Bijak Manfaat Rentas Negeri Elak Kembali Terkurung


Mohd Salleh Osman, Putrajaya - Gambar hiasan/BERNAMA Pengumuman kerajaan membenarkan rentas negeri bermula Isnin lalu melegakan semua lapisan masyarakat yang menjalani kehidupan hampir dua tahun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Keputusan dibuat selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 90 peratus.
Dijangkakan kes penularan COVID-19 di Malaysia berkurangan sedikit masa lagi berdasarkan trend penurunan terkini. Perkembangan ini mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, sekali gus mencapai sasaran 3 hingga 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.
Selain itu, kadar pengangguran dijangka dapat dipulih memandangkan peluang pekerjaan kembali dibuka bagi sektor yang memerlukan tenaga kerja baharu, terutama pelancongan, perhotelan serta beberapa sektor dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dalam pada itu, wujud kebimbangan masyarakat mengenai penularan kes selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan. Andaian ini tidak dapat dinafikan, namun dengan disiplin kendiri yang baik sudah pasti bilangan peningkatan kes dapat dikawal.
Walau apa pun, usaha berterusan kerajaan menangani pandemik wajar dihargai dan diberi pujian. Perkembangan semasa menunjukkan kedudukan Malaysia dalam carta Indeks Pemulihan COID-19 melonjak ke tangga 102 berbanding 115 sebelum ini seperti dilaporkan Nikkei Asia.
Indeks itu menilai kaedah pengurusan jangkitan wabak di 121 negara, kadar vaksinasi dan pergerakan sosial.
Jelas sekali, strategi dan pelan pemulihan dilaksana negara ketika ini membuahkan hasil dengan bilangan kes semakin menurun dan program vaksinasi berjalan pantas seperti dirancang.
Kini terserah kepada rakyat memanfaatkan peluang diberikan sebaik mungkin serta tidak mengambil mudah dan sambil lewa kelonggaran diberikan.
Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mereka yang ingin memulakan perjalanan pulang ke kampung mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri seperti melakukan ujian RT-PCR atau Ujian Pantas (RTK) Antigen sewajarnya diikuti sebagai langkah berjaga-jaga dan demi melindungi keluarga masing-masing.
Bagaimana pula nasib golongan antivaksin yang menempuh kehidupan akan datang dipenuhi SOP dan sekatan terhadap mereka. Apakah mereka akan mengubah pendirian?
Sikap dan pendirian mereka yang enggan mengambil sebarang dos tanpa sebarang alasan munasabah hanya merugikan diri sendiri dan menyebabkan mereka tersisih dari masyarakat.
Justeru, usah salahkan orang lain atas kedegilan sendiri. Sememangnya pengambilan vaksin bukan kewajipan, namun ia tanggungjawab dalam membantu kerajaan dan barisan hadapan mengekang penularan COVID-19 daripada terus menghantui kehidupan.
Terimalah hakikat bahawa memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan, menggunakan cecair sanitasi tangan dan mengimbas kod QR MySejahtera adalah perkara wajib yang perlu dipatuhi setiap kali berada di tempat awam buat masa ini.
Ia tidak akan selamanya begitu sekiranya semua golongan memberikan kerjasama sehingga keadaan kembali normal beberapa tahun akan datang.BH ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/bijak-manfaat-rentas-negeri-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok

Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 331 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula esok Katanya keputusan itu diambil selepas negara mencapai kadar 90 peratus vaksinasi bagi populasi dewasa Alhamd...
Rentas Negeri Dibenarkan Reopeningsafely

Rentas Negeri Dibenarkan Reopeningsafely

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 318 hits
Pergerakan rentas negeri DIBENARKAN berkuatkuasa 11 Oktober 2021 Berita yang dinantikan rakyat Malaysia telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas secara langsung jam 3 00 petang tadi S...
Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021

Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 559 hits
Pergerakan Rentas Negeri DIBENARKAN Berkuat Kuasa 11 Oktober 2021 Menurut kenyataan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman penting bahawa kebenaran rentas negeri buat keluarga Malaysia baka...
Hiburan Penantian Berakhir Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok Pm Ismail Sabri

Hiburan Penantian Berakhir Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 341 hits
Penantian rakyat Malaysia kini berakhir apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sekatan perjalanan rentas negeri telah pun ditarik balik dan dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021 ARTIKEL BERKAITAN A...
Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja Pm

Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 355 hits
Individu yang tidak lengkap vaksin atau tidak mengambil langsung satu dos vaksin tidak boleh merentas negeri kata Perdana Menteri dalam sidang media khas hari ini Syarat utama kebenaran merentas negeri ini adalah mereka yang mempunyai dua d...
Seluruh Malaysia Boleh Rentas Negeri Bermula Isnin Ini Pula Pendirian Kerajaan Negeri Sabah

Seluruh Malaysia Boleh Rentas Negeri Bermula Isnin Ini Pula Pendirian Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 376 hits
SABAH PUTUSKAN RENTAS NEGERI PADA RABUKota Kinabalu Kerajaan Negeri Sabah akan membuat keputusan sama ada membenarkan pergerakan rentas negeri seperti diputuskan kerajaan Pusat selepas mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu ini Menteri Kerajaan...
Rentas Negeri Mira Filzah Beri Teguran

Rentas Negeri Mira Filzah Beri Teguran

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 249 hits
Teruja nak rentas negeri Ini pesan Mira Filzah Memahami keterujaan seluruh warganegara yang tidak sabar untuk memulakan perjalanan rentas negeri susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi aktres Mira Filzah sem...
Pengumuman Rentas Negeri Negara Cetus Reaksi Rai Kemenangan Menerusi Media Sosial

Pengumuman Rentas Negeri Negara Cetus Reaksi Rai Kemenangan Menerusi Media Sosial

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR 10 Okt Pengumuman kebenaran merentas negeri dan negara yang dinanti nantikan rakyat mencetuskan pelbagai reaksi positif dengan perkongsian pengguna media sosial umpama meraikan kemenangan hari ini Kebenaran merentas yang berkua...
Keputusan Rentas Negeri Di Sabah Rabu Ini

Keputusan Rentas Negeri Di Sabah Rabu Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 348 hits
Kenderaan sesak di Jalan Lintas Luyang berikutan kebenaran pergerakan rentas daerah mengikut zon di Sabah bermula 1 Oktober lalu foto fail BERNAMA Rentas negeri Sabah buat keputusan Rabu ini Kota Kinabalu Kerajaan Sabah akan membuat keputus...
Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kumpulan Ceramah Ramadhan 2025

Cadangan Baik Dari Dap

Balancing Security And Civil Liberties Why Malaysia Should Retain Sosma

Reverting To 1 Year Housemanship Not To Solve Shortage Says Ministry

Anwar Pledges Aid For Al Quds University Madrasahs In Jerusalem

Lunch Date Dengan Team Mate Di The Light Hotel Penang