Bila Liberal Cium Mulut Dengan Evangelis Islam


 
Terdapat perkembangan menarik apabila kaum liberal di negara ini memilih untuk menatang penuh ‘musuh’ mereka, dengan beberapa alasan seperti ‘hak asasi manusia’, menolak gejala kemazhaban atau sektarianisme; atau penggunaan takrif sempit Islam. Ini rentetan daripada polemik mengenai Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.
Antara lain kenyataan diberikan adalah; RUU Mufti WP ini ‘akan memupuk sikap tidak bertoleransi dan radikalisme dengan mempromosikan nilai-nilai yang menafikan kemanusiaan serta melemahkan demokrasi; tindakan-tindakan ini merupakan serangan langsung terhadap sistem sekular, yang merupakan jaminan asas kepada Sabah dan Sarawak ketika Malaysia, dan juga Persekutuan Tanah Melayu, ditubuhkan’; dan ‘kesan kumulatif daripada pelanggaran-pelanggaran ini menyerlahkan corak penghakisan terhadap jaminan perlembagaan yang bertujuan melindungi sifat pluralistik dan sekular persekutuan’.
Untuk nota, urusan agama terletak bawah kuasa negeri khususnya buat negeri-negeri yang mempunyai raja dan sultan. Justeru RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 ini akan terhad di Wilayah Persekutuan, yang sedikit lebih kurang sama sahaja dengan pendekatan negeri lain.
Kebimbangan kaum liberal di atas ini adalah kerana mereka merupakan saksi penting kepada ‘birokratisasi Islam sejak tahun 2000-an’, dan kini nampaknya menuju ke arah penginstitusian ‘Asyairah sebagai versi Islam yang diiktiraf oleh negara’. Malah kaum liberal juga dimusuhi oleh pihak berkuasa agama. Bukan sekali mimbar Jumaat misalnya menyelar mereka. Islam liberal ditanggapi sebagai ‘ancaman’, dan diberi sudut pandang yang demikian negatif. Jadi, puak liberal Islam geram dan melihat ini sebagai satu lagi kemerosotan.
Akan tetapi penentangan keras kaum liberal terhadap RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 ini juga menggiring mereka ke satu sudut yang melongokan. Mereka akhirnya alih-alih berada di satu halaman yang sama dengan puak evangelis Islam. Secara mendadak mereka sekufu. Memang berada di ranjang yang sama tidak bermakna akan berkendak, tetapi siapa tahu?
Ini kerana resah kaum liberal dan evangelis Muslim itu kini jadi satu. Keresahan utama puak evangelis Islam adalah apabila kelak hak mereka untuk mencalonkan seorang mufti daripada kalangan mereka di Wilayah Persekutuan ternafikan. Mana-mana evangelis Islam yang mati-mati mempromosi selaku pakar hadis misalnya dan selalu berangan untuk mendiami kerusi empuk mufti di Putrajaya kini tidak tersangka mati andar. Impian mereka direnggut secara paksa dan ganas dengan RUU Mufti Wilayah Persekutuan itu.
Tangis dan lalak puak evangelis Islam pula adalah, tafsiran Islam seperti termuat dalam RUU Mufti Wilayah 2024 yang dicadangkan ini tidak meraikan mazhab mereka yang juga menurut mereka bahagian daripada Islam; dan akhir sekali ia bakal membuka jalan kepada gejala kemazhaban.
Sebenarnya, gejala kemazhaban memang sudah pun ternganga luas sejak dua dekad lamanya. Yang perlu disalahkan adalah kaum evangelis Islam sendiri kerana memang merekalah peneroka jalan tersebut.
Saat penganut Syiah di negara ini ditekan, dinafikan hak mereka, dan tidak dianggap sebagai sebahagian daripada Islam; gejala mazhab di negara ini telah pun bernanah. Ketika pentadbiran Najib Razak, kaum evangelis Islam berpestaan di atas ketakutan warga Malaysia beragama Islam yang bermazhab Syiah. Dalam sedekad ini ada dalam kalangan mereka berhijrah ke luar negara iaitu ke Eropah, Australia dan New Zealand; bahkan ada yang hilang tanpa tanda dikesan (kehilangan paksa) gara-gara pemomokan sektarian yang dilakukan oleh evangelis Islam tersebut; kaum liberal Islam pun nampaknya pada waktu itu tidak pun bersungguh.
Diam mereka dalam banyak keadaan membenarkan evangelis Islam memukul penganut Syiah sehingga terperosok. Prasangka liberal Islam dan evangelis Islam itu tentu sahaja tumbuh daripada akar sama; iaitu kebencian atau prasangka kepada Iran yang sering dianggap punca penjelmaan Syiah di dunia Islam. Akan tetapi meskipun sudah satu halaman tatkala itu, kaum liberal dan evangelis Islam masih belum berciuman mulut.
Akan tetapi kali ini nampaknya lain. Sedar tanpa sedar bantahan kaum liberal itu tumpah dalam kalangan masyarakat bukan Islam pula, menyebabkan mereka ikut berasa khuatir. Juga, lama-kelamaan kaum evangelis Islam beroleh sekutu yang tidak disangka-sangka.
Sebenarnya apa yang dialami oleh evangelis Islam hari ini adalah petaka daripada perbuatan mereka sendiri yang menafikan hak belahan umat Islam yang lain. Kali ini, mereka mendapat bahana daripada apa yang mereka sendiri terokai. Ia padan sekali dengan muka mereka yang pongah itu.
Kaum Islam liberal tidak melihat itu, mereka berasa pandai dan menyerukan sekularisme di mana harapan mereka adalah tiada langsung tafsiran Islam yang mengikat. Impian kaum liberal adalah Islam tidak diinstitusikan dan dengan itu masing-masing umat boleh memilih jalan sendiri. Itu mimpi basah tentunya. Tetapi mustahil akan berlaku. Di situlah nampaknya muara kemustahilan pertemuan kaum evangelis Islam dan liberal ini.
Persenyawaan yang tidak disangka-sangka ini barangkali melahirkan satu produk baharu. Ini kerana kaum evangelis Islam ibarat makhluk yang boleh bermetamorfosis menjadi bermacam-macam. Dalam sejarah kewujudan mereka, kaum evangelis Islam ini boleh mengadaptasi aneka nama. Mereka malah merampas terma-terma murni tertentu lantas dimilikkan. Istilah salafi, reformis, dan kaum muda yang pernah asal suci semuanya sempat ditapau.
Adalah menarik jika dua puak daripada kutub yang berseberangan ini, yakni satu yang ekstrem sempit, dan satu lagi yang ekstrem longgar bertemu bergomol dan beroleh anak. Bentuk keluaran itu pasti langka.
Perbahasan dan wacana mengenai RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 menjadi trivia, dan kini tidak lagi penting. Masing-masing puak datang dengan agenda sendiri. Kerana kehendak nafsu-nafsi itu kini, ada yang sudah berani membelakangkan bahagian paling penting daripada akidah Islam iaitu agar kembali sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Alangkah dukacitanya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/bila-liberal-cium-mulut-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Psikologi Nasihat Elak Cium Mulut Anak

Pakar Psikologi Nasihat Elak Cium Mulut Anak

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 102 hits
Kita semua nak yang terbaik untuk anak anak dengan itu ada yang menzahirkan kasih sayang perbuatan mencium mulut Hakikatnya tanpa kita sedari ia adalah perbuatan yang akan memberi impak kepada psikologi anak itu Nampak biasa tapi perbuatan ...
Pejabat Islam Tapah Larang Orang Melayu Sertai Joget Lambak Orang Asli

Pejabat Islam Tapah Larang Orang Melayu Sertai Joget Lambak Orang Asli

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 173 hits
Malaysiakini nbsp Pejabat Pentadbiran Agama Islam Tapah melarang orang Melayu menyertai acara joget lambak yang dianjurkan kampung Orang Asli Batang Padang Perak Menurut surat bertarikh 5 Okt yang ditujukan kepada tok batin dan ketua ketua ...
8 Cara Menjaga Kesihatan Diri Mengikut Sunnah Dalam Islam

8 Cara Menjaga Kesihatan Diri Mengikut Sunnah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 272 hits
Jom amal cara menjaga kesihatan diri ikut sunnah Kesihatan fizikal dan mental adalah aspek penting dalam kehidupan setiap Muslim Islam menganjurkan umatnya untuk menjaga kesihatan diri sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepada Allah ...
Islam Tak Perlukan Pas Orang Ramai Sekolahkan Abdul Hadi

Islam Tak Perlukan Pas Orang Ramai Sekolahkan Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 180 hits
HarapandailyOrang ramai dilihat menyekolahkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang termasuk menegaskan bahawa Islam sebenarnya tidak memerlukan parti yang dikenali menunggang agama itu Reaksi umum itu membanjiri hantaran Abdul Hadi di plat...
Tahniah Ds Anwar Ibrahim Pmx Pemimpin Islam Berpengaruh Di Dunia Diman

Tahniah Ds Anwar Ibrahim Pmx Pemimpin Islam Berpengaruh Di Dunia Diman

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 135 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke 15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia berdasarkan edisi terbaru The Muslim 500 The World s 500 Most Influential Muslim 2025 Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kera...
Islam Sentiasa Menang Tapi Pas Kalah Abdul Hadi Kena Serang Lagi

Islam Sentiasa Menang Tapi Pas Kalah Abdul Hadi Kena Serang Lagi

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 163 hits
HarapandailyTan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengundang kecaman dan sindiran orang ramai apabila Presiden Pas berkenaan menegaskan tentang kebangkitan semula Islam Ahli Parlimen Marang itu mendakwa umat pada masa ini sedang menyaksikan ...
Mazhab Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam

Mazhab Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 169 hits
Che Ibrahim Selain mazhab fiqh yang masih ada pengikutnya ada mazhab mazhab yang di kenali sebagai mazhab ilmu kalam iaitu 1 Mazhab Ilmu Kalam Mazhab Al Kullabiah Mazhab Al Asya irah Mazhab Al Maturidiyyah Mazhab Al Zohiryyah2 Mazhab Ilmu K...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game