Bila Burung Merpati Bersarang Di Balkoni Rumah
Pada bulan Januari lalu, kami tinggalkan rumah PP selama 10 hari sebab balik kampung di Johor dan seterusnya bersambung urusan kerja encik suami di beberapa negeri
Bila balik semula ke rumah PP pada 16 Januari, kami sampai dah lewat petang. Perkara biasa bila masuk rumah, saya akan segera buka sliding door untuk aliran pengudaraan. Maklumlah, ruangan tu tak ada tingkap. Semasa buka sliding door, saya dikejutkan dengan burung yang terbang keluar dari satu sudut balkoni rumah. Malamnya masa nak tutup sliding door, pun sama. Ada burung terbang keluar dari balkoni. Saya terasa pelik
MENGERAM
Esok paginya, barulah saya perasan akan sesuatu. Rupa-rupanya ada seekor burung Merpati sedang mengeram. Terkejut saya masa mula-mula nampak. Saya ambil gambar burung Merpati ni di sebalik cermin sliding door. Gambar ni sebenarnya bertarikh 17 Januari. Saya rekod sebagai 16 Januari ikut tarikh semalam masa mula-mula dapat tau ada burung ‘menetap’ di sini
Itulah…banyak pasu terbiar kosong, burung Merpati ambil satu untuk dijadikan sarangnya. Hahaha! Kemain tinggi burung ni buat sarang ya, naik ke tingkat 16 terus! Mesti burung ni ingat tempat tak ada orang, tu dia pun terkejut masa kami balik
20 Januari - dapat ambil foto telur burung Merpati. Sesekali burung Merpati akan terbang (cari makan agaknya) atau terbang kerana terkejut setiap kali saya buka sliding door. Tapi tu awal-awal je, tak lama tu dia dah buat tak kisah. Dah biasa dengan kehadiran saya agaknya.
Awal Februari, kami tinggalkan rumah PP selama 5 hari untuk balik ke rumah NS atas urusan kerja encik suami. Masa ni dah terfikir mungkin saya akan terlepas nak tengok proses telur menetas. Teringin juga nak tengok depan mata
MENETASSemalam petang 6 Februari, sampai je di rumah terus tengok burung Merpati di balkoni. Dah menetas! Hehe…tumpang seronok tengok anak-anak burung Merpati ni dah menetas. Ada cengkerang di pasu sebelah, entah macam mana boleh sampai situ. Kami tengok di balik cermin sliding door je ni supaya ibu burung tak terkejut
Pagi tadi nampak ibunya menghilang dari sarang, cepat-cepat saya keluar ke balkoni untuk ambil foto anak-anak burung. Comel! Entah dah berapa hari menetas. Rasanya baru lagi, mungkin semalam atau kelmarin berdasarkan kiraan tempoh pengeraman sekitar 18 - 21 hari
Ada satu perkara lagi yang saya perasan, nampaknya ada dua ekor merpati yang bergilir menjaga anak-anak burung. Perhatikan perbezaan warna pada badan burung dewasa. Hasil carian saya mendapati burung Merpati jantan dan betina akan bergilir menjaga anak-anak burung. Fakta yang menarik! Entah mana satu burung jantan dan mana satu burung betina ni
Video berdurasi 37 saat - burung Merpati dewasa memberikan makanan kepada anak-anak burung. Fakta menarik - burung Merpati tidak menyuapkan makanan seperti serangga kepada anak burung, tetapi memberikan rembesan hasil kelenjar yang dikenali sebagai ‘susu merpati’
Banyak yang saya belajar dan juga ilmu baru apabila memerhatikan proses bagaimana burung Merpati ini bersarang, mengeram dan menjaga anak-anaknya. Untuk membuat sarang je, burung Merpati ni berulang-alik terbang membawa ranting kering (atau seumpamanya) satu demi satu. Gigih. Untuk menjaga anak-anak, burung Merpati jantan dan betina melakukannya secara kerjasama. Allahu Akbar! Hebat kuasa Allah dalam setiap penciptaan-Nya.
*kalau nak mengetahui lebih lanjut berkenaan burung Merpati, boleh baca DI SINI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2022/02/bila-burung-merpati-bersarang-di.html