lalu kini Jin BTS sudah mempunyai jumlah penstriman yang luar biasa ARTIKEL BERKAITAN Jin berjaya meraih sebanyak 200 juta jumlah penstriman di laman Spotify dalam masa yang agak sin...
Appeals Court Upholds Acquittal Of Mat Sabu S Son Over Drug Abuse Charge

Appeals Court Upholds Acquittal Of Mat Sabu S Son Over Drug Abuse Charge

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 135 hits
Ahmad Saiful Islam the son of former defence minister Mohamad Sabu remains free of the drug abuse charge made against him three years ago This followed the decision made by the three member panel of the Appeals Court led by justice Kamaludi...
Mat Sabu Najib In Jail Not Cause For Celebration But Lesson

Mat Sabu Najib In Jail Not Cause For Celebration But Lesson

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 156 hits
Amid the deluge of media statements and social media postings celebrating the Federal Court s decision to uphold Najib Abdul Razak s conviction Amanah president Mohamad Sabu adopted a more contemplative approach Breaking his silence on the ...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik