Bila Pembangkang Sambut Cabaran Sediakan Bajet Alternatif




 

HarapandailyOctober 15, 2025OLEH: LIYANA MARZUKI




Sesungguhnya saya teruja Jumaat lepas.
Bukan sebab Bajet Kerajaan.


Tetapi sebab Pembangkang umumkan mereka ada Bajet Bayangan.
Bayangan ini bukan Bajet mistik ya.
Takde kena-mengena dengan “jin” yang difitnah merasuk Almarhum Faris.
Bajet Bayangan ialah versi bayang2 atau shadow kepada Bajet sebenar negara.
Selalunya dikeluarkan oleh Pembangkang untuk tunjukkan mereka lagi pandai buat kerja.
Senang kata, kalau Kerajaaan nak hidang kita nasi lemak sambal telur. Pembangkang patut cuba bagi kita nasi kandar sotong seketul. Haaa gittewww…
Secara tradisinya, ia keluar sebelum Bajet Kerajaan.
Tahun 2015-2017, Pembangkang masa tu keluarkan Bajet Bayangan 2-3 hari sebelum hari Bajet.
Tapi sebab Pembangkang kita sekarang tidak berapa bersatu, tengah sedikit bergaduh, so saya let go. Lambat pun takpe, janji ada.
Namun alangkah kecewanya kita.
Lepas dengar penggulungan Ketua Pembangkang, yang keluar bukan Bajet Bayangan, tapi Janji Penasaran.
Seciput jer yang keluar.
Cuma retorik pilihanraya.
Konon nak bagi RM6,000 setahun kepada semua rakyat Malaysia.
Target ekonomi? Tiada.
Rancangan fiskal? Tiada.
Halatuju negara? Yilek.
Nak guna elemen 5P pun tak lepas.
Sebab isi pun terbabas.
Disebabkan itu, bolehlah dikatakan Ketua Pembangkang kita ini malas dan cincai.
Yang keluar cuma retorik.
Janji manis untuk demografik yang dia kejar.
Dan dia ingat semua rakyat Malaysia ni buduh belaka.
Bila dia berjanji bulan bintang, rakyat yang bijak akan bertanya, “Ini prudent ka? Dari mana nak korek dana?”


Ingat ya. Dalam ekonomi, there’s no such thing as a free breakfast.
Somebody always has to pay.
Saya bukan apa. Saya seriau kalau geng Ketua Pembangkang ni urus Dana Negara.
Ingat masa Covid?
Kita diberitahu negara tiada duit.
Berapa kali dia suruh kita korek KWSP?
Alih-alih, depa adakan pula projek separa mega tengah pandemik.
Jana Wibawa: berbilion diumum untuk buat jalan raya.
Rupa-rupanya, beratus juta masuk akaun Parti Bersatu.
Tang kita?


Duit KWSP yang mereka suruh kita guna.
Makanya, sis rasa di-scam jua.
Tambah bila tengok betapa mewah mereka berbelanja masa PRU15.
Siap kantoi parti PAS bagi cash untuk undi
Sampai Mahkamah hilangkan beberapa kerusi.
Saya tak faham kenapa Pembangkang lantik si dia ini jadi Ketua Pembangkang.
Rekod tadbir? Mediocre.
Nothing impressive.
Latar belakang pendidikan cuma Diploma, pengalaman lama pun sebagai “operator.”
Hujah dan bahas pun tiada substance.
Dalam politik, kita selalu diajar memilih “the lesser evil.”
Tapi kali ini, nampaknya kita sedang dapat “the lazier evil” pula.
Truth be told, saya rasa saya lebih suka Tan Sri Mahiaddin Yassin dari si dia ini.


At least ada pengalaman mentadbir.
Team TS pun solid.
Dr Marzuki nampak buat kerja dan efektif.
Tulisan pun baik. Cakap pun berlapik.
Team si dia ini pun kita tak tahu siapa.
Yang kita tahu, dia sibuk kumpul SD.
Sampai dua YB minions dia dibuang parti semalam.
Dalam bayang, dia bergerak untuk naik jadi Presiden.
Tapi itu biasa dalam politik.


Cuma bila dia jadi Ketua Pembangkang, secara automatik dia juga bayangan Perdana Menteri.
Buku biografi PM
Namun kalau Bajet Bayangan dia pun serupa ini.
Saya doakan biarlah dia kekal jadi PM bayangan atau PM tepi.
Takpun, carilah set yang lain, yang semenggah sedikit.




















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/bila-pembangkang-sambut-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

Bajet Bulanan Mak Tip Jimat Bijak Untuk Mak Anak Ramai

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 175 hits
Bila bercakap tentang bajet bulanan mak ramai tak sedar betapa besarnya cabaran yang mak mak hadapi setiap bulan Dari bayar bil beli barang dapur urus keperluan anak sampai ke perbelanjaan sekolah Semuanya kena cukup dan seimbang Bajet Bula...
Jam Pintar Bajet Terbaik Fitness Tracker Yang Berbaloi Dibeli

Jam Pintar Bajet Terbaik Fitness Tracker Yang Berbaloi Dibeli

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 240 hits
Jam Pintar Bajet Terbaik Fitness Tracker yang Berbaloi Dibeli Kalau anda sedang mencari jam pintar bajet yang bukan sekadar tunjuk masa tetapi juga boleh pantau kesihatan dan aktiviti harian anda berada di tempat yang betul Hari ini semakin...
Kes Buli Menjadi Jadi Sediakan Silat Untuk Anak

Kes Buli Menjadi Jadi Sediakan Silat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 284 hits
Sejak kebelakangan ni makin kerap kita dengar cerita tentang kes buli Kadang kadang sampai naik geram bila baca berita anak orang jadi mangsa ada yang cedera malah ada yang trauma nak ke sekolah Sebagai mak ayah memang hati jadi tak tenang ...
Bajet 2026 Siapa Dapat Lebih Siapa Dapat Sisa Adalah Propaganda Jahat Admin Fb Friend Of Mb Terengganu

Bajet 2026 Siapa Dapat Lebih Siapa Dapat Sisa Adalah Propaganda Jahat Admin Fb Friend Of Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 204 hits
Persepsi jahat ditabur kononnya Terengganu dapat sikit Sabah dan Sarawak dapat banyak 1 ZAMAN MADANI TERENGGANU DAPAT LEBIH RAKYAT RASA HASILMereka kata lagi Terengganu cuma dapat longkang dan stadium hoki sahaja Ini jelas satu pembohongan ...
Kl Lockdown 2025 Senarai Jalan Ditutup Laluan Alternatif

Kl Lockdown 2025 Senarai Jalan Ditutup Laluan Alternatif

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 235 hits
Pusat bandar raya Kuala Lumpur akan melalui KL Lockdown sepenuhnya bermula 23 hingga 28 Oktober 2025 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang menghimpunkan pemimpin tertinggi dunia Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan langkah...
Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 270 hits
Jika anda mencari telefon pintar alternatif yang nipis seakan iPhone Air tapi menjalankan sistem Android anda kini boleh menempah model nubia Air yang hanya berharga RM899 Mungkin ramai yang tidak tahu nubia Air dilancarkan 2 ha
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya