Bila Dah Kemaruk Makan Kek


 Bila Dah Kemaruk Makan Kek.  Jarang-jarang sekali dah luangkan masa update kat sini.  Cerita ada tapi bila tiba masa nak menulis tu boleh termenung lama menyusun ayat. Korang ke mana aje cuti hujung minggu baru ni? Mesti langkah masing-masing panjang tambahan dah dibenarkan merentas negeri dan ada cuti panjang.  Akak dan family, awal lagi dah balik kampung. Sementara ada peluang tapi sebelum tu langkah-langkah pemeriksaan diri kena buat dulu.  Oleh kerana hujung minggu panjang tiada plan  ke mana-mana, kita buatlah projek-projek kecil di rumah sahaja.  Tiba-tiba minat buat kek tu bercambah-cambah. Apatah lagi bahan-bahan memang sediaada di rumah. Sikit-sikit tak cukup, boleh beli di kedai runcit depan taman, takpun skip saja.
Cubaan Membuat Pelbagai Jenis KekBila semangat nak buat kek tu datang memang tak boleh tahan-tahan dah.  Bukan setakat satu tapi sampai 3 jenis kek akak dan anak-anak buat.  Biasanya kami buat kek coklat sahaja, resepi korang boleh tengok kat sini ----- kek coklat , so kali ni cubaan buat kek lain pula.  Salah satunya ialah cheese kek.  Kalau anak-anak cadangkan buat cheese kek, akak selalu sahaja menolak sebab rasa macam remeh.  Takut tak menjadi. Biasalah, akak kan suka buat masakan yang cepat dan ringkas. Carilah resepi-resepi yang sesuai dan bagi rasa yakin boleh buat. Jumpa resepi cheese kek 3 bahan di page Siraplimau. Hah..senang sangat ni, terima kasihlah sebab kongsikan resepi ini, akak copy kat sini sebagai rujukan nanti kalau nak buat lagi. Terima kasih tau!!!
Resepi Cheese Kek 3 Bahan (daripada website Siraplimau)
BAHAN-BAHAN
120g Tatura Cream Cheese120g Susu Pekat Manis3 Biji telur gred B

CARA-CARA
Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat -Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
Asingkan Telur Putih dan Pukul - Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese - Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
Campurkan Semua Bahan - Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
Tuang Dalam Loyang - Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.  Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.


Maka terjadilah cheese kek yang mudah ini, sedah yer. Tak sangka berjaya juga akak buat.

Kek PandanAkak suka kek pandan yang padat dan lembab. Bila kunyah rasa penuh. Kek pandan ni lebih sedap bila guna perahan pandan asli bukan pewarna. Bila guna air pandan asli, warna kek tidaklah terlalu hijau  dan yang paling best baunya wangi. 


Kek pandan ini cubaan kedua akak. Masih boleh perbaiki lagi. Kalau korang nak cuba, boleh tengok resipi kat sini ---- KEK PANDAN
Kek Pisang MoistKek seterusnya ialah kek pisang. Mmmm...memang citarasa orang lama la akak ni.  Dah lama nak berguru dengan orang lama untuk hasilkan kek pisang yang moist dan cantik kejadiannya. Kali ni baru betul-betul jadi kek pisang moist dan merelit.  Kalau nak cuba, boleh tengok resipi yang akak pernah share sebelum ni kat sini.
Kali ni akak ambil kelas berbayar. Ala banyak je iklan kelas berbayar di fb. Korang pilih mana yang korang rasa sesuai.  Bila berguru ni memang hasilnya lain sikit.  Kek pisang kali ni memang dah standard boleh jual, kata en suami. Ha......memang senyum lebar lah akak sebab susah yer nak dapat pujian macam tu daripada en suami.


Tapi memang puashati !!
Kalau korang nak tahu, akak jadi lebih rajin bila dapat pembantu baru ni.  Dah lama nak gantikan mixer yang dah rosak tapi asyik bertangguh sebab ada keperluan lain yang perlu didahulukan.  Sekarang ni baru dapat gantinya.  Beli yang sesuai untuk kegunaan akak sahaja.  Harap-harap rajin berterusan lah akak ni untuk mencuba resipi-resipi yang lain. 


Lega bila ada pembantu ni. Nak mengumpul untuk tambah koleksi oven pulak. Oven sediaada sekarang ni dah berusia lebih  15 tahun tapi masih bekerja dengan baik.  Tak rugi beli. Manalah tahu ada projek lain pulak nanti, bila ada lebih oven bolehlah bekerja dengan lebih cepat.
Jom korang masak kek!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2021/11/bila-dah-kemaruk-makan-kek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lama Mengid4m Ibu Mengandung Men4ngis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin

Dah Lama Mengid4m Ibu Mengandung Men4ngis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 377 hits
Bak kata orang dulu dulu jangan buat main kalau ibu yang sedang mengandung mengidamkan sesuatu Kalau boleh ditunaikan baik tunaikan dengan segera sebelum bayi dilahirkan Mengidam pula boleh jadi bermacam macam benda Tak kisah dari segi maka...
Kek Pandan Santan Ni Makan Berkali Pun Tak Rasa Muak

Kek Pandan Santan Ni Makan Berkali Pun Tak Rasa Muak

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 319 hits
Petang begini teringin pula nak makan kek Tapi bukanlah kek ising nak kek yang biasa Nak cuba buat kek pandan santan ni ikut resipi ni Boleh juga jamu untuk minum petang nanti selebihnya boleh beri pada jiran Rasa pandan pada kek ni tak aka...
Resepi Aiskrim Epal Kiub 2 Bahan Tambah Yogurt Lagi Sedap Laju Anak Makan

Resepi Aiskrim Epal Kiub 2 Bahan Tambah Yogurt Lagi Sedap Laju Anak Makan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 328 hits
Resipi aiskrim dua bahan ini memang mudah Malah bahannya pun teramatlah ringkas Resipi Aiskrim Yogurt daripada Umairah Jamaah ini memang unik dan kreatif Paling menarik hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu yogurt dan epal Mudah Musim panas ...
Ajar Anak Rasa Semua Makanan Baru Tak Memilih Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan

Ajar Anak Rasa Semua Makanan Baru Tak Memilih Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 345 hits
Berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan memang mencabar Bermacam cara kreatif sudah dicuba mama tapi hasilnya tetap tidak menjadi anak masih tidak mahu makan malah menjadi pemilih makanan Pening dibuatnya Namun bagi personaliti media ...
Makan Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Makan Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 398 hits
Lunch Di Jombali Aeonbig Wangsa MajuIkutkan perancangan awal lepas selesai urusan beli barang dapur di Aeonbig nak lunch makan Nasi Arab tapi terpaksa tukar rancangan lunch di Jombali Tempat kami suka dan biasa makan Nasi Arab adalah dekat ...
Bayar Iklan Rm123k Ajak Makan Ahli Perniagaan Filipina Pernah Rancang Beli Rumah Buat Jennie Bp

Bayar Iklan Rm123k Ajak Makan Ahli Perniagaan Filipina Pernah Rancang Beli Rumah Buat Jennie Bp

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 479 hits
Anda pasti ada terdengar berita baru baru ini yang mengatakan seorang ahli perniagaan dari Filipina telah berhabis wang sebanyak 35 milion won bagi menaikkan iklan buat Jennie BLACKPINK Kapsyen pada iklan berkenaan dengan gambar Cristian Al...
Nikmatnya Makan Grilled Chicken Chop With Homemade Mushroom Sauce Nih

Nikmatnya Makan Grilled Chicken Chop With Homemade Mushroom Sauce Nih

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 318 hits
Nikmatnya Makan Grilled Chicken Chop with Homemade Mushroom Sauce Nih Alhamdulillahh Makan apa tuu Blurrrpppp Aku nak cerita pasal satu menu western yang aku makan air tangan chef dari seberang tambak gitu tapi sekarang menetap sini terus D...
Siakap Rm1 196 Tu Cuma Makan Ikan Kecil Segar Bukan Dedak Seperti Sangkar Ikan Lain

Siakap Rm1 196 Tu Cuma Makan Ikan Kecil Segar Bukan Dedak Seperti Sangkar Ikan Lain

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 293 hits
Siakap RM1 196 Tu Cuma Makan Ikan Kecil Bukan Dedak Seperti Sangkar Ikan Komersial Lain LANGKAWI Ikan siakap yang dijual pada harga RM1 196 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini yang tular sejak kelmarin telah dibela selama 11 tahun oleh p...
6 Pelaku Pembunuhan Pengusaha Rumah Makan Di Karawang Ditangkap

6 Pelaku Pembunuhan Pengusaha Rumah Makan Di Karawang Ditangkap

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 203 hits
Para pelaku dijanjikan istri korban akan diberikan sejumlah uang Rp30 Juta setalah rencana pembunuhan tersebut berhasil
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran