Bila Dap Nak Ada Setiausaha Agung Orang Melayu Pula


agendaily.com22/03/2023
Parti DAP.
Dalam satu ulasan oleh Lim Kit Siang yang berjudul ‘Nasihat Terakhir Kepada Mahathir Mohamad’ yang disiarkan oleh portal berita, beliau ada menyentuh mengenai kegagalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir.

Beliau menyebut kembali bahawa Tun telah mengumumkan kegagalan wawasan 2020 yang baginya sebagai suatu hujah kegagalan Tun M.

Saya merasa lucu dengan kenyataan orang besar DAP ini kerana, hujah ini sering digunakan oleh mereka yang tidak membaca malah senantiasa mencari salah Tun Mahathir.

Kenapa saya katakan lucu, kerana; sungguhpun idea wawasan 2020 ini diilhamkan oleh Tun, kejayaan wawasan ini sebenarnya bergantung kepada pewaris kepimpinan selepasnya.

Adalah tidak masuk akal bagi Tun untuk memegang jawatan perdana menteri dari 1983 hingga tahun 2020 bagi memastikan Wawasan 2020 berjaya atau gagal.

Justeru, kegagalan Wawasan 2020 ini tidak wajar diletakkan di bahu Tun seorang kerana pewaris kepimpinan negara antara 2003 hingga 2018 ada dua orang perdana menteri. Mengapa tak ditanya kepada dua orang PM ini, mengapa mereka gagal meneruskan kesinambungan Wawasan 2020 hingga berjaya, mengapa?

Menjadikan kegagalan Wawasan 2020 sebagai kegagalan Mahathir, itu hujah ‘macai’ politik, bukan taraf ahli politik seperti Lim Kit Siang. Kerana itu saya merasa lucu dengan hujah beliau.

Malah, saya sanggup mengatakan bahawa Lim Kit Siang juga harus bertanggungjawab atas kegagalan Wawasan 2020 apabila dia sendiri gagal meyakinkan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong hingga mereka menolak cadangan Tun Mahathir untuk mewujudkan sekolah wawasan.

Penolakan sekolah wawasan oleh kumpulan Don Zong kerana mereka berhujah ia akan menghakis identiti mereka. Soalannya, identiti apa?

Apakah identiti yang Dong Zong mahukan tidak sama dengan identiti yang didambakan oleh Lim Kit Siang iaitu Malaysian Malaysia? Atau sama? Yang mana satu?

Jika Kit Siang mahu dilihat Malaysia sebagai negara pelbagai kaum, seharusnya tiada lagi sekolah vernakular dan sekolah wawasan adalah lebih ‘Malaysian’ kerana semua pelajar merentasi kaum duduk dibawah satu bumbung.

Begitu juga dengan hujah beliau tentang perjuangan Melayu oleh Tun Mahathir.

Jika Kit Siang merasakan perjuangan Tun Mahathir untuk orang Melayu suatu yang tidak releven dan salah, beliau seharusnya bertanya berapa jumlah tanah rizab orang Melayu yang terkini.

Adakah Kit Siang sebagai warga Malaysia yang cintakan tanah air, merasakan permasalahan mengenai tanah rizab Melayu ini bukan suatu perkara yang penting? Atau ia hanya sekadar isu bumiputera sahaja?

Adakah Lim Kit Siang tidak sedar bagaimana pemodal kaya menggunakan wang sebagai tarikan kepada orang Melayu yang miskin dan malas untuk menjual tanahnya sebagaimana kroni Umno mengambil tanah orang Melayu miskin di bandar?

Kit Siang mempunyai suatu masalah apabila hujahnya berpusing-pusing. Dalam ulasan ‘Nasihat Terakhir Kepada Mahathir’ beliau juga menyentuh tentang tiada halangan bukan Melayu untuk jawatan perdana menteri.

Kita bersetuju bahawa perlembagaan tidak menyatakan secara tersurat sebaliknya secara tersirat bahawa sesiapa boleh menjadi perdana menteri jika mendapat sokongan majoriti dewan.

Kita tak perlu berbeza pendapat dalam hal ini. Kita bersetuju.

Kit Siang harus menjawab dengan jujur atau tak perlu jawab kerana soalan ini datang dari saya yang bukan setaraf dengannya. Tak mengapa.

Tetapi saya utarakan juga soalan ini agar pembaca sendiri boleh menilai kejujuran seorang lelaki bernama Lim Kit Siang.

Sebelum kita bercakap tentang perdana menteri bukan Melayu, ada baiknya kita melihat dulu bagaimana seorang Melayu boleh menjadi Setiausaha Agung parti DAP dalam hayat Lim Kit Siang sendiri.

Apakah akan ada? Jawapan tiada.

Maka persoalan tentang perdana menteri bukan melayu, tak perlu dipolemikkan dan berhentilah di sini.

Lebih baik kita belajar berucap dalam bahasa Melayu dengan betul dan fasih dahulu. Itu nasihat saya buat Lim Kit Siang.

Mahdzir Ibrahim
*Penulis ialah Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air. Beliau juga salah seorang calon Melayu yang bertanding pilihanraya umum bagi tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Artikel ini kali pertama disiarkan di portal Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/bila-dap-nak-ada-setiausaha-agung-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Tiga Pilihan Raya Asyraf Dilantik Jadi Setiausaha Agung Umno Baharu

Kalah Tiga Pilihan Raya Asyraf Dilantik Jadi Setiausaha Agung Umno Baharu

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 373 hits
agendaily com2023 03Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki disahkan lantikannya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Mara baru baru ini Bekas Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha A...
Pengkhianatan Terbesar Politik Melayu Bila Umno Dap Sekatil

Pengkhianatan Terbesar Politik Melayu Bila Umno Dap Sekatil

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 257 hits
agendaily com11 03 2023Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melabelkan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk Kerajaan Perse...
Rentetan Nak Himpum Melayu Oleh Atok 2 Lokasi Dah Batal Tak Jadi Atau Tak Berani Cuba Kalau Berani

Rentetan Nak Himpum Melayu Oleh Atok 2 Lokasi Dah Batal Tak Jadi Atau Tak Berani Cuba Kalau Berani

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 146 hits
HEBOH DI WASSAP KONONNYA MELAYU SEMUA NI NAK MAMPOIH HABIH DAH KONONNYA PROGRAM MAHATHIR DAN SUDAH TENTULAH KLUSTER MAHKAMAH DAN JUGA HADI AWANG DAN MELAYU YANG BAKAL HILANG KUASA DAN BAKAL MERENGKOK DALAM PENJARA PKR ANJUR PERHIMPUNAN KHAS...
Shila Amzah Umum Tak Nak Kahwin Pula Rupanya Ini Yang Ubai Buat

Shila Amzah Umum Tak Nak Kahwin Pula Rupanya Ini Yang Ubai Buat

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 159 hits
Shila Amzah umum tak nak kahwin pula Rupanya ini yang Ubai buat Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah kini menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial Ubai dan kisah mereka sering menjadi perhatian Baru baru ini tular video di Ti...
Ni Bukan Yang Aniaya Bini Tu Ke Jenama Baju Melayu Terkenal Dikecam Hebat Netizen Tak Kuasa Nak Beli Sebab Sejarah Lama

Ni Bukan Yang Aniaya Bini Tu Ke Jenama Baju Melayu Terkenal Dikecam Hebat Netizen Tak Kuasa Nak Beli Sebab Sejarah Lama

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 316 hits
Baru baru ini sebuah jenama pakaian baju melayu terkenal telah menjadi bualan ramai berikutan kejayaan syarikat itu menghiasi papan iklan elektronik gergasi di tengah ibu kota Ia menjadi tumpuan kerana papan iklan gergasi itu kebiasaannya d...
Bersatu Perlu Teruskan Agenda Melayu Sekaligus Menolak Apa Jua Yang Dap Tidak Suka

Bersatu Perlu Teruskan Agenda Melayu Sekaligus Menolak Apa Jua Yang Dap Tidak Suka

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 314 hits
Tak ada ulasan sendiri faham DAP bebas keluar PH jika benar berprinsip atau sekadar lakonan pada kaumnya sendiri hipokrik dan tidak praktikal Lim GUAN eng wajar letak jawatan sebagai protes kepada Tun Nyata mereka sekadar berlakon mempersen...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian