Bila Agama Jadi Alat Politik Rafidah Khuatir Masa Depan Malaysia




Nicholas Chung -May 5, 2021 
PETALING JAYA: Tokoh politik veteran Rafidah Aziz khuatir memikirkan masa depan Malaysia kerana ahli politik menggunakan agama sebagai alat untuk meraih sokongan dan undi.
Bekas menteri itu memberi amaran kecenderungan mempolitikkan agama secara berterusan akan membawa musibah buruk kepada negara.
Rafidah berkhidmat sebagai menteri pelbagai portfolio, sejak 1980 sehingga 2008, bawah pentadbiran Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad, dan Abdullah Ahmad Badawi.
“Apabila agama dipolitikkan, kamu akan terlencong dari rukun sebenar agama. Kamu tafsir agama mengikut nafsu supaya ‘menghalalkan’ matlamat kamu. Saya bimbang melihat hal ini.
“Dalam 55 tahun menceburi politik, sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak…saya boleh ‘nampak’ keadaan kita sebelum ini, keadaan kita sekarang ini, dan ke mana kita selepas ini. Apa yang saya ‘nampak’ menakutkan saya,” katanya dalam temubual FMT.
Bekas ketua Wanita Umno itu berkata beliau sudah muak dengan ketoksikan politik tanahair sekarang.
Menurutnya, politik hari ini mengenai kekal berkuasa semata-mata dan bukan lagi tentang sumbangan kepada negara. Perkara itu, katanya, bukan sahaja terhad kepada pimpinan tertinggi negara.
Beliau berkata kerajaan masa ini “teralih daripada isu rakyat”.
“Covid-19 pun kamu mahu politikkan. Sekarang bukan masanya untuk fikir tentang politik. Rakyat boleh nampak kalau kamu sedang memancing undi dan matlamat kamu hanyalah kepentingan sendiri.”
Rafidah menggesa rakyat berfikir secara objektif apabila mengundi pada pilihan raya umum akan datang agar tidak dibuai oleh kata-kata ahli politik, yang suka berslogan dan mengubah mesej mengikut etnik pengundi yang disasarkan.
“(Kalau) Dia pergi ke majlis agama orang Islam, (dia) siap pakai serban dan sarung, cakap pasal ‘Allah’…(main) rentak Arab,” katanya.
“Kemudian dia pergi jumpa orang Cina, cakap pasal kita berbilang bangsa. Lepas itu dia pergi jumpa orang India pula…Ini semua tak patut. Kamu harus bercakap dengan semua sebagai rakyat Malaysia.”
Ditanya mengenai masa depan orang Melayu jika terpengaruh dengan retorik politik agama, Rafidah bingkas menjawab: “Saya lebih risaukan ke mana arah tuju Malaysia dan rakyat.”
Rafidah menegaskan kemiskinan tidak harus dilihat dari sudut perkauman, sebaliknya harus ditangani secara menyeluruh dalam konteks masyarakat majmuk.
“Saya Melayu, tapi pertama-tama sekali saya rakyat Malaysia.”
“Kalau kita terus-menerus menyokong politik yang berat kepada kaum tertentu, kita tanam benih-benih perselisihan,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/bila-agama-jadi-alat-politik-rafidah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Perkauman Bukan Politik Masa Depan

Politik Perkauman Bukan Politik Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 162 hits
Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan Lee Chong Wei Ismardy dan YB Yahaya ceritakan perkara yang sama Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan tegas Chong Wei Tulisan beliau di laman FBnya Melihat perkembangan yang meresahkan itu jaguh b...
Mufti Pahang Nafi Khutbah Jumaat Berbaur Politik Dakwa Dap Nak Jadikan Malaysia Republik

Mufti Pahang Nafi Khutbah Jumaat Berbaur Politik Dakwa Dap Nak Jadikan Malaysia Republik

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 514 hits
PETALING JAYA Mufti Pahang Abdul Rahman Osman menggunakan khutbah Jumaat bagi menggesa penganut Islam memastikan Malaysia terus kekal diperintah bangsa Melayu dan menegaskan haram hukumnya jika bukan Melayu menguasai Putrajaya Ketika dihubu...
Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni

Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 326 hits
Selain dari cakap tak serupa bikin mereka juga meletakkan periuk nasi mereka sendiri sebagai keutamaan maka tak hairanlah kalau aktiviti lompat melompat tetap ada dan akan terus berlaku Kerana mengejar kuasa mereka lebih sibuk berpolitik se...
Untuk Paham Politik Malaysia Kita Kena Paham Mahathir Dulu

Untuk Paham Politik Malaysia Kita Kena Paham Mahathir Dulu

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 327 hits
Apa yang sedang berlaku di arena politik Malaysia hari ini semuanya disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diatas perbuatan beliau sepanjang 55 tahun
Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 510 hits
Sesuai masa dan tenaga difokuskan kepada yang lebih positif Bukankah Kita sepatutnya mempunyai sebuah kerajaan yang boleh tangani Krisis dan memenuhi HASRAT budaya lazim rakyat
5 Pemain Yang Perlu Tinggalkan Barcelona Demi Masa Depan Lebih Cerah

5 Pemain Yang Perlu Tinggalkan Barcelona Demi Masa Depan Lebih Cerah

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 387 hits
Tidak dinafikan Barcelona secara perlahan lahan telah menunjukkan peningkatan pada musim ini di bawah kendalian Ronald Koeman Selepas permulaan yang buruk Barcelona kini bersaing rapat dengan Atletico Madrid dan Real Madrid untuk kejuaraan ...
With Religion A Political Tool Rafidah Fears For Malaysia S Future

With Religion A Political Tool Rafidah Fears For Malaysia S Future

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA With religion being constantly exploited as a political tool to win supporters and votes former federal minister Rafidah Aziz says she is frightened over Malaysia s future The veteran politician who was part of Dr Mahathir Moh...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

A Month Later Still Here

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Good Boy Capai Rating Tertinggi Sementara Our Movie Cipta Rekod Baru Sabtu

Hiburan Bakal Tak Ada Syarifah Tapi Ada Dayang Uai Jawab Pertanyaan Syed Saddiq Tentang Perkahwinan Syed Amp Syarifah

Mayat Berbicara Pakar Patologi Forensik Bantu Mayat Berbicara

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Berapa Harga Dirimu Coba Hitung Di Sini

Junosuara Lrt Gombak Chord