Bila Mahathir Cakap Pasal Bola


 

Seingat saya satu-satunya perlawanan bola sepak yang ditonton Mahathir Mohamad di stadium ialah final acara Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1989. Waktu itu beliau dan isteri menyertai ribuan penonton di Stadium Merdeka pada malam 31 Ogos menyaksikan Malaysia menewaskan Singapura 3-1 dan menang pingat emas.
Selaku perdana menteri, beliau kemudian mengisytiharkan cuti lanjutan Hari Kemerdekaan untuk negara. Bukan hanya kerana Malaysia juara bola sepak Sukan SEA tetapi kontinjen negara menunjukkan persembahan cemerlang untuk menduduki tangga kedua (di belakang Indonesia) dalam pungutan pingat keseluruhan.
Mahathir akui beliau bukan peminat bola sepak. Beliau pernah menyatakan kehairanan “mengapa 22 orang dewasa berkejar merebut sebiji bola”. Lalu berkata beliau, “berilah setiap pemain satu biji bola. Senang cerita. Tak payah rebut-rebut”. Saya yakin beliau berseloroh tetapi hakikatnya beliau tak minat bola sepak.
Namun beberapa hari lalu Mahathir bercakap mengenai bola sepak. Bukan pasal Euro 2024 di Jerman. Beliau bercakap mengenai apa yang berlaku bersabit bola sepak negara. Bagi saya apabila seseorang yang bukan kaki bola bercakap mengenai bola sepak, ia wajar diberi perhatian.
Bercakap pada podcast ‘Sinar Daily Sports Matters’, Mahathir menyentuh sesuatu yang menurutnya tidak pernah berlaku di negara ini. Baru-baru ini ada kes baling asid ke atas pemain bola sepak. “It is unprecedented,” kata beliau.
Mahathir tidak menyebut nama mangsa tetapi jelas beliau merujuk kejadian membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim. Sukan kata beliau ujian terhadap kebolehan sendiri dan mengatasinya.
“Menang memang bagus tetapi anda mesti menang berdasarkan kebolehan sendiri bukan melumpuhkan pihak lawan,” kata beliau. Menang dengan cara sengaja melumpuh atau melemahkan lawan kata beliau tidak bermakna. “Anda mesti menang kerana anda benar-benar bagus”.
Seperti saya katakan tadi adalah wajar dihayati apa yang Mahathir huraikan.
“Kita mesti cari punca (insiden baling asid) dan cari siapa yang memulakannya (initiate it) dan mesti ambil tindakan (ke atas yang bertanggungjawab),” kata Mahathir. Pasti semua setuju dengan pendapat beliau.
Dalam pada itu peguam Selangor FC, Mohd Haijan Omar, dipetik Bernama berkata Faisal tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut sejak ditimpa serangan.
Kata Haijan, Kanun Tatacara Jenayah membenarkan pengadu untuk dimaklumkan tentang perkembangan kes, dan “seperti kita tahu kes ini telah berlarutan selama lebih sebulan dan kita berhak untuk diberitahu.”
Lantas kata beliau lagi pihaknya akan menulis kepada polis untuk mendapatkan perkembangan terkini kes dan polis mempunyai masa dua minggu untuk memaklumkan kepadanya.
“Sama ada perkembangan kes boleh diberitahu kepada orang ramai terpulang kepada keadaan tetapi sudah tentu kami akan lakukan apa yang perlu,” katanya.
Apa pun Haijan percaya kredibiliti dan profesionalisme polis dalam menjalankan tugas untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan.
Sesungguhnya itulah yang negara mahu di samping mahu tahu adakah pelaku jenayah bertindak sendirian atau ada yang initiate (meminjam istilah Mahathir), dan mengapa Faisal diserang. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/bila-mahathir-cakap-pasal-bola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Tersangka Korupsi Timah Dikenakan Pasal Tambahan Tppu

3 Tersangka Korupsi Timah Dikenakan Pasal Tambahan Tppu

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 161 hits
Tersangka SG SP dan RI diduga kuat juga melakukan tindak pidana pencucian uang
Massacre Sudah Bermula Harga Disel Melompat Punya Pasal

Massacre Sudah Bermula Harga Disel Melompat Punya Pasal

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 186 hits
OSTB Folks I TOLD YOU SO There is plenty of diesel news today Prices of things are going up because of the 55 8 increase in diesel prices It is happening already First long time reader Sam sent me the following Dear Encik Syed Your First Ar...
Ustaz Don Nafi Sebut Pasal Hadis Tampil Bersuara Apa Dah Berlaku

Ustaz Don Nafi Sebut Pasal Hadis Tampil Bersuara Apa Dah Berlaku

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 208 hits
SITI NUR ZAWANIUstaz Don mempertahankan diri tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan menggunakan sekali lagi hadis yang lemah dalam siaran Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia di TV1 semalam Dalam sidang media selepas dia ...
Nak Cantik Punya Pasal Maut Di Tangan Suami Sendiri

Nak Cantik Punya Pasal Maut Di Tangan Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 153 hits
AgensiDr Benjamin Jacob Brown dan Hillary Ellington Brown Santa Rosa County Florida Pakar bedah plastik Dr Benjamin Brown 41 ditahan pada Isnin dan didakwa atas tuduhan membunuh isterinya selepas enggan menghubungi bantuan 911 selepas 20 mi...
Walaun Bila Cakap Tak Pakai Otak

Walaun Bila Cakap Tak Pakai Otak

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 190 hits
Aku dapat DM video PU Syed kata SRITI sekolah swasta milik PAS atas arahan menteri Macam biasa lebai cuma pandai tuduh Tapi tak reti beri bukti Tak ada pula dilampirkan bagi membenarkan tuduhan dia Masalahnya bila jengah ruangan komen ada j...
Penerbit Af Cakap Jangan Perasan Mawi Throwback Fenomena Mawi World Tiada Privasi Amp 500k Peminat Berkumpul Di Kampung

Penerbit Af Cakap Jangan Perasan Mawi Throwback Fenomena Mawi World Tiada Privasi Amp 500k Peminat Berkumpul Di Kampung

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 155 hits
Boleh dikatakan pada tahun 2005 fenomena 8216 Mawi World 8217 sememangnya menjadi perhatian orang ramai dan ianya wujud ketika penyanyi Mawi menyertai program hiburan Akademi Fantasia musim ketiga Fenomena 8216 Mawi World 8217 Kata Mawi ata...
Hiburan Netizen Tegur Pasal Tiroid Kasih Iris Leona Maklum Dah Buat Check Up Doktor Saya Tak Sakit Yang Tebal Itu Lemak

Hiburan Netizen Tegur Pasal Tiroid Kasih Iris Leona Maklum Dah Buat Check Up Doktor Saya Tak Sakit Yang Tebal Itu Lemak

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 168 hits
Pensohor media sosial Kasih Iris Leona tampil membuat kenyataan bahawa dia sebenarnya tidak menghidap sebarang penyakit berkaitan Tiroid setelah ditegur netizen baru baru ini Kasih Iris Leona buat pemeriksaan doktor Sebelum ini anak kepada ...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Ahli Umno Akan Pilih Siapa Sebagai Presiden

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

What Does Langsat Fruit Taste Like