Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti Majlis Libat Minuman Keras Cuepacs


Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti, Majlis Libat Minuman Keras – CUEPACS
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Penjawat awam tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti atau majlis yang melibatkan minuman keras (arak) atau sebarang bentuk minuman beralkohol.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat berkata setiap pegawai perlu menjaga integriti, imej dan maruah perkhidmatan awam, selaras dengan nilai profesionalisme serta tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Beliau berkata penyertaan dalam aktiviti yang boleh mencemarkan reputasi jabatan atau menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
“CUEPACS menasihatkan supaya mana-mana penjawat awam yang menerima jemputan menghadiri majlis makan malam, jamuan rasmi atau tidak rasmi yang disyaki melibatkan hidangan minuman beralkohol segera mendapatkan pengesahan daripada pihak penganjur.
“Jika terdapat keraguan atau maklumat majlis itu melibatkan minuman arak, penjawat awam hendaklah menolak jemputan berkenaan serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa atau ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata CUEPACS juga menggesa pihak swasta dan industri supaya menghormati budaya serta sensitiviti agama khususnya dalam majlis rasmi yang turut dihadiri oleh penjawat awam dan berpandangan langkah itu penting bagi memastikan setiap bentuk majlis rasmi atau tidak rasmi tidak menyinggung mana-mana pihak dan selari dengan nilai moral serta budaya masyarakat Malaysia.
“CUEPACS juga menyeru agar semua jabatan dan agensi kerajaan lebih berhati-hati dalam memilih acara atau program yang disertai bagi mengelakkan timbulnya persepsi tidak baik terhadap penjawat awam serta memastikan imej perkhidmatan awam kekal dihormati rakyat,” katanya.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penggubalan satu Kod Etika Majlis Rasmi Negara yang merangkumi garis panduan menyeluruh tentang tatacara penganjuran majlis rasmi termasuk larangan penyajian arak, pemakaian beradab, disiplin penggunaan sumber awam serta adab dalam protokol kenegaraan.
Setiausaha Agung ABIM Muhamad Aliemran Norasid berkata kod berkenaan akan memperkukuh integriti dan wibawa pentadbiran negara selaras dengan nilai Malaysia MADANI dan semangat Rukun Negara.
“ABIM juga menegaskan agar tindakan sewajarnya diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar Kod Etika Majlis Rasmi Negara yang boleh mencemarkan imej negara dan menjatuhkan nilai murni kesopanan dan kesusilaan serta menimbulkan polemik perpecahan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata majlis rasmi kerajaan dan institusi awam adalah cerminan wajah negara dan ia wajar mencerminkan nilai adab, profesionalisme dan tanggungjawab moral yang tinggi.
“Penyajian arak dalam majlis rasmi tidak selari dengan prinsip kesederhanaan serta nilai kesopanan dan kehormatan yang menjadi tunjang budaya pentadbiran kita,” katanya.
Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim pula berkata walaupun hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras secara peribadi tetap dihormati, namun ia tidak wajar dijadikan hidangan dalam majlis kerajaan.
Beliau berkata sekiranya benar majlis kerajaan menghidangkan arak, ia adalah perkara yang amat mengecewakan kerana bertentangan dengan syariat dan pegangan Islam serta konsep MADANI yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pada hemat saya, penyajian arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima, tidak kira sama ada ia dibiayai menggunakan dana kerajaan mahupun ditaja oleh pihak industri,” katanya dalam kenyataan.
BACA: Ahli Astronomi Sahkan Serpihan Meteor Jatuh Di Jawa Barat Sumber: Bernama
The post Penjawat Awam Tidak Dibenarkan Terlibat Dalam Aktiviti, Majlis Libat Minuman Keras – CUEPACS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/06/penjawat-awam-tidak-dibenarkan-terlibat-dalam-aktiviti-majlis-libat-minuman-keras-cuepacs/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tidak Ambil Minuman Keras Ceo Petronas Mohon Maaf Insiden Mandi Champagne

Saya Tidak Ambil Minuman Keras Ceo Petronas Mohon Maaf Insiden Mandi Champagne

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 246 hits
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mohon maaf atas perbuatannya terlibat dalam sambutan champagne shower di Grand Prix Singapura baru baru ini Kata beliau menerusi satu kenyataan har
Pm Beri Amaran Keras Kepada Tiong King Sing Motac Berhubung Isu Minuman Beralkohol

Pm Beri Amaran Keras Kepada Tiong King Sing Motac Berhubung Isu Minuman Beralkohol

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 191 hits
PM Beri Amaran Keras Kepada Tiong King Sing MOTAC Berhubung Isu Minuman Beralkohol SEPANG 7 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ser...
Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek

Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 246 hits
Empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kes rogol bergilir gilir seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 3 November ini memetik...
Penjawat Awam Perlu Jujur Pastikan Pendapatan Diperoleh Halal Pm

Penjawat Awam Perlu Jujur Pastikan Pendapatan Diperoleh Halal Pm

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 149 hits
Penjawat Awam Perlu Jujur Pastikan Pendapatan Diperoleh Halal PM PUTRAJAYA 13 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam agar menanam tekad dan keazaman dalam diri masing masing untuk berkhidmat dengan penuh kej...
Belanjawan 2026 Bantuan Rakyat Dijangka Ditingkatkan Gaji Penjawat Awam Naik

Belanjawan 2026 Bantuan Rakyat Dijangka Ditingkatkan Gaji Penjawat Awam Naik

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1119 hits
Oleh September 22 2025 12 08pmGambar fail Ibu tunggal Nor Laily Azura Sidek Ali 37 dan kakaknya Noraini 49 ketika membeli barangan keperluan harian dengan menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah semasa ditemui di sebuah pasar raya baru ba...
Penjawat Awam Ini Dipecat Dan Malu Gara Gara Tindakan Nekad Bekas Kekasihnya 9 Gambar Dan Video

Penjawat Awam Ini Dipecat Dan Malu Gara Gara Tindakan Nekad Bekas Kekasihnya 9 Gambar Dan Video

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 692 hits
Penjawat awam ini dipecat dan malu gara gara tindakan nekad bekas kekasihnya 9 Gambar dan Video Kerana menolak lamaran bekas kekasihnya penjawat awam ini telah menanggung malu dek kerana tindakan bekas kekasihnya yang sengaja menyebarkan ga...
Ke Hadapan Menteri Ketahuilah Bahawasanya Sebilangan Besar Rakyat Dan Penjawat Awam Tinggal Jauh Raripada Tempat Kerja

Ke Hadapan Menteri Ketahuilah Bahawasanya Sebilangan Besar Rakyat Dan Penjawat Awam Tinggal Jauh Raripada Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 701 hits
Views 2 Yang naik motorsikal isi minyak 1 tanki penuh dalam perjalanan pergi dan isi 1 tangki penuh dalam perjalanan pulang kerja Jadi 2 kali isi sehari untuk kerja sahaja Jika pulang dari kerja anak minta nak kertas lukisan jam 10 malam ke...
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 303 hits
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Pesara 2026 Belanjawan 2026 Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitr...
Nasihat Buat Penjawat Awam

Nasihat Buat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 631 hits
Nasihat Buat Penjawat Awam JANGAN MASUK PENJARASaya menerima mesej daripada seorang rakan yang baru sahaja selesai menjalani parole dan dibebaskan sepenuhnya dari penjara Assalamualaikum wbt Alhamdulillah I have just completed my parole dan...
Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Step And Repeat Banners Continue To Redefine Event Visuals And Brand Engagement

Ramai Tak Tahu Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Kedai Pakistan Di Madinah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu

Majlis Perpisahan Arif Rakan Sekerja Dari Negeri Yang Sama

Flavorful Recipe Beef Chuck Cross Rib Roast

Happy Birthday Waniee

Lirik Lagu Terlalu Bodoh Ara Johari