Bila Dapat Arahan Berkerjaya Dari Rumah
Assalamualaikum
Bila Dapat Arahan Berkerja Dari Rumah | Lockdown MCO 3.0 yang bermula dari 1 Jun 2021 tempoh hari masih berjalan hingga kini. Saat entri ini publish, Malaysia masih lockdown dengan kapasiti 60% pekerja sahaja dibenarkan di sesebuah syarikat yang dibenarkan beroperasi. Macam kilang tempat saya bekerja, pemilihan telah dibuat dengan kadar kapasiti 60% tersebut dan saya adalah salah seorang staff mendapat arahan untuk fully work from home.
Mujur PC saya ni dah ok sejak MCO2.0. Waktu MCO2.0 kami boleh lagi bekerja secara alternate, tapi MCO3.0 ni agak ketat sedikit. Tiada nasalah bagi saya untuk bekerja dari rumah sebab saya ada PC dan wifi di rumah. PC ni kami beli sejak 2014 rasanya lepas laptop yang ada kerap rosak.
Sebelum ni saya letak PC di bilik belakang. Memandangkan kali ni saya fully work from home, saya pindahkan ke ruang tengah bagi memastikan keadaan rumah, anak dan kerja terkawal. Lagipun takdelah bosan sensorang di bilik belakang tu. Bila letak di ruang tengah ni mudah bagi saya pantau pdpr anak-anak, memasak, buat susu anak, basuh berak anak dan yang paling penting terima parcel dan penghantaran makanan
Cun tak workstation saya? Takde tray, rekod dan data saya sumbat laci bawah meja je
Di awal wfh, belum dapat rentak lagi kan, agak mencabar bagi saya. Dengan anak-anak yang belum faham istilah wfh. Belum lagi part matikan PC, cabut pendrive dan TP Link saya. Makanya, saya perlu kreatif melayan mereka. Bila saya sibuk memegang pen atau pensel atau highlighter, Azri pun sibuk nak juga. Layanlah dia melukis atau beri kertas kosang.
Bila di rumah bersama anak-anak, kadang-kadang memang stress. Mau tak stressnya kalau dah terperuk dalam rumah je, anak-anak pula tengah membesar, tengah lasak. Mana nak fokus bekerja, mana nak melayan anak yang masih kecil, mana sibuk dengan pdpdr pula
Karenah Alif dan Azri
Pdpr
Sekarang Aisyah di Tahun 3, manakala Alif masih di Tadika 6 tahun. Kesian sangat kan kat anak-anak, terbantut perkembangan mereka. Terpaksalah "Cikgu Ibu" mengajar mereka. Kadang kala keluarlah jelmaan singa dan rimau
Berbalik pada stress tadi. Apa yang korang lakukan untuk menghilangkan stress? Ada yang suka makan. Ada yang suka shopping. Ada yang suka exercise. Korang pula macamana? Kalau saya, ilut keadaan. Haha.
Set Nippon Sushi berharga RM55 sampai
Shopping minyak wangi di Sopi
Exercise sekali sekala
Saka shopping ni memang kuat la. Pantang tengok sopi, ada je yang berkenan di hati dan masuk cart. Kemudian saka makan. Uishh kejap tekak rasa nak makan itu. Kejap tekak nak makan ini. Lebih lagi bila dengan anak-anak, rasa tak sampai hati kalau tak belikan apa yang diorang nak makan
Sebenarnya bila bekerja dari rumah ni seolah tak rasa waktu berjalan. Terasa pantas sangat masa. Lebih lagi bila loading, drama anak-anak lagi, si kecik nak susu, anak nak makan, anak tumpahkan air. Nak siapkan report yang sepatutnya 10 minit pun boleh jadi hingga 2 jam
Situasi saya tidaklah sampai saya tak masuk langsung ke pejabat. Ada juga masuk sekali sekala. Di awal BDR, seminggu berkali-kali juga saya masuk. Kemudian, bila dah dapat rentak, boleh dah masuk seminggu sekali je. Kemudian, kemudian, 2 minggu tak masuk pun tak sedar dah. Haha.
Walau apa pun, saya bersyukur masih diberi rezeki di alam pekerjaan lagi. Jiwa saya sudah sebati dengan bekerja. Jadi bila bersama anak-anak sekalipun saya masih boleh memberi komitmen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2021/07/bila-dapat-arahan-berkerjaya-dari-rumah.html