Bila Migrain Menyerang Dalam Diam
23 September 2025 - Selasa (1 Rabiulakhir 1447H)
Kadang-kadang bangun pagi dengan rasa segar tapi hari ini migrain datang menyerang, diam-diam menukar rutin jadi lebih perlahan dari biasa.
Pagi.
Aku antara yang diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di tempat kerja. Prosesnya mudah saja — ambil darah sampai tiga tiub, ukur tinggi dan timbang berat badan, check tekanan darah serta mengambil sampel air kencing. Keputusannya..? Akan dimaklumkan kemudian.
'Tinggi bacaan tekanan darah puan'
Bila melihat bacaan pada mesin tekanan darah tersebut, aku cuma iyakan apa yang doktor bagitahu sebab aku tengah menahan sakit kepala. Doktor pesan, 'Puan sarapan dulu, rehat, nanti datang lagi kita check semula tekanan darah puan'. 'Ok, doktor..'. Selesai urusan berkaitan, terus sambung buat kerja tapi disebabkan kepala makin berdenyut-denyut, aku terus hubungi en. Hubby minta ambil aku di tempat kerja tengahari nanti. Dari terus menyeksa diri sehingga petang, baik aku mengalah awal.
Tengahari..Selepas mendapat kebenaran pulang awal, en. Hubby datang ambil aku dan terus bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bila tekanan darah diambil semula di klinik, hasilnya memang jauh berbeza. Di tempat kerja bacaan tinggi tapi di klinik bacaannya normal. Doktor di klinik bertanya guna mesin yang mana, manual atau digital? Ditempat kerja menggunakan mesin digital, doktor maklumkan mungkin tak accurate sebab jauh beza bila menggunakan mesin pam/manual (sphygmomanometer + stetoskop) di klinik.
Jika semalam doktor mengambil tekanan darah aku, ye memang patut tinggi sebab semalam aku tengah marah dan sedih tapi hari ni aku tengah migrain jadi mungkin itu yang menyebabkan tekanan darah aku naik.[Perbezaan bacaan tekanan darah aku di tempat kerja dan di klinik]Hijau — NormalKuning — ElevatedOren — High Blood Pressure (Hypertension Stage 1)Merah — High Blood Pressure (Hypertension Stage 2)Merah gelap — Hypertensive Crisis (consult your doctor)Maksudnya, bacaan ni bukan berbahaya tapi perlu dipantau. Kalau kerap dapat bacaan macam ni, doktor mungkin anggap ia sebagai pra-hipertensi / hipertensi tahap awal.
TIPS MUDAH:Elakkan terlalu banyak garam dan makanan proses.Jaga berat badan dan aktif bergerak.Kurangkan kafein dan kawal stress.
Doktor sahkan memang perlu berehat, lalu diberikan cuti sakit untuk hari Rabu. Lega juga, sekurang-kurangnya boleh lepaskan badan dari rutin kerja sehari. Sampai di rumah, aku terus makan dan berehat sekejap sebelum menelan ubat bagi meredakan sakit kepala yang belum membaik.
- bersemut -
Terima kasih en. Hubby melayan kerenah MakBudak. Sanggup datang dari jauh ambil di tempat kerja dan bawa terus ke klinik. MakBudak bila meragam tak boleh bawa bincang - layankan aje. Macam dak Nuha bagitahu.. 'Babah cakap kat kawan babah.. Aku tak takut bini tapi bini yang menakutkan'. Dalam sweet bersemut sempat mengata aku
Kadang-kadang badan ni memang perlukan rehat, biarpun kita rasa masih mampu bertahan. Hari ini jadi peringatan kecil untuk aku, bahawa kesihatan tetap perlu diutamakan sebelum yang lain
Tak semua sakit itu jelas kelihatan di mata orang lain. Migrain datang secara senyap tapi cukup kuat melemahkan badan dan fikiran. Hari ini aku belajar untuk lebih menghargai rehat kerana kadangkala diam itulah yang paling banyak mengajar kita tentang erti tenang.
Esok..InsyaAllah dengan izin-Nya, semoga lebih bertenaga untuk terus melangkah.
@RemajaPurba: .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2025/09/bila-migrain-menyerang-dalam-diam.html