Bila Najib Gagal Segagal Gagalnya



Beberapa tahun dari sekarang, sarjana sains politik berpeluang mengkaji perancangan yang dilakukan Najib Razak sejak tahun lalu dalam kertas kajian bertajuk, “Bagaimana untuk gagal dalam menggulingkan kerajaan”.
Untuk beberapa bulan menuju peletakan jawatan Muhyiddin Yassin, Najib bertubi-tubi menyerang usaha kerajaan menguruskan krisis Covid-19, sambil mendakwa kaedah kerajaan menguruskan sebuah krisis global – yang menyebabkan negara maju pun melutut dalam kegagalan – “gagal segagal-gagalnya”, meminjam kata-katanya.
Hari ini, ketika kerajaan kembali kepada Perikatan Nasional yang menjadi sasaran Najib dan kuncu-kuncunya dalam usaha menggulingkannya, ungkapan yang sering diulang oleh tukang karutnya dalam hantaran media sosial ditumpukan pula kepada dirinya.
Sejak Oktober lalu, Najib dan panglimanya Ahmad Zahid Hamidi, dibantu seseorang yang boleh, patut dan akan – tetapi belum pernah – menjadi perdana menteri, sibuk menjejaskan setiap usaha kerajaan dalam melawan pandemik.
Najib sudah lakukan segalanya: daripada membuat ramalan hambar tentang program vaksinasi (“Bossku” pernah menganggarkan Malaysia akan mengambil masa sehingga enam tahun untuk capai sasaran imuniti kelompok), kepada pelbagai muat naik sinis dan gurauan di laman media sosialnya hampir setiap jam.
Kemuncaknya ialah apa yang boleh dianggap sebagai mercu tanda kegagalannya: ketika beliau dan sekumpulan ahli Parlimen Umno mengumumkan penarikan balik sokongan mereka sambil mengisytiharkan kerajaan tumbang, di waktu genting usaha melawan Covid-19.
Najib mungkin sudah terlebih sudu dari kuah dalam usahanya menjatuhkan Muhyiddin, seperti mana sikapnya ketika beliau tampak yakin dalam berdepan seorang lelaki berusia 93 tahun pada pilihan raya umum tiga tahun lalu.
Hakikatnya, Muhyiddin adalah orang sama yang pernah dipecat Najib pada 2016, dan dua tahun kemudian orang inilah menumbangkannya.
Kalau sudah kena main dengan penyangak berusia 30-an, kalau tak sedar akaun peribadinya menyimpan wang yang begitu banyak, dan kalau masih tidak dapat menjelaskan barangan kemas dan beg tangan isterinya yang boleh memuatkan beberapa biji lori, tidak perlulah berangan-angan untuk menjatuhakan seorang yang membuktikan bangkit semula bukan sekali, bukan dua kali, tetapi kini untuk kali ketiga.
Dalam usaha menggulingkan kerajaan, seharusnya Najib ambil iktibar dari pengalaman yang pernah ditempuhi oleh individu tertentu.
Satu ketika, tak lain tak bukan mendiang Karpal Singh pernah mengutuk individu ini, di samping pemimpin dari partinya sendiri DAP, supaya bertaubat daripada terus membuat masalah kepada negara.
Kini, teguran keras itu terpakai kepada Najib dan ahli Parlimen seangkatannya, juga mereka yang menggelar diri mereka pejuang hak asasi, yang selama ini kecoh tentang “kerajaan gagal”, ketika pentadbiran berhempas-pulas cuba menghidupkan semula ekonomi dan memastikan kejayaan program vaksinasi, sambil menolak tawaran kerajaan melakukan reformasi yang penuh bererti yang dapat memulihkan sistem yang telah robek sejak 1980-an.
Najib yang berdepan 42 pertuduhan jenayah dinasihatkan tidak menambah angka itu dengan terus melemahkan usaha menyelamatkan negara.
Beliau membuktikan dirinya “gagal segagal-gagalnya” dalam menguruskan kewangan negara sehingga rakyat Malaysia menanggung malu. Kini, beliau gagal segagal-gagalnya dalam membantu negara mengatasi pandemik.
Artikel dipetik dari MalaysiaNow
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/bila-najib-gagal-segagal-gagalnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Tidak Gembira Najib Gagal Hadir Arah Hadir Selepas Menghadap Agong

Perbicaraan Kes 1mdb Hakim Tidak Gembira Najib Gagal Hadir Arah Hadir Selepas Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR 19 Ogos Hakim yang mendengar kes 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tidak gembira apabila bekas perdana menteri itu tidak hadir pada prosiding kes hari ini dan mengarahkan Najib hadi...
Keluarga Gagal Malaysia

Keluarga Gagal Malaysia

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 329 hits
Sukar untuk kita menafikan keluarga Malaysia ada banyak masalah yang tidak selesai Keluarga satu kumpulan manusia yang hidup bersama dan diikat samada oleh perkahwinan keturunan atau pengangkatan Keluarga gagal pula bermaksud keluarga yang ...
Kerajaan Gagal Cuti Dua Minggu Kini Kembali Masuk Bertugas

Kerajaan Gagal Cuti Dua Minggu Kini Kembali Masuk Bertugas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 225 hits
Syed Saddiq PM bazirkan peluang tak lantik Azalina Asyraf WajdiMalaysiakiniPresiden Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanmenyifatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah membazirkan peluang dalam pemilihan kabinetnya...
Ini Kabinet Kerajaan Gagal Ph Wajar Teliti Semula Bentuk Kerjasama

Ini Kabinet Kerajaan Gagal Ph Wajar Teliti Semula Bentuk Kerjasama

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 185 hits
MALAYSIA DATELINEKabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ternyata mengundang kritikan seolah olah menunjukkan beliau ketandusan pemimpin yang berkebolehan untuk diberi tanggungjawab sebagai Menteri dalam kerajaan Timbalan...
Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 259 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet kitar semula Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan ...
Jalin Kerjasama Kerana Tidak Mahu Wujudnya Kerajaan Gagal 2 0

Jalin Kerjasama Kerana Tidak Mahu Wujudnya Kerajaan Gagal 2 0

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 224 hits
NASUHA RAHMANKesanggupan Pakatan Harapan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dibentuk kerana tidak mahu wujudnya Kerajaan Gagal 2 0 Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata Pakatan Harapan p...
Pembangkang Gagal Bersikap Seperti Pembangkang

Pembangkang Gagal Bersikap Seperti Pembangkang

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 191 hits
Robin AugustinSeorang penganalisis berkata pimpinan pakatan pembangkang sepatutnya tidak dilihat sebagai hak eksklusif Anwar Ibrahim atau Shafie Apdal PETALING JAYA Masalah utama Pakatan Harapan adalah mereka gagal menunjukkan mereka sebaga...
Dolla Mwa Chord

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Kinder Schoko Bons Crispy

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi

Kru Dan Icon Entertainment Lakar Sejarah Terima 2 Pengiktirafan Dari The Malaysia Book Of Records

Umdap Vs Pasedap Bersedap

Cleansing Oil Buat Kulit Bersih Dan Cantik Berseri Seri

Xiokk All Stars Kotobian Tadau Kaamatan Chord

Thomas Arya Manjamu Berobah Benci Chord