Bila Hati Tak Tahu Nak Cakap Apa Kita Tulis Saja


Bila Hati Tak Tahu Nak Cakap Apa : Kita Tulis Saja
Kadang-kadang, dalam hidup ni... bukan semua rasa kita boleh luah dengan suara. Bukan sebab kita tak tahu nak cakap apa, tapi sebab tak semua orang layak mendengar cerita dari lubuk hati kita. 
Bukan semua orang akan faham, dan bukan semua akan terima dengan baik. Jadi, kita pilih untuk diam. Dan bila diam itu terlalu sesak, kita mula menaip. Kita tulis. Biar huruf-huruf tu yang terima segalanya tanpa banyak soal, tanpa sebarang penghakiman.

Ada waktu, kita cuma mampu menaip. Bukan sebab tak ada siapa nak dengar, tapi sebab hanya tulisan yang tak menghakimi rasa.

Kita luah pada huruf, dan selebihnya serah pada Tuhan. Kita doa dalam diam. Kita harap, Allah pandang walaupun cuma melalui air mata yang tumpah atas papan kekunci. Kita tahu, Dia Maha Mendengar walaupun tiada suara yang keluar dari mulut kita. Cukup sekadar hati yang berkata.

Bangun Dan Bangkit Walau Seribu Kali Jatuh
Langkah kita mungkin perlahan. Kadang rasa macam tak bergerak langsung. Tapi tak apa. Janji kita tak berhenti. Janji kita masih cuba. Masih bangun walau seribu kali jatuh. Sebab Allah tak tengok sejauh mana kita lari, Dia tengok sejauh mana kita usaha untuk teruskan walaupun terpaksa merangkak.

Dan bila hati terasa berat, bila dada sempit dan fikiran berserabut... tarik nafas dalam-dalam. Pegang dada. Baca istighfar perlahan-lahan. Ingat satu perkara penting ni ..

Allah tak uji untuk melemahkanmu. Dia tak kejam. Dia tak pernah zalim. Tapi Dia rindu nak dengar kau sebut nama Dia. Dia rindu doa yang kau selalu lupa nak lafazkan masa kau sibuk dan bahagia dulu. Dia nak kau kembali bergantung pada Dia sepenuhnya bukan pada manusia, bukan pada dunia.
Jangan Rasa Lemah Bila Di Uji
Sebab tu, bila kau diuji... jangan rasa kau lemah. Jangan salahkan diri. Jangan salahkan takdir. Cuba pandang ujian tu dari sisi yang berbeza. Allah uji sebab Dia tahu dalam diam, kau ada kekuatan yang tak semua orang mampu miliki. Orang nampak kau senyum, tapi Allah nampak air mata kau setiap malam. Dan percayalah, setiap titis air mata itu... tak ada satu pun yang sia sia di sisiNya.

Teruskan menulis kalau itu yang buat kau tenang. Teruskan menaip walau cuma sebaris ayat yang kau sendiri tak tahu nak mula dari mana. Tulis... dan lepaskan. Biar Allah yang baca dan faham. Biar Dia yang tenangkan.

Seketul KakYa,
BUKAN Seketul Jagung.
Tapi seketul hati yang sedang belajar kuat satu hari pada satu masa 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2025/05/bila-hati-tak-tahu-nak-cakap-apa-kita-tulis-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Nak Tebuk Atap Saja Hadi Awang Ni

Kerja Nak Tebuk Atap Saja Hadi Awang Ni

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 108 hits
Rupanya memang Duta Khas Patutlah dok melekat di Rusile je masa jadi sultan dulu Ini yang dikatakan Konon nak Hadi Sekali memalukan lagi ada dia malukan Menurut mamat ni antara kerja yang Hadi buat dulu jumpa orang tu jumpa orang Laahhh dan...
Nak Sambung Belajar Lebih Baik Ke Malaysia Saja Warga Indonesia Puji Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Terbaik

Nak Sambung Belajar Lebih Baik Ke Malaysia Saja Warga Indonesia Puji Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Terbaik

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 123 hits
Beberapa universiti di Malaysia kini tersenarai dalam kedudukan teratas carta institusi terbaik menjadikan Malaysia semakin menarik di mata pelajar antarabangsa yang ingin melanjutkan pengajian mereka di sini Negara jiran juga mengakui keun...
Nak Sedapkan Hati Penyokong

Nak Sedapkan Hati Penyokong

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 111 hits
RMS Logik ke menang besar lebih 5 000 undi majoriti tanda penolakan pengundi pada kjaan yang kalah PAS hahahaha tolol derr
Gigih Nak Sedapkan Hati Bila Gagal Di Ayer Kuning

Gigih Nak Sedapkan Hati Bila Gagal Di Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 126 hits
Fais Al Hajari Dah kata sah akan ada anak papa yang tersakiti dengan ulasan ringkas saya pasal PRK Ayer Kuning tu Apa yang saya cakap tu salah ke Saya tak reka fakta Benda tu terpampang dalam keputusan undi Bahkan kalau kita relatifkan deng...
Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 150 hits
Sebab terlalu takut anak belajar menipu Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang Kalau ikut logik mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah mendidik Tapi...
Vivy Yusof Kembali Tulis Blog Peminat Perlu Langgan Usd5 Sebulan Kalau Nak Baca

Vivy Yusof Kembali Tulis Blog Peminat Perlu Langgan Usd5 Sebulan Kalau Nak Baca

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 140 hits
Selepas teruk dikecam susulan isu perniagaannya usahawan serta pempengaruh dikenali ramai Datuk Vivy Yusof mengambil jalan dengan menguncikan akaun media sosialnya tahun lalu demi ketenangan diri Vivy kembali menulis blog Bagaimanapun pada ...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah