Bila Adab Melawat Orang Sakit Tidak Dipeduli
Hi korang..
Hampir 2 tahun SA x warded...merasa la warded dari Khamis lepas ha...sakit memang x kurang lagi..ikutkan bila kita masuk ward ni kita nak rehat..nak cepat sembuh..makan ubat dengan teratur..tapi lain plak jadinya bila adab melawat orang sakit ni tak di ambil kisah oleh sesetengah org..SA memang gunakan insuran..masuk hospital swasta ni bukan murah..memang mahal..memang dia pun bayar insuran..tapi x payah la satu kampung datang melawat...nak datang ramai-ramai tu SA x kisah...tp jaga la adab..jangan buat bising..jangan biar anak tu berlari sana sini..
Gambar dari google.com
susah bila orang x faham bahasa dan takde adab melawat orang sakit ni..borak pung pang macam kat kedai mamak..satu keturunan masuk dalam ward..yang sakit tu demam je ..SA ni tekanan darah tinggi, Ada masalah jantung....langsung tak hormat, terjerit sana sini...tadi siang on tv mengalahkan orang pekak..ni masalah yang dewasa berborak ketawa macam kat kedai kopi...lagi ditegur lagi bising...berapa banyak kali nak suruh nurse tegur....hormat la kat orang sakit...susah orang melayu takde adab ni😡😡😡
Elok nak keluar ward hari ni..tak boleh...sebab tekanan darah on and off...leher tegang sgt2..ingat kita ni masuk ward nak suka2 ke..SA dh geram SA tegur...laki dia jawab saya bayar ward ni beribu..guna insuran..abis ingat SA masuk free?makin lama SA ni makin stress..
Meh SA nak share tips dan adat melawat org sakit.
Adab Melawat Orang Yang Sakit
gambar sumber google
Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya : “Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”
Hukum melawat orang sakit
Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya : “Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Adab Menziarahi Pesakit
Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama
Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya
Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh
Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”
Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia
Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam
Till now...see you next entry...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2018/10/bila-adab-melawat-orang-sakit-tidak.html