Bila Berlaku Dia Tak Bagi Cadangan Dia Pertikai Pulak Pasal Pesalah Dibenarkan Ambil Periksa Dia Mp Kah






Abdul Muez







Bila kes rogol ni meletop, saya tak terkejut pun. Sebagai guru kaunseling, dah baaaaaanyak kes seksual ni saya dan kawan-kawan di unit disiplin hadap.


Cuma, rogol itu yang buatkan saya sangat-sangat marah. Biasanya kami jumpa kes suka sama suka saja.


Bila kes ni dah mendonia, banyaklah komen yang muncul. Paling sakit hati saya baca, "apa sekolah buat?"


Fuhhhh panas.


Kalau nak ikut apa sekolah buat, rasanya banyak dah kami buat.


Baik program intervensi, sampailah ke program pencegahan.


Siapa saja yang kami tak jemput untuk datang ke sekolah. PDRM saja rasanya tahun ni dah 3 4 kali mereka datang. Daripada kes ponteng, jalan raya, buli sampailah ke seksual. Semua PDRM tapau. Kami jemput pula pegawai yang bukan kelang-kaleng tau. Bukan pegawai yang jenis baca slide.


Kalau bab dadah pula, AADK pun kami jemput. Kalau bab kesihatan, tak kira kesihatan apa, PKD pun kami jemput.


Senang cerita, banyak dah program kami buat.


Bukan tu saja. Saya sendiri pun dijemput untuk menyampaikan ceramah awal remaja dan seksual. Tak tersenarai dah sekolah dalam Sabak Bernam yang dah jemput saya.


Saya sampaikan ceramah mengikut tahap. Kalau tengok dalam slide nota saya tu, ini untuk murid lelaki menengah atas. Memang saya cerita habis.  Tak sorok-sorok punya.


Baca buku, tengok Youtube. Tambah pula ilmu farmakologi yang saya belajar masa master dulu. Semua saya tumpahkan dalam slide pembentangan.


Tapi kenapa masalah ni masih lagi berlaku?


Tak lain tak bukan, puncanya dari luar.


Kalau nak salah menyalah, memang takkan selesai. Sekolah salahkan mak ayah, mak ayah salahkan sekolah.


Tapi realitinya, semua bermula di luar pagar sekolah.


1. Telefon.


Benda ni paling bahaya. Betul. Banyak laman web lucah dah disekat. Tapi banyak lagi web yang masih lepas. Kalau budak-budak ni pandai, hanya install **n saja, dah boleh buka laman web yang disekat tu. Semudah korek hidung dan calit bawah meja.


Dulu mak ayah risau anak keluar malam. Sekarang, siapa yang ambil tahu apa anak buat dalam bilik?


Duk bervideo call pakwe mak we, mula-mula minta buka tudung. Lepastu minta buka baju. Lepastu buka bra. Kesudahannya video call bogel. Terus buat phone sex.


Mak ayah sedar tak?


2. Kawan-kawan.


Cuba dengar apa ayat anak-anak kita dengan kawan-kawan.


Bab*, anjay, k*mak, bodoh, rog*l, rom*n semua tu dah jadi zikir.


Masa anak main game streaming, bila kawan kat sana mencarut, siapa mak ayah yang jerit bagitahu benda tu salah?


Dari kata-kata tu, membuatkan anak-anak kita tahu lebih. Mana mereka cari? Google sajalah.


3. Filem.


Mak ayah set 16 tahun dekat Netflix. Tapi anak-anak boleh cari dekat Telegram. Apps movie pun ada jual di Saufi.


Mak ayah punyalah set macam-macam. Tapi ingat. Anak kita jauh lebih bijak daripada apa yang kita sangka.


Ni zaman mereka. Kalau kita tak cuba kejar teknologi ni, memang kena kelentonglah dengan anak-anak.


4. Pendedahan awal kepada bahan lucah.


Buka apa-apa saja web, terkeluar iklan bra. Terkeluar iklan spenda. Walaupun tak cari, benda tu tetap keluar. 


Tu tengok tu. Tiba-tiba je saya dapat mesej melalui Telegram. Kalau anak-anak kita dapat macam mana? 


Lepastu belum lagi video dekat YouTube yang ada cium-cium. Video dekat TikTok yang ada peluk-peluk. Video orang pakai skirt sampai pangkal peha.


Ingat benda tu tak buat anak-anak kita rasa ingin tahu ke?


Tengok pula video budak sekolah bagi hadiah dekat awek. Malu-malu. Lepastu ramai-ramai komen cocuwit.


Cocuwit hangguk dia.


Kalau kata mak saya dulu, "spenda pun aku beli. Ada hati nak buat bukan-bukan. Aku terajang muka kau tu karang, tahulah nasib kau."


Hahaha.


5. Mak ayah sendiri.


Siapa yang selalu cek henpon anak-anak?


Siapa yang selalu cek wasap anak-anak?


Siapa yang selalu cek sticker wasap anak-anak?


Siapa yang selalu cek folder gambar anak-anak?


Tak pernah? Hurmmmmm.


Bila kita dah bagi phone dekat anak-anak, takda isitilah peribadi. takda istilah menceroboh peribadi anak-anak.


Kalau anak-anak sembang benda lucah, gambar pula yang bukan-bukan. Ambil gambar pakwe makwe siap peluk-peluk. Peribadi apa jadahnya tu.


Budak tu sekolah lagi dah bercium bagai. Ambil telefon tu, hemp*k je kat muka dia. Harta peribadi konon.


Selagi mana mak ayah bagi duit, takda isitlah harta peribadi dah.


Mak ayah. Sebelum kita tunding jari salahkan sekolah, ingat. 4 jari tunjuk dekat kita.


Mak ayah + sekolah perlu berganding bahu. Benda ni perlu dibanteras keras.


Dah jadi macam ni, apa lagi nak cakap?


Menangis pun dah tak guna.


Begitulah.


*Gambar inspektor paling padu di daerah kami. Dia punya ceramah, saya pun gerun.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/bila-berlaku-dia-tak-bagi-cadangandia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti Majlis Libat Minuman Keras Cuepacs

Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti Majlis Libat Minuman Keras Cuepacs

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 164 hits
Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti Majlis Libat Minuman Keras CUEPACS KUALA LUMPUR 6 Okt Penjawat awam tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti atau majlis yang melibatkan minuman keras atau sebarang bentuk minu...
Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek

Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 216 hits
Empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kes rogol bergilir gilir seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 3 November ini memetik...
Trump Dan Duta Us Lain Kah

Trump Dan Duta Us Lain Kah

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 749 hits
Zainuddin OmarLawatan Trump ke Malaysia bangkang Lawatan Duta Besar US ke Kelantan disambut meriah dijamu nasi kerabu dan ayam percik Apa beza Trump dengan Duta Besar US Duta Besar US yg baru ini membawa polisi Trump dan wakil Trump di Mala...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bunga Halia

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568