Bila Perkataan Inggeris Dieja Melayu


 


Kawan lama saya, wartawan veteran Zin Mahmud, merungut di Facebook tempoh hari: “Aku pelik dia orang tulis ‘kazen’, ‘kazen’. Apa tu, bahasa Jepun ka? Rupanya ‘cousin’. Tulislah sepupu. Berbulu mata aku.” Saya rasa beliau “was being sarcastic”. Pastinya beliau tahu apa erti perkataan yang ‘disalah eja’.
Namun saya setuju sedikit sebanyak. Saya pun berbulu mata. Lama tak dengar peribahasa tu. Anak muda zaman “now” tahu ke maknanya? Zaman saya muda dulu ia selalu digunakan untuk menyimpulkan rasa “benci, meluat, menyampah” terhadap sesuatu.
Cuma saya dan kawan-kawan menggugurkan perkataan “mata”. Lantas kami kata “berbulu aku” apabila berdepan sesuatu yang tidak kami senangi. Disambut pula oleh kawan yang menyakat dengan bertanya: “Lebat ke?”. Kelakar ke? Itu cerita dulu-dulu.
Berbalik rungutan Zin. Catatannya menarik reaksi “followers” Facebooknya. Seorang yang sama-sama berbulu mata mengadu selain “cousin” dieja “kazen”, ia disebut “kezen”. Menyirap dibuatnya kata si pembuat komen. Kata seorang lagi “follower”: “Kerosakkan bangsa Melayu seiring dengan kerosakan bahasa yang dituturkan.” Wartawan veteran terkenal A Kadir Jasin turut memberi komen berbunyi: “Melayu sedang racuni dan sundalkan bahasa sendiri. Tidak ada lagi erti kepada ungkapan, tiada kata secantik bahasa.”
Sebenarnya banyak perkataan Inggeris yang dieja “cara” Melayu. Umpamanya “of course” dieja “opkos”, “pregnant” jadi “peknen”, “check it out” pula “cekidot”, “welcome” jadi “welkam”, “thank you” jadi “tenkiu”, “husband” pula “hasben”, “besday” untuk “birthday”, “call” dieja “kol”, “internet” ialah “tenet”, dan “bye” jadi “bai”. Ada lagi tapi cukuplah setakat itu.
Ini bahasa orang muda kata seorang yang memberi komen. Benar, dan saya tambah, mereka yang melakukan ejaan itu bukan tidak tahu berbahasa Inggeris. Setidak-tidaknya mereka tahu bahawa apa yang mereka ketengahkan bukan ejaan betul. Cuma mereka tetap lakukan “just for the fun of it”. Suka-suka, berlawak, berjenaka, kelakar.
Seorang yang juga kawan lama saya gemar menggunakan ejaan seperti itu. “Cekidot” antara perkataan “favourite” beliau. Beliau sama usia dengan saya. Makna orang tua lah tu.
Bercakap mengenai orang tua, golongan “senior” masa saya kanak-kanak dulu kerap guna Inggeris yang dimelayukan apabila bercakap. Contoh, bila merujuk “town board” mereka tidak akan kata majlis bandaran. Yang disebut “tombod”. Begitu juga “flats” disebut “plet”, bukan rumah pangsa. “Form” bukan borang, sebaliknya “pom”. “Nurse” jadi “nas”, bukan jururawat.
Mereka bukan membuat lawak. Bukan juga mempersenda bahasa Inggeris. Tentulah bukan tidak sayangkan bahasa Melayu. Tetapi berkata demikian mungkin kerana sudah terbiasa dengan bahasa Inggeris yang mereka tidak mahir gunakan. Maklumlah mereka generasi pra-Merdeka. Zaman penjajah. Mungkin ada sebab lain. Waullahualam.
Itu tidak membuat saya “berbulu”. Namun yang buat saya demikian ialah ada beberapa menteri zaman dahulu yang berkata “mereka-mereka” ketika merujuk kepada kumpulan. Pada hal istilah “ mereka” sememangnya merujuk kumpulan. Ada yang menyebut “pada pendapatan saya”. Yang mereka ingin atau patut katakan ialah “pada pendapat saya”.
Sememangnya saya pelik ada orang politik yang menjadi menteri zaman lalu gemar menggunakan perkataan Inggeris walau pun perkataan yang digunakan ada dalam bahasa Melayu. Seperti “credibility”. ”Kewibawaan” tidak digunakan. “Piawaian” diketepikan dan “standard” digunakan. Mungkin perkataan dalam bahasa Melayu mengakibat terbelitnya lidah? Atau mungkin perkataan lebih “stylish”. Saya sendiri guna “ stylish” bukan “bergaya”. Atau mungkin jika guna istilah Inggeris maknanya lebih tepat? Mungkin itu sebabnya orang sekarang guna “influencer” bukan “pempengaruh” meski pun sedang bercakap Melayu?
“Treasury” menjadi pilihan kakitangan kerajaan seketika dahulu. Bukannya “perbendaharaan.” Pada lewat 1990-an kerajaaan menggugurkan istilah “Belanjawan”, digantikan dengan “Bajet”. Hanya kebelakangan ini “Belanjawan” timbul semula. Seorang yang membuat komen pada Facebook Zin berkata “tapi ada pemimpin cuba naik taraf bahasa Melayu dikutuk berhabis-habisan.” Adakah beliau merujuk Anwar Ibrahim?
Apa pun kita tahu Anwar menggunakan pelbagai perkataan dan istilah Melayu (yang saya sendiri tidak pernah tahu dan dengar) semasa bertutur mahupun semasa menyampaikan ucapan dengan menggunakan sebutan baku. Ini beliau lakukan untuk sekian lama dahulu dan diteruskan sekarang sejak menjadi perdana menteri. Perkataan yang beliau gunakan pada 1990-an yang masih lekat di minda saya ialah “bergentayangan” yang bermaksud berjalan ke sana sini atau berkeliaran. Tidak tahu mengapa saya suka perkataan ini. Mungkin kerana nada atau bunyinya.
Ada yang mengkritik. Kata mereka banyak perkataan yang Anwar gunakan asal atau diciplak daripada bahasa Indonesia. Ada yang kata terlalu “bombastic” sehingga orang tidak faham. Buat apa guna ‘perkataan besar’ jika mesej yang mahu disampaikan kepada khalayak tidak sampai ke sasaran, tanya mereka.
Ada pula berkata jika tidak dimulakan daripada sekarang sampai bila kita mahu gunakan ‘bahasa betul’? Orang yang mulanya tidak faham kata mereka akan faham juga apabila sering disajikan dengan ‘bahasa betul’.
Pun begitu bahasa Melayu akan terus dicemar, jika itu istilah yang boleh digunakan. Contoh, anak muda (dan juga golongan tidak berapa muda) akan terus salah eja perkataan Inggeris untuk dimelayukan. Bermacam loghat akan dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu, kerana suka-suka dan kelakar mungkin.
Tetapi saya yakin kita tahu ada masa untuk kelakar, dan ada masa untuk serius. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/bila-perkataan-inggeris-dieja-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Perlu Teruskan Agenda Melayu Sekaligus Menolak Apa Jua Yang Dap Tidak Suka

Bersatu Perlu Teruskan Agenda Melayu Sekaligus Menolak Apa Jua Yang Dap Tidak Suka

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 316 hits
Tak ada ulasan sendiri faham DAP bebas keluar PH jika benar berprinsip atau sekadar lakonan pada kaumnya sendiri hipokrik dan tidak praktikal Lim GUAN eng wajar letak jawatan sebagai protes kepada Tun Nyata mereka sekadar berlakon mempersen...
Melayu Untuk Melayu

Melayu Untuk Melayu

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 177 hits
Melayu untuk Melayu adalah untuk kestabilan politik Malaysia pelbagai kaum Sudah lama Melayu menjadi kerajaan Dan dominan tanpa penindasan kepada bangsa dan ugama lain mengikut perlembagaan Malah ada beberapa kompromi dan kelonggaran diberi...
Rentetan Nak Himpum Melayu Oleh Atok 2 Lokasi Dah Batal Tak Jadi Atau Tak Berani Cuba Kalau Berani

Rentetan Nak Himpum Melayu Oleh Atok 2 Lokasi Dah Batal Tak Jadi Atau Tak Berani Cuba Kalau Berani

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 146 hits
HEBOH DI WASSAP KONONNYA MELAYU SEMUA NI NAK MAMPOIH HABIH DAH KONONNYA PROGRAM MAHATHIR DAN SUDAH TENTULAH KLUSTER MAHKAMAH DAN JUGA HADI AWANG DAN MELAYU YANG BAKAL HILANG KUASA DAN BAKAL MERENGKOK DALAM PENJARA PKR ANJUR PERHIMPUNAN KHAS...
Tun Mahathir Lumpuhkan Orang Melayu Melalui Deb

Tun Mahathir Lumpuhkan Orang Melayu Melalui Deb

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 278 hits
Dr Mahathir Mohamad berjaya menggunakan Dasar Ekonomi Baru untuk melumpuhkan orang Melayu supaya berfikir mereka selamanya memerlukan topang untuk mendahului persaingan dengan yang lain menurut seorang bekas Ahli Parlimen Tawfik Ismail berk...
Pejuang Melayu Pilih Rm200 Juta Masuk Akaun Parti Kami Pilih Selesakan Rakyat

Pejuang Melayu Pilih Rm200 Juta Masuk Akaun Parti Kami Pilih Selesakan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 160 hits
Kerajaan Perpaduan ditentang dari segenap sudut oleh pembangkang yang kononnya pejuang Melayu tulen Namun bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pejuang Melayu bukanlah satu slogan tetapi perlu pembuktian kata kata Anehnya kata bel...
Melayu Yang Susah Dan Harap Kwsp Sila Salahkan Dia Ni

Melayu Yang Susah Dan Harap Kwsp Sila Salahkan Dia Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 215 hits
PAWANG SOODMelayu yang susah Yang mengharapkan kwsp dan tongkat Salahkan orang ni Dia nak majukan melayu 24 tahun gagal Anak dia dan kroni dia saja yang bejaya dikayakan
Relax La Jangan Nyanyuk Bila Pulak Negara Melayu Negara Majmuk Lain Lain Bangsa Termasuk Mamak Ada Juga Sikit Sikit

Relax La Jangan Nyanyuk Bila Pulak Negara Melayu Negara Majmuk Lain Lain Bangsa Termasuk Mamak Ada Juga Sikit Sikit

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 146 hits
Relax La Jangan Nyanyuk Bila Pulak Negara Melayu Negara Majmuk Lain Lain Bangsa Termasuk Mamak Ada Juga Sikit Sikit
Orang Melayu Di Malaysia Sudah Tiada Masalah Yang Miskin Pun Kerajaan Dah Bantu

Orang Melayu Di Malaysia Sudah Tiada Masalah Yang Miskin Pun Kerajaan Dah Bantu

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 183 hits
Yang miskin pun Anwar kata sudah dibayar untuk buat kekacauan Ertinya orang miskin kerajaan Bantu Pembangkang bayar Isu Islam tergugat ITU bukan tanggungjawab sepenuh kerajaan madani kerana Islam terletak di bawah Sultan Jemputan ke GEREJA ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul