Bila Mydin Nak Tunjuk Pandai Daripada Kkm Hahahaha
Pasar raya besar Mydin hari ini mempertahankan proses nyahjangkit di premisnya, sehari selepas Kementerian Kesihatan berkata tiada bukti penggunaan peralatan seperti kotak dan lorong nyahkuman ialah cara berkesan membendung penularan Covid-19.
Pengarah Urusannya, Ameer Ali Mydin berkata syarikatnya menggunakan larutan nyahkuman berasaskan kuaterner yang bertindak sebagai perlindungan tahap pertama terhadap pencemaran silang menggunakan larutan terbukti secara klinikal yang 100% bebas alkohol dan halal.
Katanya, larutan yang diiktiraf Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan yang tidak merengsakan kulit atau mata.
“Ia juga mengandungi agen anti-mikrob tahan lama yang tidak dimiliki larutan nyahkuman standard sedia ada di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, proses nyahjangkit daripada peralatan yang menyembur bahan kimia ke atas seseorang selama 30 saat tidak memadai untuk membunuh kuman pada badan manusia.
Katanya, bahan kimia yang digunakan peralatan sedemikian boleh membawa kemudaratan kepada mata dan mulut.
“Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan ‘disinfection box’, ‘disinfection chamber’, ‘disinfection tunnel’, ‘disinfection booth’, ‘disinfection partition’ atau ‘disinfection gate’ sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 terhadap manusia,” katanya dalam taklimat harian Covid-19 semalam.
Hari ini, Ameer berkata, nasihat sedemikian dibuat berdasarkan fakta beberapa pihak tidak bertanggungjawab menggunakan semburan nyahjangkit yang mengandungi bahan kimia berbahaya, alkohol dan klorin.
“Sehingga tahap ada yang menggunakan tablet denggi dalam larutan mereka, yang berbahaya kepada badan.”
Katanya, Mydin menggunakan bahan nyahjangkit sebagai langkah tambahan yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
“Kami melaksanakan langkah kami sendiri melalui sanitasi tangan dan pemeriksaan suhu sebelum memasuki premis serta mengamalkan penjarakan sosial ketika membeli-belah,” katanya sambil menambah kawasan utama di dalam premisnya turut dibersihkan secara kerap.
FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/04/bila-mydin-nak-tunjuk-pandai-daripada.html